
Alhamdulillah, bahtera perkahwinan Fizo Omar dan Fazeera melangkau usia empat tahun! Pastinya sepanjang tempoh ini pelbagai suka duka dilalui mereka namun kedua-duanya kian matang menempuh kehidupan sebagai suami isteri.
Lebih membahagiakan, mereka dikurniakan rezeki menimang tiga cahaya mata dalam tempoh yang singkat.
Tidak sekadar menambah bilangan ahli keluarga, Fazeera yang juga bekas pramugari turut melakar pencapaian sendiri apabila berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dengan cemerlang.
Bersempena ulang tahun perkahwinan pada 21 Oktober lepas, Fizo yang juga pelakon dan usahawan menitipkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri penyayang serta memahami.
Kongsinya, “No words to say how much I love and appreciate u to be my life partner. It has been 4 amazing years together and till Jannah. Syukur di atas segala rezeki dari Allah buat keluarga kami.
Semoga Allah pelihara rumah tangga kami dan lindungilah ibu kpd zuriat hambaMu ini Ya Allah.
My partner in crime, partner gaduh, partner romantic, partner cari rezeki, partner mengasuh anak and my counsellor as well.”
Sementara itu, Fazeera turut mengucapkan terima kasih buat suami tercinta yang berusaha membahagiakan keluarga mereka.
“Happy 4th Anniversary my dear husband. Sometimes we fight with each other but most of the time, we fight for each other.”
Fazeera dan Fizo sah bergelar suami isteri 21 Oktober 2021. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda, Wan Umaira dan seorang anak lelaki pada 17 Jun lepas.
Menerusi perkahwinan terdahulu Fizo Omar, dia turut mempunyai seorang anak perempuan yang diberi nama Wan Maryam.
Semoga rumah tangga yang dibina Fazeera dan Fizo kekal bahagia sampai syurga.
This website uses cookies.