Wajah Terkini SUHAILA SULAIMAN, Isteri FAIZAL HUSSEIN Yang Setia Menyokong Karier Seni Suami!

Penangan filem Gila-Gila Remaja  pada 1986 berjaya melonjakkan nama pelakon lelaki handalan, Faizal Hussein. Bahkan sampai ke hari ini pun masih ramai yang boleh mengingati satu persatu jalan cerita filem tersebut dan lebih mengenali Faizal sebagai gelaran Roy.

Kehebatan anak kepada seniman Allahyarham Hussein Abu Hassan dan Allahyarhamah Mahyon Ismail di pentas lakonan tetap utuh sehingga sekarang meskipun usianya kini mencecah 50 tahun.

Di sebalik kejayaan yang digapai Faizal, pasti ramai yang tertanya-tanya tentang perkembangan isterinya yang juga merupakan seorang pelakon. Pernah bergandingan bersama-sama dalam drama Sayang Puteri, Suhaila Sulaiman kini berusia  41 tahun dan lebih memberi tumpuan kepada keluarga selain membuat perniagaan secara kecil-kecilan dari rumah.

Hasil perkongsian hidup selama 18 tahun, Faizal dan Suhaila dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fazryn yang kini berusia 12 tahun dan seorang anak lelaki bernama Fazrick. Mengamati wajah kedua-dua permata hati pasangan romantis ini, tidak syak lagi mereka berdua mewarisi kecantikan dan wajah tampan Faizal dan Suhaila.

Paling menarik perhatian, cara Suhaila mendidik dan membentuk kedua-dua anaknya dengan penuh tumpuan. Apa saja yang diminati anak-anak, baik Suhaila mahupun Faizal, mereka sepakat menyokong kehendak Fazryn dan Fazrick. Misalnya, ketika anak lelaki mereka menyertai pertandingan robotik, World of Robotics National Championship 2017 baru-baru ini.

Berikut foto-foto terkini yang dikongsikan Suhaila di Instagram miliknya.

IKLAN
Share