Warisi Keturunan Diraja Perlis-Pahang, DATIN ZARINA Terdedah Protokol Istana Sejak Kecil & Bahagia Kahwin Muda

Mendekati YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail yang mewarisi keturunan diraja daripada kedua ibu bapanya ini merupakan momen yang terindah. Mesra disapa Datin Zarina, wanita yang berusia 31 tahun ini juga bahagia mengambil keputusan kahwin muda dan baharu sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10.

Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail
Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail

Menamatkan zaman gadis dalam usia yang begitu muda sedikit sebanyak mematangkan wanita ini untuk menempuh kehidupannya. “Memang benar saya berkahwin dalam usia muda, ketika itu baharu sahaja berumur 22 tahun. Ramai juga yang bertanya tak rugi ke kahwin awal. Saya tidak pernah menyesal berkahwin dalam usia muda walaupun ketika itu ramai kawan-kawan masih eksplorasi zaman remaja.

Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail
Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail

Ketika saya membuat keputusan untuk menerima lamaran suami, saya memang sudah bersedia fizikal dan mental. Saya memang suka lelaki yang matang untuk membimbing sehingga ke jannah,” ungkap isteri kepada Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi yang kini berusia 50 tahun dan merupakan seorang pengarang buku.

Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail
Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail

Datin Zarina mewarisi keturunan diraja melalui ibu bapanya, YAM Dato’ Sri Syed Azni Ibni Syed Putra Jamalullail, kerabat diraja Perlis dan YM Dato’ Paduka Tengku Ilham Malina Tengku Abdul Aziz, kerabat diraja Pahang. “Memang sejak kecil lagi saya sudah didedahkan dengan protokol istana.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail

Mungkin itu yang menyebabkan saya tidak kekok dengan adat istiadat apabila menghadiri majlis rasmi di istana. Ibu saya banyak memberi tunjuk ajar tentang adat istiadat istana ini berbanding dengan ayah.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Bersama Bonda, YM Dato’ Paduka Tengku Ilham Malina Tengku Abdul Aziz. Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail

Ibu sering mengajar kami sekeluarga tentang adat dan adap yang perlu dipatuhi. Jika terdapat sebarang majlis rasmi perlu memakai baju formal seperti baju kurung atau sopan. Ketika berada di Balai Rong Seri perlu bertudung atau sekurang-kurangnya menyarung selendang di kepala. Ayah saya lebih selesa melalui kehidupan dengan sederhana dan low profile,” bicara Datin Zarina yang merupakan bekas pelajar Sekolah Sri Aman ini.

Foto: Koleksi Majalah Nona
Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail

Menariknya, finalis Dewi Remaja 2009/10 seangkatan dengan selebriti Neelofa, Anzalna dan Izara Aishah ini juga berjinak-jinak memulakan perniagaan sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). “Sebenarnya saya dah mula buka bisnes membuat hamper dengan adik, 4 tahun yang lalu.

Foto: Koleksi Majalah Nona

Namun, sejak PKP 2.0, kami dua beradik cuba meneroka cabang bisnes baru dengan berkongsi biskut resipi istimewa air tangan bonda. Salah satu biskut itu kami panggil Kuih Gandu. Seluruh keluarga saya suka biskut ini dan kami nak buat lain dari lain.

Kuih Makmur Lempuk Durian. Foto: Koleksi Peribadi YM Datin Sharifah Zarinatasha Dato’ Seri Syed Azni Jamalullail

Kami keluarkan 2 jenis kuih iaitu Kuih Gandu dan Kuih Makmur Lempuk Durian. Kedua-dua kuih ini berintikan lempuk durian. Jarang kan orang buat kuih guna lempuk durian,” tutur Datin Zarina yang kini sedang giat mengusahakan perniagaan telekung di bawah label Awra Exclusive bersama bondanya.

*Syoknya membeli-belah di hujung jari saja. Mudah dan jimat masa!

 

IKLAN
Share