
Pelakon veteran tersohor, Datuk Jalaludin Hassan meluahkan kesyukuran apabila usia perkahwinannya bersama isteri tercinta, Datin Rapidah Abd Ghani mencecah lapan tahun.


Datuk Jalaludin Hassan memuat naik hantaran ucapannya itu di Instagram. Biarpun ringkas ianya cukup bermakna.
View this post on Instagram
“Terima kasih kerana sudi hadir dalam hidup ku. Semoga Allah rahmati dan kurniakan kebahagiaan bersama anak cucu hingga akhir hayat. Insyaallah.
“Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-8.”
Bahagia

Dalam hantaran itu, kelihatan Datuk Jalaludin Hassan dan Datin Rapidah meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka dalam suasana santai di luar sambil menikmati hidangan.
Terserlah kebahagiaan kedua-dua pasangan serasi ini. Datuk Jalaludin Hassan kini berusia 71 tahun manakala Datin Rapidah berusia 52 tahun.
Untuk info, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 12 November 2017 dengan sekali lafaz pada majlis akad nikah yang diadakan di Masjid Bandar Tun Hussein Onn, Cheras.


Ini merupakan perkahwinan kali kedua Datuk Jalaludin Hassan. Datin Rapidah merupakan ibu tunggal kepada empat cahaya mata.
Mereka bertemu ketika menghadiri rumah terbuka abang kepada isterinya, Lokman Ghani. Ketika itu Datuk Jalaludin Hassan terpikat dengan layanan isterinya itu terhadap tetamu yang mengingatkan kepada arwah isterinya.



Selepas itu mereka mula berkenalan dan bertemu jodoh.
Semoga perkahwinan Datuk Jalaludin Hassan dan Datin Rapidah kekal bahagia bersama anak-anak dan cucu sampai syurga.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!

















