Berusia 29 tahun, adik kepada akres Fathia Latiff ini bukan hanya cantik bahkan bijak orangnya.
Dr Nur Fasiha Abdul Latiff atau mesra disapa Dr Fasiha merupakan graduan perubatan Trinity College Dublin serta bekas pelajar Kolej Tunku Kurshiah Seremban. Dalam kesibukannya sebagai Pegawai Perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Fasiha turut mengusahakan bisnes sampingannya iaitu Mulan Scarf dan pakaian perubatan scrubs ‘Three 0’.
PENGORBANAN IBU “Ibu, Badriyah Hassan, yang saya panggil Umi memang seorang superwoman. Satu ketika dulu, ibu pernah bekerja dan pada masa yang sama perlu menguruskan anak-anak yang ketika itu masih bersekolah.
“Setiap pagi, selalunya ibu akan hantar kami ke sekolah kemudian terus ke tempat kerja. Tengahari datang semula jemput anak-anak balik. Di rumah telah tersedia makanan untuk kami.
“Bila balik kerja, ibu akan kemas rumah dan buat tugas-tugas rumahtangga yang lain. Itulah yang membuatkan saya bangga dan bersyukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sangat hebat. Ibulah sumber inspirasi saya.
Ads
“Satu lagi perkara yang buat saya bangga dengan ibu ialah ketika usianya 45 tahun, ibu terbuka hati untuk sambung belajar ambil Master selama dua tahun. Walaupun banyak tanggungjawab tetapi ibu mampu menguruskan masanya dengan baik.
“Ibu berjaya membuktikan it’s never too late to gain knowledge. It is powerful!”
CITA-CITA SEJAK KECIL “Sejak kecil saya memang mahu bergelar doktor kerana terinspirasi dengan kisah seorang sepupu. Semasa saya berusia 13 tahun, sepupu ini sudah pun bergelar Pakar Perunding Rheumotologi di Ireland.
“Bila berpeluang berjumpa dan berborak dengannya, dapatlah saya dengar serba sedikit mengenai bidang perubatan. Dialah idola dan pencetus semangat untuk saya teruskan impian bergelar doktor,” ujar anak ketiga dari empat beradik ini.
Ads
DETIK MENCABAR SEBAGAI DOKTOR
Sepanjang bergelar doktor, detik paling mencabar ialah ketika pandemik COVID-19 yang berlaku beberapa tahun lalu. Ia juga detik paling sedih dalam hidup Dr Fasiha.
“Ketika itu saya diarahkan untuk menjaga pesakit berusia lebih 60 tahun. Mereka ditempatkan di beberapa wad. Bila terlalu ramai pesakit, alat ventilator (alat pernafasan) menjadi terhad.
“Sebagai doktor yang bertanggungjawab, saya merasa amat sedih kerana tidak dapat memberi peluang kepada pesakit untuk mendapatkan alat tersebut. Sehingga berlakunya kematian dan saya sendiri menjadi saksi. Memang sedih walaupun saya sudah buat yang terbaik.”
Ads
Menurutnya lagi, beliau amat tertekan kerana terlalu penat dan terpaksa menjarakkan diri dari ahli keluarga. Masa bersama keluarga juga kurang. Begitulah rutinnya setiap hari ketika di awal pandemik COVID-19 berlaku.
“Ketika itu saya masih bujang dan tinggal bersama kedua ibu bapa. Sebolehnya saya tidak mahu merisikokan mereka. Bila keadaan makin teruk, saya terpaksa tinggal di rumah lain buat sementara. Setiap hari saya akan video call mereka untuk tanya khabar dan melepaskan rindu.”
KAHWIN SESAMA DOKTOR
“Suami, Dr Hazheem Syazwan merupakan doktor tulang (orthopaedic) dan bertugas di hospital yang sama dengan saya. Saya bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat supportive dan memahami. Contohnya kalau saya balik kerja lewat atau belum makan lagi, suami sudah siapkan makanan di rumah.
“Begitu jugalah saya. Bagi saya, hikmah dari perkahwinan ini ialah kami sama-sama memberi semangat antara satu sama lain. Ibu sering berpesan, dalam perkahwinan perlu sentiasa memberi dan menerima, serta saling berkompromi.”
IMPIAN “Saya berhasrat untuk mengembangkan lagi karier untuk menjadi seorang pakar kardiologi di hospital. Jika tidak meniad seorang doktor, mungkin sekarang saya bergelar usahawan.”
Semoga segala impian serta perjalanan Dr Fasiha untuk berjaya dalam bidang perubatan dan perniagaan dipermudahkan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selain Ayu Raudhah dan Ruby, seorang lagi adik Rozita Che Wan yang tak kurang cantiknya adalah Datin Rohaiza, 37 tahun, atau mesra disapa sebagai Datin Jaja.
Pertama kali bersua wajah dengan wanita VIP ini, Nona sudah tertarik dengan auranya. Wow, persis Che Ta! Wanita tinggi lampai ini tiba dengan berkaca mata besar sambil menjinjit beg Chloe Nile Minaudiere rona hitam mewah.
Sebagai ibu kepada lima orang cahaya mata, transformasi tubuh badan Datin Jaja yang langsing selepas melahirkan puteri bongsunya, memang menginspirasikan. Agaknya apa petua yang diamalkan ya?
Mulanya Datin Jaja sekadar tersenyum malu. Takde rahsia pun, balasnya lembut. Namun selepas dipujuk-pujuk, akhirnya beliau pun membuka mulut.
“Bersenam tu kadang-kadang ada juga, just untuk keluarkan peluh. Tapi sebenarnya saya sangat menjaga pemakanan. Saya kurang minum air manis, apa lagi pencuci mulut atau desserts yang memang jadi kegemaran saya.
Sebenarnya bila kita dah meningkat usia ni, makanan dan minuman manis wajib dikawal. Bukan sebab kecantikan sangat, tapi kesihatan.
Tentang penampilan pula, saya seorang yang cerewet dan mungkin juga ia runs in the blood. Kami adik-beradik suka berfesyen tapi bukanlah untuk nak nampak cantik semata-mata. Yang pentingnya presentable,” jawabnya ramah.
Satu lagi rahsia Datin Jaja, aha… yang ini memang Nona setuju, iaitu menyusukan anak! Kalau nak tahu, beliau mempunyai lima anak yang berusia lingkungan 1 – 9 tahun.
Sambil tertawa kecil, Datin Jaja mencelah, “Walaupun anak ramai tapi itu bukan alasan untuk abaikan penampilan! Kita kena rajin dan beri usaha lebih untuk sentiasa cantik di mata suami.
Saya juga bersyukur sebab anak-anak senang diuruskan. Mereka tak banyak kerenah. Alhamdulilah, saya selesa membesarkan semua anak kami dengan bantuan helper di rumah,” akui wanita yang mendirikan rumah tangga sejak Februari 2009 itu.
“Lain daripada itu, saya memang ikut cara Mama. Tak biasa dengan ubat-ubat atau jamu. Saya cuma amalkan pemakanan seimbang dan lebihkan sayur-sayuran serta buah-buahan. Lagipun saya menyusukan anak. Mungkin itu juga salah satu faktor saya dapat maintain figure macam ni,” akhiri Datin Jaja terus-terang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penyanyi popular, Khai Bahar dilantik sebagai Ikon Kemanusiaan Bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Al Azhar Care.
Pelantikan penyanyi lagu Luluh itu adalah kerana penglibatannya yang aktif dalam menyumbangkan tenaga terhadap aktiviti kesukarelawanan.
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar.
Memetik perkongsian Awani, Presiden Al Azhar Care, Alif Mahari menyatakan bahawa lantikan itu cukup signifikan dalam misi kesukarelawanan NGO tersebut untuk menyalurkan bantuan menerusi program korban, akikah, wakaf Quran dan wakaf telaga di benua Afrika pada tahun ini.
“Kami sangat berbesar hati dengan kehadiran Khai Bahar dalam misi ibadah korban kali ini dan sudi menjadi ikon kemanusiaan Al Azhar Care.
“Semoga dengan asbab Khai Bahar menjadi ikon ini dapat menarik lebih ramai lagi orang di luar sana untuk sama-sama menyertai program serta aktiviti yang dianjurkan,” katanya.
Kredit Foto: Instagram Al Azhar Care.
Selain itu, menurut Khai Bahar pula ini bukan kali pertama beliau turut serta dalam aktiviti kebajikan dan kesukarelawanan bersama mana-mana organisasi dan tidak menetapkan tempoh kerjasama antara kedua-dua pihak.
Sebaliknya, beliau rela hati untuk turut serta dalam aktiviti kebajikan yang dapat memberi manfaat kepada individu lain.
Kredit Foto: Instagram Khai Bahar.
“Ini bukan pertama kali saya bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan, malah tidak megikat sebarang kontrak, tapi dengan rela hati saya menjadi sukarelawan dan tidak menetapkan tempoh tahun supaya kebaikan yang saya lakukan ini saya dapat kongsikan pada semua orang,” ujarnya sewaktu majlis meraikan delegasi sukarelawan Al Azhar Care yang akan berlepas ke Afrika pada 26 Jun 2023.
Untuk info, Al Azhar Care, sebuah pertubuhan NGO yang menjalankan aktiviti kebajikan, kemanusiaan, dan pendidikan di dalam dan luar negara, telah menjalankan usaha kebajikan sejak ditubuhkan pada 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum sedia maklum bahawa pelakon genit, Datin Anne Ngasri yang dulu popular ketika membintangi drama era 90-an cili padi kini sudahpun melebarkan sayap ke kancah politik negara, terutama apabila sah bergelar suri hati kepada ahli politik, Datuk Mohd Sumali Reduan
Lebih menarik lagi, Anne Ngasri mengakui bidang politik telah membuka matanya untuk melihat dengan lebih dekat realiti kehidupan rakyat di Malaysia.
Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, realiti itu juga telah membuatkan dirinya bertambah semangat untuk berkerja lebih keras dalam usaha untuk memperjuangkan nasib rakyat.
Turun Padang Bantu Masyarakat Pengalaman Indah
“Bila saya turun padang, ia merupakan satu perasaan yang sangat indah. Sebelum ini, saya hanya berlakon di tv untuk babak membantu orang.
“Kini, saya berjumpa dengan pelbagai peringkat masyarakat. Ia turut memberikan kesedaran kepada saya sebagai seorang manusia.
“Walaupun ada yang tak suka dengan kerjaya ahli politik, pada saya mereka melihatnya daripada sudut lain. Bila saya turut padang, ia sangat dekat di hati saya,” katanya.
Adik kepada pelakon Bell Ngasri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen Nona Glam Raya pada Rabu.
Terlalu Banyak Momen ‘Sentuh Hati’ Anne Ngasri
Dalam pada itu, Anne akui dia telah banyak berdepan situasi menyentuh hati sepanjang inisiatifnya menyantuni masyarakat di Malaysia.
“Terlalu banyak momen yang menyentuh jiwa. Bila kita lihat realiti kehidupan rakyat Malaysia, saya rasa masyarakat kita perlu mensyukuri jasa para pemimpin.
“Kerana apa yang terjadi hari ini adalah kerana hasil usaha sesebuah parti itu kepada negara.
“Walaupun kita melihat orang itu susah, kita cuba sedaya upaya membina orang itu.
“Saya rasa, orang politik ini lebih memikirkan orang lain tanpa mengira siapa orangnya. Itu yang perlu kita hargai,” ulasnya lagi.
Malah, Anne turut menyifatkan jasa orang politik sangat besar dalam pembangunan sesebuah negara.
“Politik ini tak semestinya perkara-perkara yang tidak baik sahaja seperti yang ramai perkatakan.
“Kalau kita lihat semula, bidang politik ini sangat mulia jasanya. Apa yang kita ada sekarang ini merupakan hasil tangan kerja orang politik.
“Mungkin disebabkan minat itu, Allah izinkan saya ceburi bidang politik. Saya masuk bertanding dan diizinkan menang.
“Ini bermakna Allah mahu memberikan saya tanggungjawab itu. In Sha Allah, doakan saya supaya mampu melakukan yang terbaik,” akhirinya.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!