Wanita Serba Boleh, ARDELL ARYANA Tukar Cat KERETA SUAMI Dalam Masa 5 HARI!

Isu diskriminasi jantina semakin jauh dipersoalkan. Kejutan yang dilakukan pelakon Ardell Aryana buat suami tersayang dengan menukar warna cat kereta sendiri benar-benar menunjukkan wanita juga boleh melakukan kerja-kerja lelaki.

Terpana juga melihat kereta Mercedes milik Nadzmi Adhwa yang bertukar wajah selepas ‘makeover’ isteri tercinta. Sebelum ini Ardell menonjolkan bakatnya membuat hasil kait dres dan aksesori bayi. Rupa-rupanya tangan halus ini juga boleh ‘salin baju’ untuk kereta!

Dalam coretan Aryana di laman Instagram, ubah suai kereta itu mengambil masa selama lima hari. Sambil menjaga baby girlnya Arwa Malaikha Urwa yang berusia dua bulan, kejutan ini dapat juga disiapkan. Barang-barang dibeli sendiri dan dia hanya try & error untuk membuat kerja yang sepatutnya dilakukan oleh empat orang.

 

“Tak kemas tu biasa sebab bukan bidang saya buat benda ni. Susah juga. Saya bersama kawan-kawan yang sudah biasa dengan kerja begini akan bermula dari pagi hingga malam. Manalah saya pro buat semua sendiri.”tulisnya.

Tentunya reaksi Nadzmi sebaik melihat kereta kesayangan bertukar wajah sangat priceless! Komen di posting Ardell pun sudah menunjukkan dia gembira dengan kejutan yang dibuat isteri tercinta.

 

Ardell Aryana atau nama sebenarnya Nurul Hidayah binti Mohd Amin merupakan pelakon, pengacara dan model yang pernah membintangi drama Baby Ana Milik Siapa, Asam Pedas Untuk Dia dan Anakku Diva.

Baharu sahaja melahirkan bayi sulung dua bulan lalu, Ardell dan Nadzmi kini sedang menyesuaikan kehidupan baru berkeluarga. Ketika hamil, banyak aksesori dan pakaian bayi yang dikait sendiri Ardell, untuk dihadiahkan kepada anak sendiri dan dijual secara atas talian kepada yang memesan.

Beruntung orang yang ada kemahiran dan kreativiti ni. Boleh jana pendapatan dan dapat menangkis stres dengan hobi dan bakat yang ada. Ramai juga yang memuji setiap bakat yang dimilikinya. Malah sesiapa yang sering mengikuti laman Instagram Ardell akan terpalit dengan kata-kata motivasi yang disampaikan.

Kredit foto dan video: Instagram Ardell Aryana

 

IKLAN
Share