Baik wanita mahupun lelaki, kedua-duanya mesti peka tentang soal menutup aurat. Jika aurat wanita hanya dibenar menampakkan wajah dan tapak tangannya saja, kaum lelaki pula perlu menjaga aurat mereka di antara bahagian pusat dan lutut. Selain menjaga kepentingan aurat daripada terlihat golongan bukan muhrim, sebagai umat Islam adalah wajib bagi kita memelihara aurat daripada pandangan jin.
Merujuk artikel Konsultasi Syariah berhubung perkara berkenaan, adalah menjadi kewajipan seluruh umat Islam untuk menyebarkan ilmu agama ini sebagai panduan bersama. Moga-moga kita beroleh manfaat. InshaAllah.
====================
Soalan: Ketika membuka pakaian misalnya mandi atau buang air, ini bererti jin juga boleh melihat aurat kita. Apa jalan penyelesaiannya agar aurat kita tidak dilihat jin?
Jawapan: Dari akh_walid. Benar bahawa jin bisa melihat kita sementara kita tidak bisa melihat jin. Allah telah tegaskan dalam Al-Quran, ‘Wahai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua-dua ibu bapamu dari syurga, ia menanggalkan pakaiannya dari kedua-duanya untuk memperlihatkan keduanya – auratnya. Sesungguhnya. iblis dan golongannya bisa melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka.” (Qs Al-A’raf 27)
Ads
Ayat ini berlaku umum. Ertinya jin bisa melihat kita dalam semua keadaan, baik ketika memakai mahupun menanggalkan pakaian. Sehingga jika dibiarkan, jin bisa melihat aurat manusia ketika dirinya tidak mengenakan pakaian.
Penyelesaian Agar Aurat Tidak Dilihat Jin
Bahagian dari kasih sayang Nabi Muhammad SAW kepada umatnya, baginda ajarkan kepada mereka berbagai macam sunnah yang akan menyelamatkan merkea dari bahaya dunia dan akhirat. Tidak terkecuali bahaya jin yang berada di sekitarnya.
Ads
Cara yang baginda ajarkan agar aurat kita tidak dilihat jin adalah dengan membaca ‘basmallah’ ketika membuka pakaian.
Dari Abu Said Al-Khudri r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Tabir antara pandangan mata jin dengan aurat bani Adam (manusia) adalah apabila seseorang melepaskan pakaiannya, dia membaca bismillah. (Hadis Riwayat Ibnu Adi, at-Thabrani dalam Mu’jam al-Ausath- al- Mathalib al-Aliyah, al-Hafidz Ibnu Hajar, no37).
Demikian pula ketika seseorang hendak masuk kamar mandi, dia dianjurkan untuk membaca basmalah sebagai tabir auratnya dari pandangan jin. Dari Ali bin Abi Thalib r.a, Rasulullah SAW bersabda, “Tabir antara pandangan mata jin dengan aurat bani Adam (manusia) adlaah apabila seseorang masuk kamar mandi, dia membaca bismillah (Hadis Riwayat Turmudzi 606 dan disahihkan al-Albani).
Ads
Imam An-Nawawi mengatakan, para ulama mazhab kami – syafiiyah mengatakan, “Dianjurkan membaca basmalah ini baik ketika buang air di dalam bangunan atau di luar rumah.”
Mereka juga menjelaskan dianjur untuk membaca ‘Bismillah’ terlebih dahulu kemudian membaca “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari keburukan dan segala sebab keburukan, (al-Adzkar, halaman 26)
Allahu a’lam.
Sumber: Konsultasi Syariah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bekas Kapten England dan pemilik bersama Inter Miami, David Beckham menyertai ribuan orang yang menunggu dalam barisan untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II, pada Jumaat. Kesanggupan Beckham yang beratur selama lebih 13 jam untuk memberikan penghormatan kepada raja yang telah lama berkhidmat itu turut mendapat pujian orang ramai.
Meskipun David Beckham seorang personaliti terkemuka dan dikenali satu dunia, dan menerima kelebihan antaranya tawaran laluan istimewa dari anggota Dewan Rakyat untuk masuk ke Dewan Westminster, beliau menolaknya dan sanggup menunggu giliran seperti orang lain.
Kredit foto: INSIDER
Beckham yang hadir lengkap dengan suit rasmi berona gelap dengan memakai topi newsboy sambil memegang payung memaklumkan bahawa dia mula beratur pada pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam. Walau bagaimanapun, tidak kelihatan isteri, Victoria dan keluarga Beckham di sisi sewaktu dia beratur bersama-sama dengan rakyat lain.
Kredit foto: FORBES
Menurut Beckham, beliau menolak tawaran laluan ekspres atas kapasiti datuknya, yang merupakan penyokong tegar monarki Britain akan kecewa jika beliau mengambil kesempatan atas populariti kerjayanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sememangnya pemakaian hijab jadi lebih mudah dengan menggayakan tudung sedia pakai atau tudung sarung. Bukan sahaja mudah disarungkan malah tetap memgekalkan eksklusiviti serta pesona pemakai. Terpesona melihat melihat Che Puan Juliana Evans, Anzalna Nasir dan Sherry AlHadad mengenakan tudung sarung, manis dan cantik dipandang. Trio ini telah turut sama menjayakan pengambaran pengenalan koleksi Hijabs By Hanami Raya tahun ini.
Rentetan daripada misi membina penjenamaan, Pengasas Hijabs By Hanami, Siti Zaleha Hamzah telah melancarkan Koleksi Aidilfitri 2021 yang begitu eksklusif. Sebagai salah satu peneraju kepada fesyen tudung sedia pakai (tudung sarung), rekaan tahun ini begitu istimewa dengan tema #GEGARAYAHANAMI2021 di laman sesawang. Idea disebalik #gegarayahanami2021 ini juga disebabkan ramai orang meminati rekaan yang bermotifkan flora.
Bukan itu sahaja, edisi Aidilfitri tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusif dan diinspirasikan daripada lukisan abtrak dan flora. Rekaan koleksi Hijabs By Hanami kali ini direka khusus untuk mengembalikan corak bunga-bungaan kepada fesyen moden.
Pengasas Hijab by Hanami ini terus bersemangat membantu wanita lain untuk menukar taraf hidup dengan memegang misi, ‘Kaya dan Berjaya Bersama’. “Misi saya adalah untuk memberi team di bawah saya Kaya dan Berjaya Bersama.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Bukan saya sahaja yang mampu memperoleh pendapatan RM1 juta sebulan tapi team saya juga boleh raih pendapatan RM1 juta sebulan. Itu adalah harapan saya paling besar untuk tengok orang di keliling saya bahagia, berjaya dan cemerlang. Saya juga menyasarkan agar tahun ini saya boleh dapat 5000 agen Hijabs by Hanami untuk perkenalkan jenama ini kepada lebih ramai orang,” tutur Zaleha yang telah membina bisnes hijab ini selama tujuh tahun.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita cantik sering kali mendapat perhatian. Apatah lagi jika mempunyai pakej lengkap seperti berpendidikan tinggi dan mempunyai kerjaya yang bagus. Baru lah kena dengan gelaran ‘Beauty With Brains‘.
Baru-baru ni, viral di media sosial seorang wanita cantik iaitu Fasiha Latiff yang juga merupakan adik kepada Fatiya Latiff bergelar doktor di usia 25 tahun.
Bukan saja cantik, bertudung, pandai bergaya tapi juga baru saja menamatkan pengajian di luar negara dan bergelar seorang doktor pula tu. Hebatnya!
Fasiha baru saja menamatkan pengajiannya di Trinity College Dublin dalam bidang perubatan.
Majlis graduasi tersebut turut dihadiri oleh Fatiya Latiff dan kedua ibu bapa mereka. Mesti sejuk perut ibu yang mengandungkan Fatiya dan Farisa kerana melahirkan anak-anak bukan saja pandai, tapi cantik juga.
Mana yang tak tahu, Fatiya Latiff bukan saja merupakan seorang pelakon dan model. Bahkan, dia juga memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara, UiTM.
Berbalik kepada cerita asal, gambar majlis graduasi Fasiha mula tersebar di media sosial dan menjadi perhatian netizen kemudian disusuli dengan ucapan tahniah dan pujian. Iya lah, wanita cantik dan pandai memang berhak mendapat pujian setinggi gunung.
Lepas ni, semakin ramai lah yang tiba-tiba selalu sakit dan nak jumpa doktor. Hari-hari sakit pun tak apa sebab dapat jumpa doktor macam Fasiha. Terus elok.
Sekali lagi, tahniah diucapakan kepada Fasiha Latiff kerana berjaya menjadi seorang doktor dan diharapkan kejayaan wanita ini akan menjadi inspirasi untuk wanita lain di luar sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak pasti menjadikan ibu mereka sebagai sosok inspirasi dalam kehidupan. Tidak terkecuali, Lisdawati Nazaruddin yang mengagumi dan menghargai jasa ratu hati kesayangan hingga ke saat ini ...