Walaupun Anak Dah 4 & Umur 52 Tahun Namun Penampilan Nicole Kidman Sangat Dicemburui

Nicole Kidman figura cantik yang tak dimamah usia. Dikurniakan wajah yang jelita dan ketinggian bak peragawati menjadikan bekas isteri Tom Cruise ini begitu dicemburui. Lebih istimewa apabila di usia 52 tahun bentuk tubuhnya bagai tak berubah ketika menonton lakonannya dalam filem Batman Forever pada tahun 1995.

Paling cemburu apabila ada pihak media di sana yang mencungkil rahsia diet Nicole, jawapan wanita yang telah memenangi berbagai anugerah bidang lakonan yang diceburinya, “Saya makan semua makanan dan tak berpantang,” jawabnya. Betul ke tu Nicole, makan macam-macam tapi berat badan tak naik.

Beruntung Nicole tidak perlu ‘mendera’ diri dengan menyekat makanan masuk dalam tubuh tetapi hasilnya tubuh yang menawan dan dicemburui oleh ramai wanita. “Saya sebenarnya tidak terlalu strict dengan pola pemakanan. Boleh dikatakan saya makan semua makanan kegemaran TETAPI saya mengamalkan pengambilan makanan secara sederhana,” tutur Nicole yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Australia dan Amerika Syarikat ini.

Wanita yang memegang watak sebagai Satine dalam filem Moulin Rouge ini jujur berkongsi bahawa dia mengamalkan 80 peratus diet sihat dan 20 peratus sebaliknya. “Saya juga percaya dengan natural health remedies. Cuba cari bahan semula jadi dengan tubuh masing-masing untuk meningkatkan tenaga,” jelas Nicole yang berlakon dalam filem Aquaman ini.

Nicole juga seorang coffee lover. Kata Nicole, dia dan suaminya enjoy minum kopi bersama. Tetapi pasangan ini menikmati kopi dengan cara yang berbeza. “Saya dan suami lebih suka minum buih kopi berbanding air kopi itu sendiri. Kalau buat pesanan di kedai kopi – saya nak cappuccino, buih lebih dan air kopi kurang,” kata isteri kepada Keith Urban ini.

Selain itu, Nicole juga banyak berlari, melakukan yoga dan spinning (indoor cycling). Bukan mudah untuk seorang yang bergelar aktres di Hollywood untuk kekal lama. Salah satu faktor yang membuat seseorang aktres itu menjadi pilihan pengarah adalah kecantikannya. Nyata Nicole di antara pelakon yang sudah berusia tetapi masih dikejar oleh pengarah filem Hollywood.

Tak sangka rupa-rupanya ibu kepada empat orang anak ini pernah mengalami keguguran ketika baru berkahwin dengan bintang Mission Impossible, Tom Cruise dahulu. Ketika itu, Nicole mengandung luar rahim dan begitu trauma dengan pengalamannya. Ekoran dari tragedi tersebut Nicole dan Tom telah mengambil 2 orang anak angkat, Isabella Jane Cruise, 28 tahun dan Connor Anthony Cruise, 25 tahun.

Nicole Kidman bersama anaknya, Sunday Rose Kidman Urban.

Mujur fobia Nicole tidak berpanjangan apabila melahirkan anak pertama hasil perkahwinan keduanya pada tahun 2008. Bayi comel yang diberi nama Sunday Rose Kidman Urban itu kini berusia 12 tahun. Ketika mengandungkan anak kedua, sekali lagi Nicole mengalami masalah ketika mengandung namun berjaya mengatasinya, maka lahirlah Faith Margaret Kidman Urban pada tahun 2010.

IKLAN
Share