Umur 20 Tahun Dah Mahir Berniaga, Adik Neelofa Ini Ada Produk Solekan & Jenama Pakaian Sendiri

Nama Nur Ameera Khan kerap kali trending bukan kerana hubungannya sebagai adik Neelofa, tetapi gaya hidup gadis berusia 20 tahun itu yang dilimpahi kemewahan. Anak manja kepada Datuk Abdul Halim Khan dan Datin Noor Kartini ini juga merupakan seorang selebriti Insta yang popular.

Biarpun hanya menumpang populariti kakaknya, Ameera tetap mempunyai pengikut tersendiri. Akaun @littlemisskhan sehingga kini mencatatkan angka 1.3 juta followers dengan majoriti kandungan yang dikongsi berkisar tentang fesyen dan kecantikan.

“Apa yang dikongsi di media sosial adalah apa yang saya mahu kongsikan pada followers. Ia bukan hidup saya 100%, barangkali mungkin hanya 2% sahaja, tapi ramai fikir mereka tahu segala-galanya tentang saya. Sebenarnya tidak,” kata Ameera.

Ameera sinonim dengan jenama dan gaya hidup mewah

 

Ameera memiliki cita rasa fesyen dan gemarantarabangsa
Gaya Ameera sering menjadi idola gadis seusia

Berkat paras wajah kacukan Arab-Pakistan, pasti ramai generasi muda yang meminati Ameera. Enggan mensia-siakan peluang tersebut, gadis berkulit putih bersih ini mula berjinak-jinak dengan perniagaan, seperti ibunya yang merupakan pengasas Naelofar serta Young & Glow.

USAHAWAN MUDA

Di bawah bimbingan ibu dan dorongan minat suka bersolek, Ameera diberi kepercayaan untuk menghasilkan palet wajah pertama Young & Glow. Palet wajah yang dinamakan The Darling Palette tersebut dilancarkan secara rasminya hari ini mengikut warna-warna kesukaan Ameera pada harga RM89.

Young & Glow The Darling Palette
Terpukau melihat Ameera sebagai wajah kempen The Darling Palette!

Masih mengekalkan elemen mewah, The Darling Palette menampilkan kombinasi warna yang versatil. Dari kombinasi matte hingga berkilau, penulis tertarik apabila Ameera menamakan warna-warna tersebut mengikut panggilan namanya sendiri seperti ‘Mama’s Girl’, ‘Sisters’, ‘Baby’, ‘Romeo’ dan sebagainya.

Selain produk solekan, Ameera ketika ditanya tentang perkembangan terkininya turut mengumumkan tentang himpunan clothing line yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Malah dia juga bakal mengeluarkan produk coklat dengan kerjasama sebuah jenama coklat popular.

Ameera dan Neelofa

Ditanya tentang perasaan Ameera ketika berdepan cemuhan netizen yang seakan tidak jemu-jemu mencari kesalahannya… gadis tersebut pantas menjawab, “Tipulah jika saya katakan ia tidak mengganggu fikiran langsung.

Lebih-lebih lagi apabila mereka membanding-bandingkan saya dengan kakak (Neelofa). Itu sangat menyakitkan, tapi saya rasa saya masih muda and I still have a long way to go.

Umur kami pun berbeza 11-12 tahun.

Saya pasrah kerana hakikatnya saya sendiri memilih untuk masuk ke dalam industri ini, jadi saya perlu terima dengan hati yang terbuka,” jawab Ameera dengan matang.

Pada usia semuda 20 tahun, pastinya banyak liku-liku dan ranjau kehidupan yang menanti di depan. Semoga usaha Ameera menceburi bidang perniagaan ini membuahkan hasil dan menjadi asbab kebaikan pada masa depan.

IKLAN
Share