Anak Bongsu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, Izzana Salleh, Selamat Diijab Kabulkan

Ads

Seindah takdir menemukan dua hati, anak perempuan bongsu Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil iaitu Wan Izzana Fatimah Zabedah selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihan hati, Adam Radlan, siang tadi. Dengan sekali lafaz, Izzana sah bergelar isteri berwalikan bapanya, Dato’ Sri Dr Mohamad Salleh Ismail, dengan mas kahwin seutas rantai berlian.

Bertemakan The Enchanted Forest, hari bahagia itu diraikan dalam suasana indah dan romantis. Kedua mempelai tampil serba putih, dengan Izzana anggun dalam persalinan RI Haute Couture, disempurnakan sentuhan solekan Khir Khalid. Berseri-seri bak bidadari!

Menambah kemanisan majlis bersejarah ini, Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein serta Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh serta pasangan hadir menyaksikan upacara akad nikah.

Semoga akad yang menyatukan Izzana dan Adam menjadi permulaan cinta yang teduh, setia dan kekal hingga ke syurga. Indah sungguh majlis yang diadakan, tahniah Tan Sri Shahrizat sekeluarga ✨

#majalahnona

Video Seterusnya

Ads

Video Menarik

Ads