Walaupun Kate Middleton Ibu Penyayang Tapi Sangat ‘Strict’ Dengan Yang Satu Ini

Seperti yang diketahui, Kate Middleton seorang ibu yang penyayang dan sentiasa berlembut dengan ketiga-tiga anaknya, Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis. Namun dalam kelembutan Duchess of Cambridge ini begitu tegas dengan penggunaan gajet terhadap anak-anaknya.

Foto: Instagram @duchesscatherineofbritain

Kate Middleton banyak menghabiskan masa bersama anak-anaknya sepanjang lockdown

ini dengan melakukan aktiviti kraf, seni dan lukisan. Ketiga-tiga anaknya langsung tidak dibenarkan mempunyai gajet sendiri.
Foto: Instagram @duchesscatherineofbritain

Ketika lockdown ini juga Kate Middleton telah mengajar sendiri anak-anaknya dan dikatakan Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis adalah anak raja pertama di Britain yang belajar sendiri di rumah (homeschooling). Malah keluarga diraja ini bakal menyambut majlis hari lahir Putera Louis pada 23 April nanti.

Menurut laporan Evoke, Kate Middletown bakal menyediakan sendiri kek hari jadi anaknya. Rupa-rupanya Kate Middletown suka masak dan sanggup berjaga malam untuk membuat kek anak kesayangannya itu.

Foto: Instagram @duchesscatherineofbritain
Foto: Instagram @duchesscatherineofbritain

Pasangan diraja Britain, Putera William dan Catherine Middleton antara contoh yang boleh diikut dalam mendidik anak-anak mereka. Walaupun pasangan sama cantik sama padan ini berharta dan moden tetapi mereka tetap menerapkan pendidikan yang konservatif seperti mereka membesar dahulu. Putera William dan Kate Middleton menolak mentah-mentah penggunaan gajet di kalangan anak-anaknya, Puteri Charlotte, Putera George dan Putera Louis.

Foto: Instagram @duchesscatherineofbritain

Putera William dan Kate Middleton;

  • Tidak membenarkan anak-anaknya bermain dengan IPad di dalam rumah.

  • Kate dan William membesar tanpa sebarang penggunaan gajet. Jadi pasangan diraja ini mahu mempastikan anak-anak mereka juga membesar sebegitu.

  • Kedua-dua pasangan ini lebih mempercayai bermain dengan patung permainan dan melakukan aktiviti luar sebagai pendidikan awal untuk anak-anak mereka.

  • Kate juga begitu menggalakkan anak-anaknya merangsang imaginasi dalam pembelajaran seperti membuat eksperimen dengan objek atau melalui pengalaman bermain.

  • Kedua-dua anak Putera Willian dan Kate Middleton ini, George Dan Charlotte menghabiskan masa dengan menunggang basikal dan bermain Disney Princess.

IKLAN
Share