Walau Bersolek Nipis, Penampilan TENGKU PERMAISURI SELANGOR Tetap Curi Perhatian!

Agak lama tidak melihat kelibat Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menghadiri majlis rasmi dan bertemu rakyat. Namun baru-baru ini, kemunculan baginda di sebuah program gaya hidup sihat mencuri perhatian ramai.

Memetik kenyataan daripada laman web rasmi Selangor Royal Official, Tengku Permaisuri Selangor telah berkenan berangkat merasmikan World Thinking Day Run 2020 Selangor di Taman Tasik Cyberjaya, Sepang dua hari lepas.

Difahamkan majlis tersebut berlangsung pada 22 Februari lalu dan ia merupakan program anjuran Persatuan Pandu Puteri Cawangan Negeri Selangor yang dinaungi oleh DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sendiri. Seperti kebiasaan, penampilan baginda menarik tumpuan peserta yang hadir termasuk rakyat yang merindui kelibat Tengku Permaisuri Selangor.

Meskipun hanya mengenakan solekan nipis dan berbaju T, kejelitaan DYMM Tengku Permaisuri Norashikin tetap memukau.

Pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyerahkan sijil-sijil pencapaian kepada para peserta. Jelas terpancar wajah ceria dan terharu mereka saat menerima penganugerahan daripada Tengku Permaisuri Selangor. Selain berkenan menyampaikan sijil pencapaian, baginda turut berkenan melawat ke tapak pameran yang disediakan.

Turut hadir menyerikan World Thinking Day Run 2020 Selangor ialah Yang di-Pertua Persatuan Pandu Puteri Cawangan Selangor, Yang Amat Mulia Tengku Puan Indera Setia
Selangor, Tunku Irinah Binti Al-Marhum Tuanku Jaafar.

Kredit: Selangor Royal Official

IKLAN
Share