Vanidah Imran Bukti Usia Bukan Halangan Kejar Cita-Cita, TAHNIAH! Kini Bergelar PENSYARAH

Benar kata orang hendak seribu daya tak nak seribu alasan. Kagum dengan wanita yang mempunyai nama Vanidah Imran ni. Menceburkan diri dalam dunia seni sejak usia 21 tahun, kini wanita yang berusia 47 tahun ini telah mengapai cita-citanya bergelar pensyarah.

Foto: Instagram @vanidah_imran
Foto: Instagram @vanidah_imran

Dikurniakan wajah klasik, selebrti memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-20 pada tahun 2007 telah berkongsi di laman media sosial miliknya tentang tugasnya sebagai pensyarah yang terpaksa melakukan kelas kuliah secara maya bersama pelajarnya. “ODL again this sem…. haih! Bertabahlah my dear students. Final sem…. final battle … you can do this,

” tulisnya.

Wanita yang pernah menyertai pertandingan ratu cantik Miss Malaysia World 1993 dan berjaya merangkul tempat kedua ini bergelar pensyarah sambilan di Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Puncak Perdana.

Foto: Instagram @vanidah_imran
Foto: Instagram @rizmanruzaini

Wanita yang berdarah keturunan India-Jawa ini turut menzahirkan rasa syukurnya melalui komennya, “My dream came true. Syukur, alhamdullilah,” tulisnya lagi. Tahniah! Vanidah Imran kerana menyuntik inspirasi kepada semua wanita untuk mengejar cita-cita mendidik anak bangsa. Tiada istilah lambat atau cepat dalam mengejar cita-cita yang penting usaha dan tawakal, kan.

Ketika ditanya tentang pengurusan masa, jawabnya ringkas, “Like everything else in life, we just have to learn to juggle our time

,” katanya.
Foto: Instagram @vanidah_imran
Foto: Instagram @vanidah_imran

Vanidah juga berjaya membuktikan wanita memang hebat dalam multitasking. Sewaktu masih bergelar isteri dan tawaran seni yang tidak pernah putus, Vanidah tetap mampu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah. Empat tahun ‘berjuang’ membahagikan masa di antara keluarga, kerjaya dan pelajaran akhirnya wanita berjiwa cekal ini berjaya memperoleh Ijazah Bahasa Inggeris di Universiti Terbuka Malaysia.

Foto: Instagram @vanidah_imran
Foto: Instagram @vanidah_imran

Sebelum ini Vanidah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon Rashidi Ishak pada 1 Oktober 2000 namun bercerai pada Ogos 2018 selepas 17 tahun berkahwin. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 19 tahun dan Maryam Rashika, 16 tahun.

Foto: Instagram @vanidah_imran
Foto: Instagram @vanidah_imran

Vanidah Imran ni selalu join marathon, mungkin ada kasut sukan macam Vanidah kat sini

IKLAN
Share