Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan hingga 28 April ini, rata-rata masyarakat ‘merungut’ betapa berbezanya sambutan puasa tanpa kebiasaan bersolat tarawih di masjid dan bazar Ramadan.
Namun kalau diteliti laporan kes COVID-19 hingga semalam, barangkali kita pun boleh meramal, dunia luar masih belum selamat dari jangkitan. Sebenarnya peluang di rumah pada bulan puasa nanti seharusnya dimanfaatkan. Mungkin sebelum ini kita terlalu sibuk, jadi cuba untuk kali ini saja, kita rebut sebanyak-banyak nikmat di bulan Ramadan.
Salah satu dialog menarik adalah di antara Menteri Agama, Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dengan pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) di IGTV. Kedua-dua murabbi kesayangan rakyat Malaysia ini saling berpendapat bahawa PKP ketiga ibarat ‘dalam bala ada nikmat’.
Sebagai agamawan, Dr. Zulkifli selalu berkongsi pandangannya melalui platform media sosial. Antara isu-isu yang pernah ditegurnya adalah kontroversi tajuk drama Isteri Untuk Disewa dan status jantina usahawan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman (Nur Sajat) ketika menunaikan umrah di Mekah.
Ads
Dr. Zulkifli dilahirkan pada 16 Januari 1969 di Kampung Goh Pauh, Kemaman, Terengganu. Sebelum ini beliau merupakan mufti Wilayah Persekutuan dan juga pengasas kepada Pondok Moden al-Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk, tidak sedikit pun Tokoh Maulidur Rasul 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan itu berbangga diri dengan jawatan tersebut.
Keluarga Datuk Seri Dr. ZulkifliSenator Datuk Seri Dr. Zulkifli dan Datin Seri Dr. Shereen Mohd Yunos
Gunakan Sebaiknya
Ads
Biarpun berpangkat besar, beliau sebenarnya seorang yang merendah diri dan sering mendengar pandangan agamawan lain.
Satu soalan Dr. Zulkifli yang menarik perhatian ramai, adalah sewaktu beliau bertanya soalan kepada UAI bagaimana kalau UAI dilantik memegang jawatan Menteri Agama Malaysia.
Jawab UAI, apabila seseorang individu mendapat kuasa atau pengaruh, gunakanlah peluang itu sebaik-baiknya. Kelak nanti tanggungjawabnya akan dipersoalkan Allah.
Mula dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan pada 2014, Zulkifli menjadi pakar rujuk dalam pelbagai isu agama dan beliau turut menghasilkan beberapa penulisan buku keagamaan seperti Bayan Linnas, Irsyad Fatwa dan Irsyad Usul Fiqh.
Kelantangannya mencoret nasihat-nasihat agama berkaitan isu semasa membuatkan rakyat semakin menyayanginya. Beliau dianggap seorang agamawan yang menegur tanpa sebarang prejudis, hanya mahu menegakkan hukum dan syiar Islam.
Semoga Sahibus Samahah Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri dikurniakan kekuatan, kesihatan dan kesabaran memimpin kementeriannya kelak sekaligus mengangkat syiar Islam di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, tahniah diucapkan buat atlet para negara iaitu Datuk Abdul Latif Romly yang selamat bergelar suami tanggal 13 Disember 2022. Selamat diijab kabulkan oleh bapa mentua, Nurul Nabila Farhana Musaidi kini sah menjadi isteri Datuk Latif dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan pasangan muda ini dikongsikan menerusi siaran langsung di media sosial kedua-dua mempelai. Sedondon menyarung persalinan rona putih salju, pasangan pengantin tampak bahagia dan berseri-seri. Sambil dimeriahkan dengan kehadiran ahli keluarga di kediaman pengantin perempuan di Perlis.
Pada majlis ijab kabul ini, Nabila yang merupakan seorang guru Sejarah dan Muzik menerima mas kahwin RM1,312 sebagai simbolik tarikh pernikahan mereka hari ini.
Mac lepas, Nabila berusia 24 tahun menghadiri Istiadat Konvokesyen ke-11 Institut Pendidikan Guru (IPG) selepas lebih dua tahun menunda majlis konvokesyen susulan pandemik Covid-19.
Nabila dan Datuk Abdul Latif Romly mengikat tali pertunangan pada Oktober lepas. Pasangan romantis ini dilaporkan mula berkenalan sejak kedua-duanya masih di bangku sekolah dan kian menjalin hubungan serius.
Semoga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke Jannah dan anak cucu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pizza Hut Malaysia, rangkaian piza nombor 1 Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan Cheese-Sang Cheesy Bites, hidangan penuh keriangan untuk dinikmati pada musim Tahun Baru Cina ini. Sempena pelancaran piza terbaru ini, Pizza Hut menjemput seluruh rakyat Malaysia untuk turut serta berkongsi kegembiraan dengan orang tersayang.
Piza edisi terhad ini boleh didapati di seluruh negara pada bulan Januari dan Februari 2018 melalui servis dine-in, penghantaran ataupun take-away. Piza Cheese-Sang Cheesy Bites dilengkapi dengan lapan belas kerak piza penuh dengan keju cedar dan mozarela, diikuti udang tempura yang rangup dan nanas yang dihidangkan di atas sos telur masin keemasan.
Pada Tahun Baru Cina ini, Pizza Hut menggalakkan semua rakyat Malaysia untuk meluangkan masa dan bergembira dengan orang tersayang di mana sahaja mereka berada. Rakyat Malaysia hidup dalam masyarakat yang berbilang bangsa di mana setiap individu boleh bersuka-ria bersama-sama tanpa mengira kaum mahupun agama.
Sama ada pembelian dibuat secara ala carte pada harga RM38.00 untuk saiz biasa mahupun kombo, Cheese-Sang Cheesy Bites merupakan hidangan sempurna dengan sentuhan unik dan menarik terhadap Tradisi ‘Yee Sang’ untuk rakyat Malaysia bagi merayakan Tahun Baru Cina ini.
Pizza Hut menawarkan 3 set kombo yang hebat: ‘Golden Prosperity Meal’, ‘Double Happiness Meal’ dan ‘Double Fortune Meal’ dengan harga yang berpatutan pada RM78.80, RM45.80 dan RM42.80 setiap satu. Hidangan ‘Golden Prosperity Meal’ untuk empat atau lima orang mengandungi satu piza Cheese-Sang Cheesy Bites saiz biasa, dengan tambahan satu piza pan/hand-stretched Favourite saiz biasa, satu pinggan udang tempura dilengkapi dengan telur masin keemasan, hidangan pembuka selera, empat minuman dan empat aiskrim.
Hidangan ‘Double Happiness Meal’ untuk dua atau tiga orang mengandungi pilihan antara satu piza saiz biasa Cheese-Sang Cheesy Bites, ataupun satu piza pan/hand-stretched Supreme atau Favourite, satu hidangan pembuka selera dan dua minuman, manakala hidangan ‘Double Fortune Meal’ untuk dua atau tiga orang mengandungi satu piza Cheese-Sang Cheesy Bites bersaiz biasa, dua sup krim cendawan, satu hidangan pembuka selera dan dua minuman. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Harry merupakan anak kedua Raja Charles III (ketika itu Prince of Wales) dengan Diana, Princess of Wales. Beliau dengan Meghan, seorang pelakon A.S. yang terkenal menerusi siri drama TV “Suits,” mula menjalin cinta pada pertengahan 2016.
Harry melamar Meghan di taman Istana Kensington, London & kemudian bertunang pada 2017. Pada November tahun itu, Clarence House mengumumkan bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada musim bunga 2018.
Upacara perkahwinan gilang-gemilang penuh istiadat berlangsung pada Sabtu, 19 Mei 2018 di Gereja St. George’s, Istana Windsor. Beberapa jam sebelum upacara bermula, Harry dikurniakan gelaran Duke of Sussex oleh nendanya, Ratu Elizabeth II.
Tengah hari itu, Meghan berjalan masuk bersama pengiring sebelum disambut Charles mengiringinya menuju ke altar. Disaksikan kira-kira 600 ahli keluarga & tetamu jemputan, Harry, di usia 33 tahun & Meghan, 36 tahun, bertukar janji & sah sebagai suami isteri.
Untuk upacara tersebut, Meghan memilih gaun rekaan Claire Waight Keller oleh Givenchy, sementara Harry mengenakan pakaian seragam Blues & Royals, mengikut tradisi diraja & sebagai penghormatan kepada perkhidmatannya bersama rejimen itu.
Meghan menjadi warga A.S. ke-2 & orang berdarah campuran pertama yang mengahwini kerabat Diraja British. Sekali gus, perkahwinan ini menandakan episod baharu dalam monarki British apabila menonjolkan penerimaannya terhadap kepelbagaian budaya.
Antara kelainan yang turut dibawa dalam perkahwinan ini adalah Harry & Meghan meminta supaya segala sumbangan disalurkan kepada badan-badan kebajikan pilihan mereka, sebagai ganti kepada tradisi pemberian hadiah perkahwinan.
Perkahwinan Harry & Meghan dianggar menelan kos sekitar £32 juta. Pada masa sama, ia juga menjana pendapatan sebanyak £1 bilion kepada ekonomi British, dibawa oleh para pelancong & penjualan cenderahati.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.