Walau Dah Ada 4 Anak, SARI YANTI Tetap Cantik & Makin BERSERI Lepas Bersalin

Nampaknya selepas bersalin anak keempatnya pada 6 Jun lalu, penampilan Sari Yanti makin cantik dan berseri-seri. Ketika di hujung kehamilannya tempoh hari nampak juga pertambahan berat badannya, tapi selepas bersalin tanpa tunggu masa yang lama, Sari Yanti kembali langsing.

Foto: Instagram @sariyanti
Foto: Instagram @sariyanti

Melihat penampilan Sari Yanti yang langsing walaupun baharu saja melahirkan anak yang diberi nama Muhammad Khidir ini terdetik untuk mengorek rahsianya menjaga penampilan. “Rasanya saya tiada rahsia untuk tampil langsing selepas bersalin.

Foto: Instagram @sariyanti
Foto: Instagram @sariyanti

Namun, apa yang boleh saya kongsi adalah mengikut cara berpantang dengan betul seperti orang dahulu memang boleh membantu ibu yang baharu melahirkan untuk mendapatkan berat badan seperti sebelum melahirkan anak.

Foto: Instagram @sariyanti

Walaupun saya bukan orang yang tepat untuk menasihati ibu muda agar berpantang mengikut nasihat orang-dulu-dulu kerana saya tidak berpantang secara ketat dahulu. Namun saya boleh berkongsi pengalaman kerana pernah merasai kedua-dua pengalaman berpantang secara teliti dan biasa. Ini pengalaman yang saya lalui sendiri dan suka untuk berkongsi dengan semua peminat di luar sana.

Foto: Instagram @sariyanti
Foto: Instagram @sariyanti

Semasa melahirkan kedua-dua anak lelaki dahulu saya tidak mengamalkan berpantang secara sepenuhnya. Apa yang saya lakukan hanya memakai stoking, berurut tiga kali, bertungku dan menjaga pemakanan sewaktu berpantang.

Foto: Instagram @sariyanti
Foto: Instagram @sariyanti

Namun, berpantang kali ini saya terbuka pintu hati untuk mencuba pakej berpantang yang telah disediakan oleh pihak Natalis Mother Care & Beauty. Walaupun pada mulanya saya ragu-ragu untuk mencuba berpantang cara tradisional namun atas galakan teman-teman saya menerimanya,” kongsi Sari Yanti sewaktu baru melahirkan anak ketiganya, Dariya Inara, dahulu.

Foto: Instagram @sariyanti
Foto: Instagram @sariyanti

Tambahnya lagi, “Saya bersyukur kerana membuat keputusan tepat untuk berpantang secara tradisional kerana dapat merasai sendiri perbezaan berpantang dahulu dengan sekarang. Selepas menjalani proses berpantang selama 44 hari dengan berurut, bertungku, memakai bengkung, berpilis, berparas, bertangas dan sebagainya saya dapati tubuh lebih bertenaga dan cepat sihat.

Foto: Instagram @sariyanti

Badan juga cepat kurus dan air susu juga banyak. Namun, saya tidak terkejar-kejar untuk kurus dengan cepat dan melalui proses menurunkan berat badan dengan perlahan-lahan. Setiap orang tahu corak perkembangan badan sendiri dan bagi saya kesihatan tubuh badan itu lagi penting daripada memiliki tubuh yang langsing,” ungkap Sari Yanti yang berusia 36 tahun ini.

Kecantikan rupa paras selebriti bertubuh kecil ini memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Teruja untuk mencungkil rahsia rejim penjagaan kulit wanita yang pernah bergandingan dengan pelakon Remy Ishak dalam drama Cik Serba Tahu ini.

“Saya memang tidak mempunyai rutin kecantikan yang boleh dikongsi. Sepanjang usia saya ini saya tidak pernah mengunjungi spa untuk melakukan facial. Penjagaan kulit saya seperti biasa dengan menggunakan cecair pembersih wajah, penyegar dan pelembap biasa.

Foto: Instagram @sariyanti

Tetapi apa yang seronok mahu saya kongsi adalah sejak usia awal 20an saya sudah mengamalkan makan jamu. Jamu yang diamalkan adalah jamu kunyit yang saya dibuat sendiri. Jamu kunyit ini membantu meningkatkan tenaga tubuh, membantu mengatasi masalah sembelit, membantu mengatasi masalah keputihan dan sebagainya,” jelas Sari Yanti panjang lebar.

IKLAN
Share