
Meskipun ada ramai selebriti muda, popular dan kaya di persada Hollywood ketika ini namun nama Paris Hilton masih gah dalam kelas tersendiri. Kreativiti Paris mengembangkan cabang perniagaan dalam pelbagai bidang antaranya fesyen, kecantikan dan muzik nyata berjaya meletakkan dirinya kekal relevan di mata masyarakat sampai sekarang.
Tidak hairanlah hingga tahun ini selebriti terkemuka berkenaan mencatatkan kekayaan mencecah USD 300 juta!
Menurut laporan Reuters, nilai kekayaan empayar Hilton mencecah USD 4.5 bilion. Pada tahun 2004, Datuk Paris iaitu Barron Hilton mengumumkan menderma 97 peratus daripada kekayaannya untuk tujuan kebajikan.




Apabila Barron meninggal dunia pada tahun 2019, tiga peratus kekayaannya yang berjumlah USD 135 juta dibahagikan kepada anak-anak, cucu dan cicit. Hasil pembahagian harta itu, Paris menerima USD 5.6 juta.
Bapa Barron iaitu Conrad Hilton merupakan pengasas rangkaian perhotelan terkenmuka dunia iaitu Hilton Hotels dan bersandarkan susur galur keluarganya, Paris bergaul rapat dengan beberapa individu berpengaruh lain.
Paris mula mengeluarkan minyak wangi pertamanya pada tahun 2004. Koleksi minyak wangi Paris Hilton sehingga kini dianggarkan mencecah jualan lebih USD2.5 bilion.






Dia juga mempunyai puluhan produk di bawah jenama sendiri merangkumi penjagaan kulit, beg tangan, barangan kemas dan pakaian dalam selain menembusi pasaran Asia dan Timur Tengah.
Baru-baru ini, figura terkenal berkenaan datang ke Malaysia untuk mempromosikan minyak wangi terbaharunya iaitu Ruby Rush. Kehadiran Paris mendapat sambutan luar biasa daripada peminat.
Bukan hanya mengaut keuntungan hasil perusahaan tersebut, Paris juga menjadi DJ wanita yang menerima bayaran termahal di dunia sebanyak USD1 juta.
Memetik kenyataan Paris bersama Vogue mengenai dokumentari This Is Paris dia berkata, “Fokus utama saya membuat dokumentari ini adalah untuk berkongsi kehidupan sebagai
ahli perniagaan. Bagaimana pun saya ambil keputusan untuk mendedahkan apa yang pernah berlaku kepada saya.
Saya mahu masyarakat tahu kesukaran yang pernah saya alami dan terus memperbaiki diri serta tidak membiarkan kisah silam menghantui diri. Saya juga terbuka berkongsi sisi sebenar kerana saya bangga dengan siapa diri saya hari ini.”







Berusia 42 tahun, Paris yang dilahirkan pada 17 Februari 1981 di New York tidak hanya dikenali sebagai model kelahiran Amerika Syarikat bahkan dia juga sebenarnya seorang ahli perniagaan berjaya, socialite, personaliti TV, pelakon, penyanyi dan juga DJ.
Memetik laporan media antarabangsa, perniagaan produk kosmetik, minyak wangi, label pakaian dan kerjaya Paris sebagai DJ membolehkan dia mengaut keuntungan sehingga USD 10 juta.
Malah Celebrity Net Worth melaporkan Paris Hilton memiliki kekayaan sehingga mencecah USD 300 juta atau perbezaan sebanyak USD 50 juta di belakang rakan baiknya yang juga selebriti popular, Kim Kardashian.
Menelusuri latar belakang kehidupan jelitawan ini, ibu Paris pernah menjadi pelakon sementara bapanya ialah seorang usahawan. Dia dibesarkan bersama tiga orang adik-beradik iaitu Nicholai Olivia Rothschild, Conrad Hughes Hilton, Barron Hilton II.
Paris berkahwin dengan Carter Reum pada 11 November 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Phoenix Barron Hilton Reum melalui kaedah ibu tumpang.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/ada-rm6-9-bilion-tapi-tak-pakai-pun-barang-mewah-bilionair-muda-ini-diajar-tak-boros/
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




















Gandingan Anna Jobling dan Meerqeen sebagai peneraju utama drama ini ternyata memberi impak sehingga menjadi bualan hangat warganet. Rata-rata suka dengan jalan cerita serta lakonan ‘sweet and natural’ kedua-dua bintang baharu itu.
Anna Jobling ‘lahir’ dari pertandingan Dewi Remaja 2018/2019. Anna dipilih menjadi salah seorang daripada 12 peserta Dewi Remaja 2018/19 yang turut disertai antaranya Haneesya Hanee dan Zeera Azizi.

Kecantikan Anna Jobling turut menjadi perhatian ramai. Mungkin ada yang masih belum mengenali siapa gadis kacukan Melayu-Inggeris ini.
Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman ini merupakan pemenang keempat Dewi Remaja 2018/2019. Anna yang kini berusia 22 tahun memiliki ketinggian 168 sentimeter dan merupakan seorang pelakon, pengacara serta model.
Bapanya yang berasal dari United Kingdom merupakan seorang jurutera di syarikat minyak dan gas manakala ibunya berbangsa Melayu anak jati Melaka. Anna yang merupakan anak tunggal dalam keluarga mula bergelar model fesyen untuk majalah dan iklan komersil pada usia 15 tahun.


Meskipun berperwatakan lembut, Anna sebenarnya seorang pencinta aktiviti lasak seperti bungee jumping dan diving.
Untuk info, sebelum menyertai pertandingan Dewi Remaja Anna Jobling memulakan karier peragaannya dengan menyertai beberapa pertandingan ratu cantik termasuk Miss Melaka dan Miss Pahang. Pada usia 15 tahun, ibunya menghantarnya ke akademi peragaan yang dikendalikan oleh Amber Chia.