USTAZ EBIT Kongsi REZEKI HALAL, BANTU Golongan Dalam KESUSAHAN

Dalam seminggu dua ini sibuk sungguh orang memperkatakan tentang skandal wang haram dengan cara penipuan. Macau scam yang berlaku sejak lama dahulu kini sudah terbongkar dengan penglibatan sepasang suami isteri yang sedang hangat diperkatakan.

Tetapi bukan itu yang ingin diceritakan. Tersentuh dengan pertolongan yang disampaikan penceramah terkenal Malaysia, Ustaz Ebit Lew, beliau masih lagi giat menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah serta membantu golongan yang memerlukan.

Baru-baru ini, isu pelajar-pelajar universiti yang terkandas kerana isu penularan Covid 19 yang semakin serius. Kerajaan membuat keputusan pelajar-pelajar kolej dan universiti menyambung pengajian secara online, dan tidak perlu berada di kelas secara fizikal.

 

Tulis Ustaz Ebit di laman Instagram beliau:

“Sayu ramai pelajar mesej saya dari pelbagai universiti. Disebabkan keadaan semasa yang kelas ditukar semula kepada online. Ramai juga yang baru daftar. Kasihan dengar. Saya tolong sewakan bas bagi free untuk mereka. Ramai pelajar DM saya mohon bantuan. Bas ini ke Pantai Timur dari UPSI.

Ramai lagi InsyaAllah saya akan aturkan dari UiTM, UTHM, UPSI dan banyak lagi. Iyalah keadaan semasa negara, Covid 19 meningkat. Semoga Allah mudahkan dan selamatkan perjalanan adik-adik. Dapat beri motivasi dan semangat pada pelajar dalam bas yang bergerak tadi. Teringat dulu masa susah di universiti…”- Ebit Lew

Paling seronok apabila membaca posting-posting di laman Instagram Ustaz Ebit mengenai hubungan kekeluargaan. Bersesuaian dengan program Keluarga Sunnah, video beliau bersama isteri dan anak-anak juga sering diselitkan dengan doa-doa dan tips dalam rumahtangga. Inilah kebahagiaan pemilik ElewsMart ini.

Semoga kita juga dapat menjadikan segala amalan dan tips dari Ustaz Ebit Lew dalam perjalanan hidup ini.

 

Kredit video dan foto: Facebook Ebit Lew Official Page dan Instagram Ebit Lew.

IKLAN
Share