Walau Gemar Bercuti Di Pantai Belle Al-Yahya Tetap Pelihara Kecantikan Kulit

Sememangnya menikmati momen bercuti paling dinantikan oleh setiap individu. Pengasas Bella Ammara dan Co-founder Sugarbelle Cosmetic ini juga pernah berkata bercuti bersama keluarga merupakan aktiviti tahunan yang paling dinanti. Walaupun kini tidak boleh bercuti di luar negara akibat pandemik COVID-19 namun dalam negara juga tidak kurang cantiknya.

Foto: Instagram @bellealyahya
Foto: Instagram @bellealyahya

Teruja melihat foto percutian yang dikongsi oleh Belle Al-Yahya melalui media sosialnya. Apa yang dapat dilihat pemilik nana sebenar Sharifah Nabilla Al-Yahya Syed Sheh ini gemar bercuti di pantai. Namun, Dalam kegembiraan bercuti wanita yang mesra di sapa Belle ini tetap menjaga rutin penjagaan wajah sehariannya.

Foto: Instagram @bellealyahya
Foto: Instagram @bellealyahya

“Menjaga kecantikan pada saya tidak mengira tempat. Jika sedang bercuti juga saya menitik-beratkan penjagaan diri. Saya akan pastikan kulit sentiasa dilindungi dan bersolek secara natural dan mengikut keperluan.

Foto: Instagram @bellealyahya
Foto: Instagram @bellealyahya

Ketika bercuti saya tetap menjaga rutin kecantikan sama seperti dilakukan di rumah cuma perlu lebihkan pemakaian pelembap dan serum serta losen badan. Perubahan cuaca dan cuaca sejuk di luar membuatkan kulit cepat kering. Pelembap bibir juga perlu dipakai setiap masa,” tutur Belle Al-Yahya ketika ditemu bual sedikit masa dahulu.

Foto: Instagram @bellealyahya
Foto: Instagram @bellealyahya

Jika sebelum pandemik COVID-19 melanda dunia, ibu kepada dua orang anak ini kelihatan kerap bercuti ke luar negara. Ketika ditanya tentang penjagaan kulit di negara beriklim sejuk, jawabnya, “Ketika cuaca sejuk, kulit akan cenderung untuk menjadi lebih kering. Jika tidak dijaga akan membuat kulit menggelupas.

Foto: Instagram @bellealyahya
Foto: Instagram @bellealyahya

Jadi, sebelum keluar saya perlu memakai serum atau pelembap pada kulit muka. Saya juga tidak pernah lupa menyapu losen badan ketika bercuti dan lip balm di bibir supaya tidak kering. Face mist boleh diletakkan di dalam handbag supaya boleh guna sekiranya kulit terasa kering dan sembur di muka supaya lebih segar dan lembap.

Foto: Instagram @bellealyahya
Foto: Instagram @bellealyahya

Bagi cuaca panas pula yang tiada beza dengan Malaysia saya hanya teruskan rutin seperti di rumah cuma wajib pakai sun block sebelum keluar,” ujar Belle Al-Yahya yang akan membawa pelembap bibir, pelembap, serum, losen badan dan face mist ketika bercuti.

Foto: Instagram @bellealyahya
Foto: Instagram @bellealyahya

Menurut Belle kepentingan menjaga kecantikan adalah untuk keyakinan diri. “Kecantikan diri penting bagi wanita untuk tampil lebih yakin dalam menguruskan pekerjaan seharian. Ramai salah anggap wanita yang menjaga kecantikan hanya untuk menarik perhatian lelaki. Bagi saya ia tidak benar kerana wanita sememangnya sukakan kecantikan daripada segala aspek bukan sahaja rupa paras,” ujarnya.

IKLAN
Share