Selamat ulang tahun perkahwinan buat pempengaruh Farah Lee dan Fuad Hashim. Pejam celik, rupa-rupanya usia perkahwinan pasangan ini sudah pun melangkau setahun! Tanggal 5 Januari 2024 pastinya menjadi memori terindah buat kedua-duanya apabila sah disatukan sebagai suami isteri.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli yang sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pengacara popular iaitu Ally Iskandar, kembali menemui bahagia dengan jejaka pilihan, Mohamad Fuad Hashim.
Meskipun baru setahun bergelar isteri Fuad Hashim namun aktivis ini memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan sangat memahami. Berkongsi rasa gembira bersempena ulang tahun perkahwinan, Farah menitipkan ucapan bermakna buat lelaki kesayangan.
“Ulang tahun pertama meraikan kemenangan Fuad. Now I know what a healthy relationship looks like, and I thank him for that. It’s definitely hard to love a traumatised me, I’ve been through a lot, I ain’t easy, but he nailed it effortlessly.
Ads
I learnt to trust love again. I am home. Setahun. Banyak lagi tapak yang harus dilangkah. Lurus mahupun liku, moga Allah tetapkan kita sampai syurga dalam bahagia.”
Sejak berpisah daripada perkahwinan pertama pada 2016, ketabahan Farah sebagai ibu tunggal di samping anak perempuan iaitu Maream Esabel sering menjadi perhatian dan inspirasi masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita yang senasib dengannya.
Dalam kesibukan membesarkan cahaya mata, semangat suri hati Fuad Hashim ini membina empayar perniagaan dan menuntut ilmu turut meraih tumpuan.
Dia memiliki ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Korea Selatan pada tahun 2013 dan mengenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leads, United Kingdom pada Mac 2022.
Nona mendoakan agar rumah tangga yang dibina Farah Lee dan Fuad berkekalan hingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bahasa cinta adalah luahan kata-kata serta perbuatan yang nampak mudah namun cukup memberi makna. Yang susahnya ialah mencari bahasa cinta yang paling tepat buat pasangan.
Setiap orang memiliki bahasa cintanya yang tersendiri. Tetapi seiring dengan perubahan umur, bahasa cinta boleh berubah. Apabila pasangan saling jatuh cinta, kedua-duanya mula memahami dan mendalami bahasa cinta masing-masing.
Justeru, pilihlah bahasa cinta yang tepat untuk pasangan anda agar terciptanya bahagia. Dr Gary Chapman yang terkenal dengan rangkaian bukunya, 5 Love Languages menulis tentang 5 bahasa cinta yang paling asas iaitu:
UNGKAPAN CINTA
Sebelum tidur masing-masing melafazkan ucapan terima kasih atas kebaikan pasangan yang telah dilakukan pada hari itu. Ambil juga peluang untuk meminta maaf atas kekhilafan yang terjadi. Ungkapan cinta juga bermaksud memberi sokongan dan hormat kepada pasangan.
LAYANAN
Cinta tidak cukup dengan hanya luahan kata-kata. Sesetengah orang akan lebih merasai cinta apabila diberikan layanan terbaik oleh pasangan mahupun keluarga. Sudah tentu seseorang itu mengharapkan pasangannya memberi layanan paling istimewa buat dirinya.
PEMBERIAN HADIAH
Ada yang menjadikan amalan pemberian hadiah sebagai tradisi bagi melambangkan bahasa cinta. Maka ungkapan terima kasih, penghargaan, rasa hormat serta layanan istimewa akan lebih bermakna dengan pemberian hadiah. Tidak semestinya hadiah mahal, cukup sekadar pemberian kecil sebagai tanda cinta dan perhatian.
WAKTU BERKUALITI
Dua perkara penting yang menentukan arah perjalanan kita iaitu masa dan bagaimana kita memanfaatkannya. Tuntutan keperluan hidup seringkali mengganggu sebahagian besar waktu dan kita harus bijak mengambil peluang. Bagi pasangan, waktu berkualiti ialah saat berduaan tanpa gangguan.
SENTUHAN MESRA
Ada pasangan yang suka disentuh dan dibelai sebagai bukti cinta. Berikan saja, bukankah permintaan itu paling mudah lebih-lebih lagi ia tidak memerlukan tenaga dan kos?
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dunia seni tanah air semalam digemparkan dengan kematian mengejut pelakon vateran, Ridzuan Hashim yang yang menghembuskan nafas terakhir sekitar pagi semalam.
Bercakap pada Harian Metro, bekas isteri arwah pelakon Didie Alias mendedahkan dia dan keluarga sudah lama mengetahui tentang sakit jantung dihadapi oleh bekas suaminya, Allahyarham Ridzuan Hashim.
“Ksemua dalam keluarga memang tahu bahawa arwah menghidap sakit jantung sejak tiga tahun lalu. Tapi, dia nak rahsiakan sebab takut tak dapat tawaran kerja.
“Tiga tahun lalu, dia pernah diserang serangan jantung selepas bermain bola. Jadi, apabila dia sesak nafas, dia dibawa ke hospital dan sejak itulah kami tahu dia sakit jantung.
Malah dia pernah berbincang dan meminta anak-anak untuk menemani Ridzuan yang juga aktor oleh kerana arwah tinggal bersendirian. Dia tinggal bersendirian, jadi kami anak beranak berbincang untuk anak-anak menjaganya. Jadi, sejak tahun lalu, anak saya Muhammad Dhanial menjaganya di rumah dan menemaninya.
“Kami takut benda-benda tak diingini berlaku bila dia bersendirian,” kata Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd @ Ali.
Didie berkata, arwah sepatutnya menghadiri majlis perkahwinan Dhanial yang akan berlangsung dua minggu lagi sekali gus membuatkan anak mereka itu terkilan tanpa kehadiran bapa.
Didie dan Ridzuan berkahwin pada 1991 dan bercerai 11 tahun kemudian. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan lima cahaya mata.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selebriti versatil Alif Satar tidak menyangka percutiannya bersama keluarga ke England dan Scotland memberi ruang buat dirinya dan keluarga menyaksikan sendiri ‘perjalanan terakhir’ mendiang Ratu Elizabeth II. Kejadian tidak dirancang itu berlaku sewaktu Alif bersama isteri serta tiga orang anaknya baru sahaja tiba di bandar Edinburgh, Scotland dan sedang dalam misi mencari makan tengahari di bandar tersebut.
“Semalam kami baru saja hendak meninggalkan hotel The Gleneagles untuk menuju ke Edinburgh. Sampai sahaja di Edinburgh, kami tinggalkan kereta dan berjalan kaki menuju ke bandar untuk mencari makan tengah hari.
“Sedang kami berjalan mencari nasi briyani (sebab dah seminggu tak makan nasi), jalan semua dah ditutup. Nak melintas pun tidak boleh sebab orang terlalu ramai. Rupa-rupanya ada perarakan membawa keranda mendiang Ratu Elizabeth II,” katanya menerusi satu hantaran dalam Instagram.
Dalam hantaran itu juga, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku turut berkongsi video menunjukkan ‘perjalanan terakhir’ jasad Ratu Elizabeth II serta beribu-ribu rakyat jelata berkabung, berbaris di sepanjang laluan perarakan keranda baginda di Scotland di mana baginda mangkat bagi menunjukkan tanda penghormatan buat terakhir kali.
Dalam ruangan komen, rmai menyifatkan percutian Alif bersama keluarganya cukup bermakna kerana dapat menyaksikan sendiri kejadian yang mungkin berlaku sekali sahaja dalam seumur hidup.
Hampir enam bulan melayari alam perkahwinan, pasangan selebriti popular Indonesia iaitu Ahmad Al Ghazali dan Alyssa Daguise menerima perkhabaran gembira apabila mereka bakal timang cahaya mata sulung tidak lama lagi. Pendedahan tersebut dibuat anak sulung Ahmad Dhani dan Maia Estianty itu di media sosialnya pada hujung November lepas.