Wajah Baharu IPC SHOPPING CENTER! Aktiviti Membeli-Belah Bersama Keluarga Kini Lebih Menyeronokkan

Pusat beli-belah IPC atau IPC Shopping Center yang telah mendapat sentuhan pengubaisuaian semula kini mula dibuka kepada orang ramai dengan pelbagai tarikan terkini untuk seisi keluarga. Selain menampilkan pelbagai kedai terdiri dari hiasan kediaman, barangan keperluan harian, kedai serbaneka dan sebagainya, ia menampilkan unsur keselesaan, keselamatan, kemudahan dan kegembiraan sepanjang berada di premis yang terletak bersebelahan IKEA Mutiara Damansara itu.

Menurut Pengarah Pusat Beli Belah IKEA Southeast asia, Thomas Malmberg, sebanyak RM 200 juta diperuntukkan untuk proses pengubahsuaian IPC Shopping Center di mana ia merangkumi pengubahsuaian secara keseluruhan merangkumi ruang dalaman dan lanskap pusat beli belah tersebut.

Pusat beli belah yang menampilkan wajah lebih segar dan imej kontemporari ini sememangnya amat menepati pilihan pelanggan di mana mereka amat mementingkan keselesaan sepanjang proses membeli-belah. Malah, IPC Shopping Center (dahulunya dikenali sebagai Ikano Power Center) yang telah dibuka sejak 15 tahun yang lalu sememangnya satu destinasi popular di kalangan penduduk di sekitar Mutiara Damansara, Kota Damansara serta Taman Tun Dr Ismail.

Antara kedai yang turut berada di IPC Shopping Center termasuklah Harvey Norman, Popular Bookstore dan Padini Manakala antara jenama gergasi lain yang turut menyertai pusat beli belah ini termasuklah Ben’s Independent Grocer (B.I.G), Family Mart, IKEA Cafe, Watsons, Cotton On, LC Waikiki dan Sketchers.

Menyentuh pula mengenai pelbagai hidangan yang ditawarkan di IPC Shopping Center, pengunjung boleh memilih aneka hidangan yang berada di setiap tingkat di pusat beli belah ini. Antaranya termasuklah Hana Japanese Dining, Magnum Cafe, Kluang Station, Absolute Thai, Boat Noodle Nando’s, Starbucks dan Dome.

Untuk anda yang datang membeli belah bersama keluarga, di tingkat dua pusat beli belah ini turut disediakan kawasan permainan kanak-kanak dikenali sebagai Funland yang lengkap dengan permainan yang menarik berhadapan dengan Toys R Us.

Bagi memelihara kehijauan bumi, IPC sebelum ini telah membuka sebuah ruangan kitar semula yang memberi kemudahan untuk orang ramai menghantar barang-barang kitar semula untuk dikitar semula. Recycling & Buy Back Center membolehkan orang ramai membawa barangan kitar semula dari rumah untuk dijual termasuklah surat khabar, majalah, tin serta bateri telefon bimbit atau mentol lampu!

Selaras dengan pembukaan semula pusat beli belah ini, ia turut memperkenalkan logo terbaharu IPC Shopping Center yang lebih segar dan selaras dengan ulang tahunnya ke 15. Jadi, jika tidak tahu ke mana hendak dituju hujung minggu ini, jom ke IPC Shopping Center untuk menikmati pengalaman beli belah dalam suasana yang moden dan kontemporari. Sempena kedatangan perayaan Tahun Baru Cina ini, pelbagai program telah diatur untuk para pengunjung dengan tema dekorasi Tahun Baru Cina yang menarik serta pelbagai aktiviti untuk pengunjung! ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

IKLAN
Share