Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Jika dah lahir dalam keluarga berdarah seni, pastinya dari kecil dah nampak bakat semulajadi. Itu yang dapat digambarkan tentang keupayaan anak kepada penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Siti Nurhaliza atau Tok Ti yang berkongsi di Instagramnya hantaran video, menyaksikan anaknya Aafiyah yang baru berusia 4 tahun bermain piano.

IKLAN

Yang pasti, Tokti menjadi individu paling terharu malah sebak menyaksikan anaknya melakukan persembahan menerusi konsert piano pertama yang disertainya. Meski baru berusia 4 tahun, namun kemahiran Aafiyah bermain piona mengikut pitch nyata mengujakan. Aafiyah dikhabarnya sudah lama mengikuti kelas piano sejak dari kecil lagi.

“Bakal Pianist Terkenal Ni..!” Warga Maya Teruja Aafiyah Tunjuk Handal Main Piano, Tok Ti Pula Yang Sebak

Di dalam video tersebut, Aafiyah bersama jurulatih muziknya memainkan lagu berjudul Twinkle Twinkle Little Star, malah Aafiyah juga dikatakan pelajar termuda yang membuat persembahan.

“Hari ini Aafiyah menyertai konsert piano pertamanya.. Ibu bila teacher @illypianoacademy kata Aafiyah ada konsert, ibu yang nervous sebab Aafiyah antara yang paling muda iaitu 4 tahun dan takut dia panic (ibu je over thinking sebenarnya) Bila makin dekat ibu lagi nervous bercampur excited”, jelas Tok Ti di dalam kapsyennya.

“Bakal Pianist Terkenal Ni..!” Warga Maya Teruja Aafiyah Tunjuk Handal Main Piano, Tok Ti Pula Yang Sebak

IKLAN

Tok ti menjelaskan yang beliau juga berasa begitu sebak dapat melihat anaknya membuat persembahan. Tambahannya lagi, beliau berkata suaminya Dato’K memuji Aafiyah yang mempunyai gaya kerana jarinya yang begitu lentik.

“Hari ini ibu rasa sebak mula2 tengok Aafiyah perform .. Ayah pun bangga je bila tengok anak dara dia perform sambil lentik2 jari tuuu.. (Ada gayaa kata Ayah). Semoga Aafiyah dapat menimba segala ilmu dengan baik anakku.. Ibu dan Ayah selalu doakan ye.. Tq teacher @illypianoacademy yang sentiasa sabar mendidik anak ibu ye..Tahniah untuk majlis hari ini..”, akhiri Tok Ti.

IKLAN

Dalam ruangan komen pula dapat disaksikan ramai yang mengagumi dan kemahiran Aafiyah di usia muda, termasuk dari kalangan rakan artis dan selebriti.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI