Bertuahnya wanita bernama Gauri Khan. Mana tidaknya, bukan saja mempunyai suami yang setia, penyayang, kacak, terkenal dan tiga orang anak yang cantik serta comel. Bahkan ibu glamor ini juga seorang usahawan yang memiliki empayar niaganya sendiri dalam bidang hiasan dalaman. Hebat!
Nama Shah Rukh Khan bukan lagi asing dalam kalangan rakyat negara ini dan boleh dikatakan terkenal di seluruh dunia. Kehebatan lelaki berwajah manis ini beraksi di pentas lakonan nyata berjaya mencipta aura tersendiri dan beri kesan mendalam kepada para penonton.
Tapi di sebalik bakat besar dan kesenangan yang dimiliki aktor tersebut, ada seorang wanita yang teguh berdiri di belakangnya dan setia memberi sepenuh sokongan terhadap suami tercinta iaitu Gauri Khan.
Meskipun sering menerima tempias populariti suami… namun Gauri enggan terlalu bergantung kepada kejayaan Shah Rukh Khan semata-mata. Sebaliknya, wanita berusia 48 tahun ini tetap mahu berdikari dan menjana pendapatan hasil usaha dirinya sendiri.
Dilahirkan pada 8 Oktober 1970 di New Delhi, India… Gauri atau nama sebenarnya Gauri Chibber dikatakan mula mengenali Shah Rukh Khan pada tahun 1984.
Perhubungan mereka pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarga masing-masing namun pasangan romantis ini nekad melangsungkan perkahwinan pada 25 Oktober 1991, selepas tujuh tahun mengenali hati budi. Waktu itu, Shah Rukh Khan baru ‘bertatih’ dalam industri perfileman India.
Ads
Kini, hasil perkahwinan selama hampir tiga dekad… mereka dikurniakan tiga anak iaitu Aryan Khan (22 tahun), Suhana Khan (20 tahun) dan AbRam Khan (7 tahun). Paling menarik perhatian, biarpun sudah berstatus isteri dan ibu tapi Gauri masih cantik bergaya. Malah pereka fesyen popular India, Satya Paul turut memuji cita rasa fesyen suri hati Shah Rukh Khan ini.
Tidak sekadar memiliki rupa paras cantik, Gauri sebenarnya graduan Lady Shri Ram College dan pernah mengikuti kursus pendek seni reka fesyen selama enam bulan di Delhi. Kursus fesyen tersebut barangkali diambil memandangkan bapa Gauri adalah pengusaha pakaian.
Bersama Nita Ambani, isteri lelaki terkaya Asia
Gauri juga bukan calang-calang wanita kerana dia juga bertindak selaku penerbit filem dan membina syarikat produksi, Red Chilies Entertainment bersama suami tercinta.
Ads
Terbiasa dengan rutin harian yang sibuk, Gauri turut meluaskan empayar dengan mengusahakan Gauri Khan Designs… sebuah syarikat hiasan dalaman yang menawarkan perkhidmatan rundingan untuk rekaan ruang bangunan mewah, kediaman, pejabat, restoran termasuk hotel dengan penataan dekorasi serba glamor serta klasik.
Antara personaliti yang pernah menjadi kliennya ialah isteri lelaki terkaya Asia, Nita Ambani, Aishwarya Rai, Kajol, dan beberapa selebriti Bollywood lain. Pandai Gauri mengurus dan membahagikan masa untuk keluarga juga kerjaya. Selain dapat penuhi impian sendiri, penglibatan Gauri dalam perniagaan turut membantu menambah pendapatan keluarga.
Ads
Kredit foto: Instagram Gauri Khan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hanya kerana memuat naik beberapa koleksi gambar bersama ibunya, Shafina Khalid, di Twitter dengan kapsyen ringkas “Mama” telah mendapat perhatian serta pujian ramai.
Kebanyakannya pertama kali melihat wajah ibu Izara Aishah yang mereka sifatkan sangat cantik dan awet muda. Ada juga yang beranggapan mereka ini seperti kakak dan adik. Seiras dan sama-sama cantik!
Sebelum ini Izara pernah berkongsi gambar ibunya ketika muda. Memang seiras bukan hanya dari segi raut wajah bahkan mereka memiliki rambut yang sihat dan cantik, serta ukiran senyuman yang sama. Copty paste!
Kecantikan ibu Izara Aishah memang sudah terserlah sejak muda.Foto terkini ibu Izara Aishah.
Pelakon berusia 29 tahun ini turut berkongsi gambar ratu hatinya itu di akaun Instagram sempena sambutan hari raya Aidilfitri.
Turut dikongsi gambar ibu bersama anak perempuan tunggalnya, Irisa Alaia. Ternyata, rezeki Irisa Alaia yang turut mewarisi kecantikan neneknya itu yang berketurunan Pakistan.
Seperti yang kita lihat, sejak bertudung Izara lebih selesa menjaga privasi terutama di media sosial. Izara kini jarang membuka ruangan komen pada setiap posting di Instagramnya.
Bukan hanya memiliki ibu kandung yang cantik bahkan Izara juga bergelar menantu kepada dua wanita hebat yang juga tak kalah dengan kecantikan tersendiri iaitu Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan YM Tengku Zawyah Tengku Izham.
Bersama ibu mentua, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.Seorang lagi ibu mentua Izara iaitu YM Tengku Zawyah Tengku Izham.
Izara atau sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin mendirikan rumahtangga dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak lelaki kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Mereka bernikah pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Irisa Alaia yang kini berusia 2 tahun.
Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010 ini mula dikenali menerusi beberapa drama antaranya ialah Keranamu Laila, Vanilla Coklat dan Oh My English!
Kredit Foto: Instagram Izara Aishah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tumpang bangga dan gembira melihat kejayaan diraih Nor Farhatul Fairuzah Haji Panut! Atas jasa dan dakwah memartabatkan Al-Quran, Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61 berkenaan dipilih sebagai penerima Darjah dan Kebesaran Negeri Selangor daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada 11 Disember.
Meniti usia 22 tahun, Nor Farhatul Fairuzah atau mesra disapa Farha berkongsi berita gembira tersebut bersama Nona.
Pada Istiadat Pengurniaan Darjah dan Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang Ke-77 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, anak kepada bekas qari dan qariah iaitu Allahyarham Haji Panut Haji Markum dan Hajah Jaliah Haji Simin ini dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
“Alhamdulillah Syukur kehadrat Ilahi atas Pengurniaan Darjah dan Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan, Sempena Menyambut Ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj diatas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S).
Semoga Tuanku dan Permaisuri dipanjangkan usia , sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.”
Anggun mengenakan persalinan kurung rona biru lembut, turut kelihatan menemani Farha ialah ibu dan adik-beradik tersayang.
Mewakili suara anak muda, Farha nekad berusaha menarik minat golongan ini mencintai Al-Quran melalui media sosial memandangkan kebanyakan mereka aktif dan gemar menggunakan platfrom berkenaan.
Pada 2019, Farha dinobatkan Johan Qariah dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke-61.
Farha yang juga pelajar Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan membahagikan masa dengan sebaiknya selepas menerima perlantikan sebagai Ikon Dakwah YADIM 2021 dan Tokoh Belia Negara 2019.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Semua salah awak, kalau tak semua ni tak akan jadi!”
“Kan dari dulu lagi saya dah cakap tapi awak tak nak dengar!”
Kata-kata ini memang cukup mengguris hati lebih-lebih lagi kalau kerap dilontarkan. Mempunyai pasangan yang selalu rasa dirinya betul pasti menimbulkan rasa kesal dan kecewa.
Mana taknya, setiap kali timbulnya konflik anda juga yang dipersalahkan walaupun punca sebenar adalah daripada dirinya sendiri. Sesekali mengalah tidak mengapa lagi demi menyelamatkan hubungan. Tapi kalau sudah berulang kali sebaiknya jangan diamkan saja.
Segeralah bertindak agar anda tidak terus menerus menjadi mangsa keegoannya. Pandangan pakar terapi, Karyl McBride menyatakan individu yang sering merasa dirinya betul memiliki ego yang sangat lemah.
Ketika harga dirinya terancam dia akan berusaha untuk menang lalu menekan orang lain agar mengikut semua kehendaknya. Amalkan 4 cara ini ketika berdepan dengan pasangan sebegini.
TENANG
Ini adalah kunci utama ketika berdepan pasangan sebegini. Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus perlahan-lahan. Kawal emosi dan reaksi anda walaupun diterjah pelbagai tuduhan darinya. Ingat, tak perlu balas kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
Beri masa 10 minit, sejam atau sehari untuk masing-masing tenangkan diri. Setelah reda, berbincanglah. Namun begitu, elak menyambung semula pertengkaran jika masing-masing masih memendam rasa kerana ia hanya sia-sia.
KOMUNIKASI
Setelah betul-betul tenang, bincangkan masalah bersama. Anda tak perlu menekannya untuk mengaku salah sebaliknya ajak pasangan untuk luahkan ketidakpuasan hatinya. Pastikan anda dengar dengan tenang dan jelaskan alasan dan bukit anda.
Berkomunikasilah dengan bijak dan minta suami turut bermuhasabah diri. Ia bukan saja dapat membantu menurunkan ego malah menimbulkan rasa saling memahami.
RENDAHKAN EGO
Konflik pasti akan berterusan jika masing-masing ego dan tak mahu mengalah. Maka, rendahkanlah ego masing-masing. Walaupun pasangan anda sering merasa betul tetapi dia juga berhak untuk didengari.
Fahami pendapatnya dahulu sebelum melontarkan pendapat anda. Dengan memahami perasaan dan pandangan pasangan akan memudahkan anda untuk memaafkannya.
CARI JALAN KELUAR
Tiada gunanya untuk mencari siapa betul, siapa salah. Buat keputusan bersama untuk mencari jalan keluar agar menguntungkan kedua belah pihak. Jangan biarkan ego mengatasi segalanya tanpa penyelesaian.
Cari persamaan hobi anda berdua contohnya menonton wayang. Lakukannya sebagai usaha untuk menjernihkan semula keadaan. Semakin baik suasana hati anda dan pasangan, semakin mudah untuk menemui jalan keluar dari masalah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.