Archana Puran Singh Popular Watak Miss Braganza Kuch Kuch Hota Hai

Nama Archana Puran Singh mungkin kedengaran agak asing dalam kalangan peminat filem Bollywood di Malaysia. Tapi kalau sebut ‘Miss Braganza’ dalam filem box office Kuch Kuch Hota Hai pasti ramai di antara mereka yang masih mengingati watak pensyarah kolej berkenaan yang seksi dan menghiburkan.

Menerusi karya hebat Bollywood itu sekitar tahun 1998, Miss Braganza merupakan pasangan kepada Dekan St. Xavier’s College iaitu Mr Malhotra yang dijayakan oleh pelakon Anupam Kher.

Artikel https://www.nona.my/berjaya-jadi-pemilik-hotel-sambung-phd-kini-keluarkan-minyak-masak-sendiri-dato-nurul-zahid-bukti-kemampuan-diri/

Lakonan Archana Puran Singh ‘Miss Braganza’

Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India! Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India! Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India!

Sampai ke hari ini, jalan cerita dan penghayatan watak para pelakon filem berkenaan terpahat kemas dalam ingatan penonton meskipun sudah 27 tahun berlalu.

Tidak dinafikan, filem Kuch Kuch Hota Hai bukan hanya popular di India bahkan mencipta fenomena di Malaysia.

Ads

Apatah lagi gandingan mantap Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukerji yang berjaya melakonkan peranan sebagai Rahul, Anjali dan Tina memberi kesan kepada para penonton.

Bercerita mengenai perkembangan terkini ‘Miss Braganza’, Archana Puran Singh kini berusia 63 tahun.

Biarpun sudah melewati usia 60an namun pesona dan telatah menghiburkannya tidak pernah pudar. Begitu juga raut wajahnya yang jelita dan awet muda!

Tidak hairanlah dalam usia sebegini dia masih dikenali dan menghiasi bidang penyiaran di samping pelapis-pelapis muda lain.

Ads

Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India! Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India! Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India! Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India!

Latar Belakang Archana Puran Singh

Menelusuri latar belakang Archana, dia dilahirkan pada 26 Mac 1962 di Dehradun, Uttarakhand dan pertama kali muncul dalam industri seni India menerusi filem Nikaah pada 1982 ketika berusia 20 tahun.

Dia merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Bapanya iaitu Chaudhary Puran Singh merupakan seorang peguam.

Ads

Sepanjang lebih empat dekad menjadi anak seni di India, Archana Puran Singh yang merupakan pelakon dan personaliti televisyen sudah membintangi lebih daripada 100 filem dan siri televisyen.

Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India! Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India! Wajah Terkini ‘Miss Braganza’ Usia 63 Tahun, Bintang Kuch Kuch Hota Hai Archana Puran Singh Kini YouTuber Popular India!

Selain bergelar aktres, jelitawan ini juga merupakan hos dalam program The Kapil Sharma Show. Bersandarkan populariti Archana Puran Singh, dia memanfaatkan pengaruh dengan content menarik dan menghiburkan di saluran YouTube sendiri.

Kebanyakan video yang dimuat naik di YouTube tersebut berkisar mengenai kehidupan dan aktivitinya bersama suami dan dua anak kesayangan. Sehingga kini, YouTube Archana mempunyai hampir sejuta subscribers.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads