Uniknya Cara SAFAWI RASID Kongsi Berita Kehamilan SYIFA MELVIN!

Tular di media sosial, pemain bola sepak, Safawi Rasid mendedahkan isterinya, Syifa Melvin kini sedang hamil dan kehamilannya memasuki usia enam bulan. Safawi Rasid mendedahkan khabar gembira itu melalui TikTok di mana pemain berusia 26 tahun itu mendedahkan jaringan gol yang dilakukan pada perlawanan bola sepak  menentang Kepulauan Solomon itu merupakan hadiah khas buat isteri tersayang yang sedang hamil.

“Ya, dia mengandung. Gol tersebut saya hadiah kepada isteri saya. Doakan kami semoga selamat semua,” katanya.

Pemain bola sepak pasukan Johor Darul Ta’azim (JDT) ini menyumbat bola di dalam baju semasa aksi perlawanan persahabatan antarabangsa dengan Kepulauan Solomon di Stadium Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu baru-baru ini sekaligus mengukuhkan lagi khabar angin mengenai Syifa yang kini sedang hamil anak sulung.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 28 November lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan kenalan terdekat pasangan ini. Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirul Melvin merupakan adik kepada Syatilla Melvin dan gandingan empat beradik ini mengusahakan perniagaan berasaskan kosmetik.

Safawi sebelum ini menyangkal dakwaan yang mengaitkan dirinya bakal berpindah ke salah sebuah kelab Liga Super yang berpangkalan di Pantai Timur. Menurut Safawi, dia akan terus kekal bersama kem Harimau Selatan.

“Ya sebenarnya selepas ini saya akan terus kekal di JDT. Saya stay di JDT dan ia muktamad,” ujar Safawi selepas tamat aksi antara Malaysia dan Kepulauan Solomon.

Selepas tamat tempoh peminjaman di kelab Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC, nama pemain berusia 26 tahun ini kembali disebut-sebut peminat bola sepak tempatan.

 

IKLAN
Share