Walau Berdepan Pergolakan Rumahtangga, DIANA DANIELLE Masih Sempat Lancar Lagu Raya ‘Senandung Raya’

Isu pergolakan rumahtangga antara Farid Kamil dan Diana Danielle terus diperkatakan sehingga kini, namun ia tidak menghalang Diana untuk terus berkarya, dan kini dia melangkah setapak lagi dalam industri seni dengan melancar dan menerbitkan lagu raya yang berjudul Senandung Raya. Lagu raya Diana yang bengenre pop kontemporari didengar cukup ‘catchy’ sekali sehinggakan ada yang menyamakan dengan lagu raya dari kumpulan Feminin.

Menurut sumber Berita Harian, ini merupakan pertama kali Diana merakamkan lagu raya secara solo dalam bahasa Melayu, walaupun Diana lebih selesa berbahasa Inggeris.

“Saya mengaku kepada komposer lagu Senandung Raya, Amyela bahawa saya tidak yakin menyanyikan lagu Melayu. Namun, dia sangat membantu dan memberi sokongan ketika proses rakaman.

Selain menyanyi dalam bahasa Melayu, proses menyiapkan video muzik pada saat-saat akhir juga menjadi cabaran buat penyanyi berusia 31 tahun itu.

Namun, Diana memberi komitmen bagi memastikan perancangan lancar. “Sebelum ini, saya tidak pernah mendapat peluang merakamkan lagu raya secara solo. Jadi, saya mahu segera siapkan lagu dan muzik video Senandung Raya supaya dapat dilancarkan tepat pada masanya

“Saya bangga apabila dapat memberi idea dalam video muzik di mana kami ingin paparkan situasi sebenar. Sebagai penyanyi baharu, semua ini memberi pengalaman kepada saya bagaimana hendak mewujudkan sesuatu yang bermula dengan idea,” katanya.

Selain itu, Diana mengaku gementar untuk bekerjasama dengan Amylea buat kali pertama. Jom sama-sama kita dengarkan lagu raya dari Diana Danielle.

Sumber: Berita Harian

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share