Genting Highlands cukup terkenal sebagai taman tema keriangan dan lokasi percutian popular di kalangan mereka yang sukakan suasana sejuk dan mendamaikan. Dikelilingi landskap semula jadi dan sering menjadi tumpuan pelancong dalam serta luar negara, pembinaan Best Western Premier Ion Delemen (BWP Ion Delemen) di puncak pusat peranginan ini menghidangkan lokasi percutian mewah penuh eksklusif.
Sejak dibuka kepada umum pada penghujung April lalu BWP Ion Delemen tidak pernah sunyi menerima kunjungan tetamu. Pembinaannya di atas tanah seluas 10.2 ekar dan berada pada ketinggian 6, 000 kaki di atas paras laut menerbitkan pemandangan indah buat pengunjung.
Tambahan pula, panorama hotel yang diselaputi awan dan tiupan bayu dingin bersandarkan struktur bangunan serba moden menyerlahkan nilai eksklusif hotel milik Ion Delemen Hospitality Sdn Bhd yang juga anak syarikat Kumpulan Syarikat NCT ini. Apa yang pasti, pelancong yang menginap dan gemar meneroka persekitaran alam menghijau bakal terpukau dengan keindahan di sini.
Ads
Lebih membanggakan, pengurusan hotel yang dikendalikan Ion Delemen pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Salah satunya, Seni Bina Hotel Terbaik Malaysia 2015-2016 dan Pembangunan Perumahan Bertingkat Tinggi Terbaik Malaysia 2015-2016.
Hotel berkonsepkan resort yang mempunyai 246 bilik deluxe dan suite dengan pilihan satu, dua atau tiga bilik tidur ini merupakan satu-satunya hotel yang dibina di Genting Highlands dengan kemudahan perhotelan berskala besar. Sambil menginap, anda juga dapat menjamu selera di rangkaian restoran yang ada selain melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.
Ads
Antaranya, kesediaan fasiliti gimnasium, sauna, kolam renang yang dilengkapi sistem pemanas termasuk lapangan untuk sukan mencabar seperti flying fox dan taman permainan kanak-kanak.
Di sebalik simbolik nama hotel yang diambil daripada konsep Feng Shui, kehadiran rangkaian hotel terbesar dunia ke Genting Highlands ini juga menjadi mercu pelancongan hebat negara apatah lagi dengan pembukaan 20th Century Fox World dan Genting Highlands Premium Outlet.
Ads
Ulasan terperinci tentang BWP Ion Delemen telah Nona lampirkan dalam edisi Oktober 2017. Di samping dapat dijadikan rujukan untuk melancong, anda juga mungkin menjadi salah seorang pemenang yang kami cari untuk membawa pulang baucer penginapan 2 hari satu malam berserta sarapan pagi untuk dua orang di sini. Jadi, dapatkan majalah Nona di pasaran sekarang dan hantarkan butiran diri berserta jawapan yang lengkap.
Semoga berjaya!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang lebih membahagiakan bagi Dato’ Sri Aliff Syukri apabila isterinya, Datin Sri Nur Shahida disahkan hamil tiga bulan. Berita gembira ini baru sahaja dikongsikan beberapa minit tadi di Instagram peribadi Datin Sri Nur Shahida. Pastinya ini berita paling menggembirakan bagi penghujung tirai tahun 2017 bagi pasangan ini.
Menurut Datin Sri Nur Shahida, beliau disahkan hamil sebelum pemergiannya ke tanah suci Mekah untuk menunaikan umrah baru-baru ini. Sesungguhnya penantian mereka selama ini untuk menambah zuriat dimakbulkan oleh Tuhan.
Berkat keikhlasan pasangan ini menjaga anak angkat bernama Ameena telah membawa seribu satu rahmat buat keluarga besar ini. Nampaknya rezeki Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri semakin murah.
“Alhamdulillah dah 3 bulan usia kandungan saya dan sedang menginjak ke trimester 2. Saya disahkan hamil sebelum menunaikan umrah lagi. Alhamdulillah umrah saya dipermudahkan. Terima kasih yang mendoakan saya cepat-cepat hamil. Alhamdulillah tak sampai sebulan saya jaga Ameena saya hami. 3 bulan pertama saya mengalami morning sickness yang sangat teruk. Alhamdulillah kini saya semakin sihat. Doakan saya dan baby dalam kandungan sihat.”
Datin Sri Nur Shahida dan Dato’ Sri Aliff Syukri sudah pun memiliki tiga cahaya mata berusia antara 9, 7 dan 5 tahun, termasuk anak angkat bernama Ameena yang berketurunan Pakistan-Melayu. Semoga Datin Sri Nur Shahida dan kandungan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segalanya. Tahniah daripada majalah Nona!AMY MOHD
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengiringi DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj baru-baru ini di majlis pelancaran Pusat Ilmuan Hutan Hujan Tropika Elmina (ERKC) di Bandar Elmina, Subang, Tengku Permaisuri Norashikin tampil dengan gaya kasual namun tetap menawan.
Turut berangkat, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Baginda berkenan melawat ke tapak pameran yang disediakan Sime Darby Property Berhad dan mendengar penerangan mengenai penubuhan ERKC sejak Oktober 2020, sebelum menandatangani plak dan melancarkan pusat ilmuan berkenaan.
Baginda bertitah agar pihak Universiti Putra Malaysia (UPM), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor serta syarikat-syarikat korporat yang berminat agar bekerjasama untuk mencapai sasaran penanaman 11 juta pokok di seluruh Negeri Selangor menjelang tahun 2026.
Ini demi memastikan kelestarian alam sekitar dan bekalan udara bersih sentiasa dipelihara demi kesejahteraan rakyat negeri ini.
Baginda juga mahu agar penanaman semula pokok-pokok khususnya pokok bakau diperluas dan akan dipantau sendiri oleh DYTM Tengku Amir Shah.
Inisiatif-inisiatif ini adalah sebahagian usaha bagi mengekalkan sehingga 31 peratus gazet kawasan Hutan Simpan Kekal dan tadahan air bersih di seluruh Negeri Selangor.
Pada majlis ini, Tuanku Sultan, Tengku Permaisuri Norashikin dan Tengku Amir Shah turut berkenan menanam anak pokok merbau sebagai simbolik pelancaran.
Kredit Foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barangan mekap selalu dianggap sebagai teman baik wanita. Selain harganya yang mahal di pasaran, mekap-mekap berjenama juga bermutu tinggi dan dijamin menonjolkan kesan terbaik pada wajah.
Maka tidak hairanlah mengapa gedung-gedung mekap terkemuka sering menjadi tumpuan wanita di bandar raya besar. Tapi awas, jangan sesekali biarkan anak berlari bebas tanpa pengawasan di situ kerana takut berulang peristiwa di bawah!
Pengalaman yang dikongsi oleh jurusolek artis, Brittney Nelson ketika membeli-belah di Sephora antara yang sedang tular sekarang dan mengejutkan ramai orang.
Bayangkan ketika melintasi sebuah kaunter pembayang mata bernilai $1300, dia melihat set mekap di sana dirosakkan oleh seorang kanak-kanak yang tidak diawasi sesiapa. Ibunya didapati sedang sibuk membeli-belah mekap di bahagian lain.
Ketakutan dengan apa yang berlaku, Nelson terus berkongsi foto ini di media sosial dan mendapat banyak reaksi serta komen negatif.
Banyak netizen menyalahkan ibu kanak-kanak tersebut kerana gagal mengawasi si anak. Begitu juga yang mengeluh kerana kanak-kanak tidak sepatutnya dibawa ke kedai seperti ini.
Walau bagaimanapun, masih ada juga yang menyebelahi si ibu dengan mengatakan bahawa perangai kanak-kanak memang sukar diduga. Apa pun pendapatnya, the damage had already done. Kanak-kanak terbabit mungkin tidak wajar dipersalahkan kerana bagi mereka ia mungkin palet warna air untuk bermain. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.