Ungku Altamis Barr, JIHAN MUSE Akhirnya Umum & Dedah Wajah Anak Kedua Kepada Peminat!

Lebih tiga minggu selepas bersalin, akhirnya Jihan Muse mendedahkan wajah anak kedua kepada peminat.

Jihan dan suami, Ungku Hariz sama-sama berkongsi foto bayi comel mereka di Instagram masing-masing. Alahai, comel sangat!

Lebih istimewa, pasangan ini turut mengumumkan nama anak kedua mereka iaitu Ungku Altamis Barr. Sedap nama bayi!

Kongsi mereka, “Assalamualaikum wbt. Dua’s seeking the protection of Allah for children, I seek refuge in the perfect words of Allah from every devil and poisonous reptile and from every envious evil eye.”HR Bukhari.

Everybody allow me to introduce our second hero as Ungku Altamis Barr bin Ungku Hariz Faizal.”

Credit Instagram @jihanmuse
Credit Instagram @jihanmuse
Credit Instagram @jihanmuse

Pengacara dan pelawak popular ini dikhabarkan selamat bersalin pada 6 September lepas di sebuah pusat perubatan ternama di Shah Alam.

Berita kelahiran bayi Jihan Muse mula meraih perhatian selepas isteri kepada Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A Rahman memberikan ucapan tahniah menerusi Instagram Story.

Menguatkan lagi khabar gembira itu apabila pihak hospital tempat Jihan bersalin turut berkongsi foto personaliti ini di Instagram milik mereka sambil mengucapkan tahniah.

Kira-kira seminggu sebelum melahirkan anak, Jihan ada berkongsi foto bersama suami dan anak ketika melakukan check up kali terakhir di hospital.

“Kejap macam nak keluar kejap macam tak nak. Ini kali dia main tarik tali dengan monda (bonda). Doakan ye.”

Credit Instagram @jihanmuse
Credit Instagram @jihanmuse
Credit Instagram @jihanmuse

Rupa-rupanya tidak lama selepas pemeriksaan tersebut, Jihan akhirnya selamat melahirkan zuriat kedua dengan selamat. Alhamdulillah.

Sementara itu, Jihan dikhabarkan tidak akan bergandingan bersama Nabil Ahmad sebagai pengacara Gegar Vaganza musim kesembilan.

Sebaliknya, tempatnya diganti dengan Elly Mazlein untuk musim kali ini.

Jihan mendirikan rumah tangga bersama Ungku Hariz yang juga seorang pelakon pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang dineri nama Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Moga Jihan berada dalam keadaan sihat selepas melahirkan anak kedua ini dan semoga bayi juga membesar dengan sihat.

IKLAN
Share