Walau Nicole Kidman Dah 52 Tahun Tapi Tetap Maintain & Bentuk Badan Langsung Tak Berubah

Siapa sahaja yang tak kenal Nicole Kidman. Susuk tubuh bekas isteri Tom Cruise ini macam tak berubah ketika menonton lakonannya dalam filem Batman Forever pada tahun 1995. Walau kini Nicole sudah berganjak ke usia 52 tahun tetapi tetap kelihatan awet muda dan yang paling penting bentuk badannya tetap maintain seperti muda-muda dahulu.

Paling cemburu apabila ada pihak media di sana yang mencungkil rahsia diet Nicole, jawapan wanita yang telah memenangi berbagai anugerah bidang lakonan yang diceburinya, “Saya makan semua makanan dan tak berpantang,”. Betul ke tu Nicole, makan macam-macam tapi berat badan tak naik.

Beruntung Nicole tidak perlu ‘mendera’ diri dengan menyekat makanan masuk dalam tubuh tetapi hasilnya tubuh yang menawan dan dicemburui oleh ramai wanita. “Saya sebenarnya tidak terlalu strict dengan pola pemakanan. Boleh dikatakan saya makan semua makanan kegemaran TETAPI saya mengamalkan pengambilan makanan secara sederhana,” tutur Nicole yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Australia dan Amerika Syarikat ini.

Wanita yang memegang watak sebagai Satine dalam filem Moulin Rouge ini jujur berkongsi bahawa dia mengamalkan 80% diet sihat dan 20% sebaliknya. “Saya juga percaya dengan natural health remedies

. Cuba cari bahan semulajadi yang sesuai dengan tubuh masing-masing untuk meningkatkan tenaga,” jelas Nicole yang berlakon dalam filem Aquaman ini.

Rupa-rupanya ibu kepada empat orang anak ini juga seorang coffee lover. Kata Nicole, dia dan suaminya enjoy minum kopi bersama. Tetapi pasangan ini menikmati kopi dengan cara yang berbeza. “Saya dan suami lebih suka minum buih kopi berbanding air kopi itu sendiri.

Kalau buat pesanan di kedai kopi – saya nak cappuccino, buih lebih dan air kopi kurang,” kata isteri kepada Keith Urban dan ibu kepada Isabella Jane Cruise, Connor Cruise, Sunday Rose Kidman Urban dan Faith Margaret Kidman Urban ini.

Selain itu, Nicole juga banyak berlari, melakukan yoga dan spinning (indoor cycling). Bukan mudah untuk seorang yang bergelar aktres di Hollywood untuk kekal lama. Salah satu faktor yang membuat seseorang aktres itu menjadi pilihan pengarah adalah kecantikannya. Nyata Nicole di antara pelakon yang sudah berusia tetapi masih dikejar oleh pengarah filem Hollywood.

Sumber: insider.com Foto: Instagram @nicolekidman

IKLAN
Share