Upload Gambar Bertudung 4 Hari Berturut-Turut, TYA ARIFIN Akui Sudah Berhijab & Tampil Cantik!

Makin hari makin cantik Tya Arifin. Lebih-lebih lagi sejak ratu hati Asyraf Khalid ini memilih penampilan yang lebih sopan dan sejuk mata memandang. Bagi mereka yang sentiasa mengikuti perkembangan terkini Tya pun turut tumpang gembira selepas melihat perubahannya hari ini. Apatah lagi, hampir lima tahun melayari bahtera perkahwinan dan dikurniakan dua cahaya mata comel, Tya mahu lebih menghargai kehidupan dan berubah ke arah kebaikan. Alhamdulillah!

Desas-desus mengenai berita penghijrahan Tya mula kedengaran sejak usahawan jamu, Mutyara ini memuatnaik gambar di samping suami tercinta empat hari yang lalu. Romantis memeluk lengan Asyraf sambil berhijab polos rona putih dan berbaju kurung merah jambu, rata-rata peminat yang melihat gambar berkenaan meluahkan rasa gembira dan mendoakan agar wanita cantik ini terus terbuka hati untuk bertudung.

Walau hanya mengenakan solekan nipis namun aura dan pesona Tya jelas terserlah dalam gaya hijab ringkas tersebut. Cukup minimalis tetapi menawan!

Berturut-turut memuatnaik gambarnya mengenakan hijab termasuk ketika melawat adik Asyraf iaitu Aazief Khalid yang sedang sakit di hospital… menguatkan lagi kenyataan bahawa pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin ini sudah pun berhijab sepenuhnya. Melangkau usia 26 tahun, ia pastinya perubahan besar dan paling dinanti-nantikan Tya.

Ketika dihubungi Nona, Tya sambil tertawa mengesahkan perkhabaran itu dan berharap peminat mendoakan kemudahan buatnya serta kekal istiqamah dengan penghijrahan
tersebut. Meskipun baru berjinak-jinak untuk menutup aurat tetapi Tya kelihatan cukup selesa berhijab dan tidak kekok.

Di samping aktif mengusahakan produk Mutyara dan mengajak para ibu menggalakkan penyusuan badan, jadual harian Tya juga diisi dengan tanggungjawabnya mengurus anak
dan suami.

Bergelar isteri kepada Asyraf pada November 2015, wanita kelahiran Palembang, Indonesia ini menerima kehadiran anak sulung iaitu Arif Jiwa pada bulan Mac 2017 sebelum menimang cahaya mata perempuan pada Azzahra jiwa pada 9 Mei tahun lalu.

Dek kerana rajin berkongsi tip dan ilmu penyusuan susu badan, usaha murni Tya itu telah menarik perhatian Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur. Kagum dengan semangat dan komitmen Tya memberi susu badan secara eksklusif kepada anaknya, pihak terbabit berbesar hati mengiktiraf jasa ibu muda ini dengan melantik Tya sebagai
Ikon Selebriti Penyusuan Susu Ibu 2019.

IKLAN
Share