Wanita Kacukan Filipina-Bidayuh, Datin Geraldine Bekas Pramugari Yang Optimis Besar Anak Autisme

Kesempatan bertemu dengan wanita yang dilahirkan di Brunei Darussalam dan dibesarkan di Kuching, Sarawak ini benar-benar menyuntik inspirasi. Datin Geraldine atau mesra disapa G di kalangan teman akrabnya, begitu optimis bila bercerita tentang anaknya yang telah disahkan autisme.

Cerita wanita kacukan Filipina – Bidayuh ini, “Saya bersemangat untuk sebarkan kepada dunia tidak perlu malu sekiranya anak anda mengalami masalah perkembangan,” tutur isteri Dato’ Felix Chin yang menggalakkan isterinya menjadi inspirasi dan menyebarkan mengenai autism spectrum disorder, seperti yang didiagnos ke atas anak kedua mereka, Xavian.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Tambah ibu kepada tiga cahaya mata, Hendrix Chin, Xavian Chin, dan Lexie Abigail Chin ini, “Selepas berhenti kerja sebagai pramugari, saya menumpukan perhatian kepada ketiga-tiga anak saya terutamanya Xivian kerana di diagnos dengan autism spectrum disorder.

Jadi saya yang membawanya ke pusat autism untuk menjalani intervensi awal dan akhirnya doktor mengesahkan Xavian hanya mengalami masalah speech delay,” ucap Datin Gerald yang menyimpan cita-cita yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat. Datin Gerald juga sangat aktif dalam dunia kebajikan.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Di sebalik almari kaca, pelbagai tas tangan dari jenama Hermes, Dior dan Chanel mencuri pandangan. Malah mahkota yang dimenangi dalam pertandingan ratu cantik juga ada di ruang walking wardrobe Datin Geraldine. Apa pilihan paling Datin gemari?

“Saya sangat suka rekaan tas tangan dari Hermes, baik dari koleksi Birkin, Kelly, Jige dan Constance. Masih lagi saya ingat beg tangan pertama yang dibeli suami, Hermes Birkin 35 Camel Brown. Ia sangat bermakna untuk saya kerana suami bekerja kuat hanya untuk membelikan saya beg ini.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Apabila kehidupan kami menjadi lebih baik, dialah yang ‘memanjakan’ saya dengan hadiah beg tangan. Saya pula lebih selesa menggunakan wang sendiri untuk beli barang anak-anak. Sebagai seorang sosialit, saya banyak menerima jemputan untuk menghadiri majlis-majlis sosial jadi koleksi busana perlu banyak,” jelas bekas Mrs. Malaysia 2016 ini.

IKLAN
Share