Bila menyentuh bab rambut, pastinya wanita lebih memahami dan sangat sensitif dalam bab penjagaannya. Namun apabila rambut yang dianggap ‘mahkota’ seorang perempuan rosak angkara kesilapan pihak tertentu ketika membuat menjalani rawatan mahupun ketika di salon, pastinya ia mengecewakan dan boleh menyentak mana-mana emosi wanita. Itulah apa yang terjadi pada usahawan dan pempengaruh terkenal, Siti Jamumall yang mengalami detik hitam berhubung rambutnya semalam. “Jahan*m rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak.”

Usahawan SITI JAMUMALL Tampil Bersuara Rambut Rosak Lepas Buat Rawatan Di Salon “Rambutkan Mahkota Wanita!”

IKLAN

Itu luahan rasa sedih dan geram pempengaruh atau influencer yang juga ahli perniagaan Siti Jamumall apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut, semalam.

Usahawan SITI JAMUMALL Tampil Bersuara Rambut Rosak Lepas Buat Rawatan Di Salon “Rambutkan Mahkota Wanita!”

Rentetan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah rosak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.

Usahawan SITI JAMUMALL Tampil Bersuara Rambut Rosak Lepas Buat Rawatan Di Salon “Rambutkan Mahkota Wanita!”

 

“Saya dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi. Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak ckp macam mana. Saya cari duit dengan membuat sesi ‘live’. Kalau keadaan saya macam ni memang malu lah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh saman malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh ‘live’.

“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab. Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni,” katanya.

IKLAN

Siti Jamumall berkongsi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

“Pendandan tu sampai lebih sejam lebih dia ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’. Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya. Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.

@sitijamumallSerikkkkk dh bagi orang sebarangan colour. Charge smpai 570 dpt hancur rosak rambut♬ original sound – sitijamumall

IKLAN

“Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala.

Rambut saya sampai pendek dan putus banyak. Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘bleach’ sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja. Lepas tu pasang ‘hitter’.  Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

Semoga isu ini tidak berpanjangan, dan semoga wanita-wanita di luar sana boleh mengambil iktibar dari insiden ini.

Majalah Nona pun ada di Telegram tau.Dah follow Telegram Majalah Nona? 👇

Follow kami sekarang di link berikut: https://t.me/majalahnona

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI