Setiap momen indah yang dicipta dari hanya sahabat sehingga megukir ikatan cinta tersimpul rapi di jiwa dan sanubari Mohd Harris Arifin bin Kamal Ariffin dan isterinya, Dr Athirah Ramli. Pasangan yang telah memilih konsep perkahwinan bertemakan taman tropika ini mendapat sentuhan perancang dekorasi perkahwinan terkenal, Razak Luxe Decor untuk merealisasikan perkahwinan mereka.

IKLAN

Reputasi Razak Luxe Decor yang pernah diberi penghormatan menggubah untuk parti seperti Anugerah Emmy dan Anugerah Academy ini tidak perlu disangkalkan lagi. Tidak hairanlah, ia sering menjadi pilihan kerabat diraja serta selebriti luar negara dan tempatan.

Keikhlasan HARRIS Berjaya Runtuhkan Tembok Hati DR ATHIRAH! Mempelai Akhirnya Disatukan Dalam Majlis Gilang-Gemilang

“Konsep majlis akad nikah yang telah kami pilih ialah enchanted forest. Saya memilih konsep ini kerana gemarkan keindahan rimba dengan rimbunan flora dan fauna yang segar dan sejuk mata memandang. Sekali gus memberikan suasana majlis akad nikah yang selesa dek pandangan mata dengan pemandangan nan menghijau,” ujar Dr Athirah.

Pasangan raja sehari sekali lagi diraikan dalam majlis persandingan penuh elegan di Hotel St Regis, Kuala Lumpur. Kali ini, konsep perkahwinan yang menggabungan rona hitam klasik menjadi pilihan mempelai. Sentuhan Razak Ahmad dari Flora ETC masih lagi dikekalkan bagi memberi nuansa rona warna hitam yang gemilang dan pastinya eksklusif.

Ketika diminta mengungkap perjalanan kisah cinta pasangan romantis ini, Athirah berkata sikap tanggungjawab dan keperibadian yang dimiliki Harris antara sebab mengapa lelaki tersebut berjaya menawan hatinya. Tambah Athirah lagi, antara peristiwa yang tidak dapat dilupakan sepanjang mereka berkawan adalah kesanggupan Harris berkorban untuk dirinya dan membuktikan kesungguhan jejaka tersebut untuk hidup bersama.

Keikhlasan HARRIS Berjaya Runtuhkan Tembok Hati DR ATHIRAH! Mempelai Akhirnya Disatukan Dalam Majlis Gilang-Gemilang

IKLAN

“Bayangkan, pernah satu ketika kami berselisih faham dan Harris sanggup berjalan kaki dari Kampung Baru ke kediaman keluarga saya di Wangsa Melawati semata-mata untuk menyelesaikan masalah. Saya anggap dia serius dalam merencanakan masa hadapan bersama saya. Saya yakin, dia sanggup untuk berada di sisi saya sebagai mahram yang membimbing saya ke gerbang rumah tangga,” cerita Athirah yang nyata terharu dengan sikap yang dimiliki oleh suami tersayang.

Pada resepsi persandingan ini, Harris segak mengenakan sut serba hitam manakala Dr Athirah anggun dengan dres pengantin rona hitam dengan solekan sederhana yang menyerlahkan lagi seri di wajahnya. Ketika ditanya mengenai destinasi bulan madu, pasangan ini sepakat memilih beberapa negara sekitar Eropah sebagai destinasi pilihan di samping mengeratkan kasih sayang suami isteri. Semoga mahligai cinta yang dibina atas dasar cinta ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

IKLAN

 

.

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI