Women in Nuclear (WiN Malaysia) sekali lagi menganjurkan 5th Women in Nuclear Conference 2021 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) iaitu YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir. Acara tahunan ini anjuran bersama Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) yang diadakan pada 23-24 Mac 2021. Ia dijalankan secara maya bagi menyokong langkah kerajaan dalam mengekang penularan wabak pandemik COVID-19.
Tema penganjuran kali ini ialah “Nuclear Technology: Providing Solutions for Challenges in Future Development” bersesuaian dengan cabaran masa ini terhadap penularan wabak pandemik COVID-19 di seluruh dunia dari segi keselamatan dan kesihatan, ekonomi serta pembangunan masa depan negara.
Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, YBrs. Dr Siti A’aisah Hashim.
Penganjuran persidangan ini adalah untuk menyebar maklumat berkaitan perkembangan terkini dalam bidang teknologi nuklear, penemuan penyelidikan, berkongsi idea serta sebagai platform untuk menjalin perhubungan serta interaksi antara penyelidik, ahli akademik, industri, pelajar dan orang ramai di Malaysia.
Ads
Persidangan ini melibatkan 23 pembentangan kertas kerja yang merangkumi 2 kertas kerja ucaptama dan 5 kertas kerja jemputan ucaptema dari pakar dan profesional berpengalaman. Selain itu, terdapat 16 pembentangan oral dan 7 kertas kerja berbentuk poster dari para penyelidik dan ahli akademik dalam pelbagai bidang yang meliputi perlindungan sinaran, keselamatan dan sekuriti nuklear, aplikasi Sains Nuklear, peranan wanita dalam mempromosikan teknologi nuklear dan sains, kajian berkaitan COVID-19 dan sinaran tidak mengion.
Merujuk kepada tema dan tajuk kertas kerja yang dibentangkan, ia menunjukkan aplikasi teknologi nuklear amat bermanfaat dan digunakan dalam pelbagai bidang seperti industri, pertanian, perubatan, alam sekitar, pendidikan dan tenaga hijau. WiN Malaysia selaku penganjur utama adalah organisasi Bukan Kerajaan (NGO) dari pertubuhan induk WiN Global yang meliputi 101 cawangan seluruh dunia dianggotai oleh wanita profesional dalam bidang teknologi nuklear.
Ads
WiN Malaysia ditubuhkan pada tahun 2014 dengan misi untuk menyokong penglibatan wanita dalam dalam bidang Nuklear dan berperanan untuk berkongsi maklumat dan faedah teknologi nuklear dalam kehidupan seharian. Bersesuaian dengan Malaysia yang sedang bergerak ke arah negara perindustrian, bidang sains dan teknologi adalah sangat penting bagi masa depan ekonomi negara.
Justeru, peranan wanita dalam bidang sains dan teknologi seharusnya diberi pengiktirafan. Secara tidak langsung, penganjuran persidangan WiN Malaysia adalah meraikan sumbangan wanita dalam bidang sains, teknologi dan inovasi. YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI menerusi ucapannya berkata, Malaysia telah lama mengiktiraf faedah penggunaan teknologi nuklear secara aman.
Ads
Melalui keanggotaan dengan International Atomic Energy Agency (IAEA), Malaysia mendapat manfaat dari program latihan dan projek penyelidikan. Malah, kini kursus berkaitan Teknologi Nuklear juga ditawarkan oleh beberapa universiti tempatan. Beliau berbangga dengan penganjuran persidangan WiN Malaysia kali ini kerana berkongsi bulan yang sama dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia sekaligus dapat menonjolkan peranan dan kewibawaan wanita dalam STI khususnya di Malaysia.
Sumber: WOMEN IN NUCLEAR (WiN MALAYSIA)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemerintah Arau Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud mengeluarkan arahan membenarkan solat terawih dilakukan di dua masjid suci di bandar itu iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid An Nabawi di Madinah.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Presiden untuk Hal Ehwal Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah, Sheikh Abdul Rahman a-Sudais dalam satu kenyataan. Ia susulan arahan larangan solat terawih di dua masjid suci umat Islam dalam usaha mengekang penularan COVID-19 yang dikeluarkan.
Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz meluluskan perkara mengenai solat terawih di dua masjid suci diadakan tanpa kehadiran jemaah awam dan akan dipendekkan dari biasa. Dalam pada itu, Arab Saudi merancang untuk melonggarkan perintah berkurung di beberapa bandar pada bulan Ramadan bagi membolehkan orang ramai membeli barang keperluan dalam kejiranan mereka. Waqlau bagaimanapun, larangan kemasukan jemaah awam masih berkuatkuasa.
Menurut kenyataan itu lagi, iktikaf turut dibatalkan di kedua-dua masjid terbabit, manakala ibadat umrah pula masih digantung sehingga makluman lanjut.
Bagi umat Islam yang pernah merasakan nikmat berpuasa dan mengerjakan solat terawih di Masjid Nabawi dan masjidil Haram pasti merindui suasana mengerjakan terawih dalam suasana yang sukar digambarkan melalui kata-kata.
Meskipun imam solat tarawih di tanah suci membaca sebanyak satu juzuk sehari namun makmum tidak merasa lama kerana ayat-ayat al-Quran itu dibaca dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Walaupun situasi di masjid nampak sesak tetapi ada sahaja ruang yang kosong untuk umat Islam melakukan beribadah. Semoga masalah pendemik COVID-19 segera menemui noktahnya agar umat Islam dapat mengunjungi Madinah dan Mekah untuk mengerjakan umrah dan ibadat haji pada masa akan datang dalam suasana yang selesa dan bebas dari wabak penyakit. Terdahulu, Arab Saudi meminta umat Islam untuk menangguhkan sebarang rancangan untuk menunaikan haji dan umrah sebelum sebarang perkembangan mengenai COVID-19 diketahui.
Selain menangguhkan haji dan umrah, Arab Saudi juga menghentikan semua penerbangan antarabangsa dan menyekat masuk dan serta keluar pergerakan ke beberapa bandar raya, termasuk Mekah dan Madinah.
Pada awal bulan lepas, Arab Saudi menghentikan kemasukan jemaah haji atau umrah untuk sepanjang tahun ekoran kebimbangan terhadap penularan COVID-19 ke bandar-bandar suci Islam.
Ia satu langkah yang julung kali terjadi, sekali gus menimbulkan ketidakpastian berhubung ibadat haji untuk tahun ini. Pembatalan musim haji tidak pernah berlaku sebelum ini, namun langkah mengehadkan kehadiran dari kawasan berisiko tinggi pernah dilaksana ketika wabak Ebola menyerang wilayah itu.
Kira-kira 2.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia biasanya berkumpul di Mekah dan Madinah untuk ibadat yang dijadualkan bermula pada akhir bulan Julai. Untuk rekod, ibadat Haji merupakan sumber pendapatan yang besar bagi kerajaan Arab Saudi.
Sumber: BERNAMA.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah apa yang dikata, si sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya yang tidak jemu memberikam sokongan tanpa henti. Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang diraikan bulan ini, hantaran terkini Datuk Lee Chong Wei di media sosialnya nyata menyentuh hati warga maya.
Manakan tidak, satu satu video penghargaan yang dirakam senyap-senyap dan dihantar kepadanya menyaksikan Datin Wong Mew Choo tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata selepas mendengar kisah jerih perih dilalui Chong Wei sepanjang kariernya bergelar atlet nombor satu negara ketika majlis pelancaran patung lilin bekas pemain perseorangan nombor satu dunia itu minggu lalu.
Menurut Chong Wei, dia nyata sebak apabila melihat video itu sambil turut mengakui mengalirkan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran seorang wanita yang cukup istimewa di dalam hidupnya.
“Ada seseorang individu secara rahsia merakam video ini (Mew Choo sedang menangis) dan menghantarnya kepada saya. Ketika itu saya sedang berkongsi berkenaan detik paling sukar dalam hidup saya. Saya melihat video berkenaan dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini.
“Terima kasih Mew Choo dan saya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Sayang kamu 10,00 tahun. Kepada semua wanita di luar sana selamat hari wanita sedunia,” katanya
Dalam hantaran berkenaan, Chong Wei turut memuji tingkah laku anak keduanya Terrance yang menenangkan ibunya sambil secara berseloroh bertanyakan di mana anak sulungnya, Kingston ketika itu.
NONA mendoakan semoga rumahtangga Datuk Lee Chong Wei dan Datin Mew Choo yang dibina sentiasa bahagia dan kekal aman damai sehingga ke akhir hayat.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Comel! Kalau kebanyakan selebriti dan VIP lain menerima kek berupa beg tangan berjenama mewah atau seangkatan dengannya pada sambutan hari lahir, berbeza pula kek yang diterima Datin Paduka Eina Azman. Baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-24 pada 13 Mac lalu, aktres jelita ini kelihatan terkejut sebaik menerima kek berbentuk buah durian dan petai yang ditempah suami dan kakak tersayang.
Biarpun berstatus VIP dan menyambut momen istimewa tersebut di sebuah hotel mewah di ibu negara, Datin Paduka Eina sama sekali tidak kisah dihadiahkan kek seumpama itu kerana menganggap kedua-dua makanan unik itu sangat dekat dengan peribadinya. Teruja berkongsi foto sambutan hari jadi bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat di hotel bertaraf lima bintang, isteri Datuk Paduka Kaiser ini meluahkan rasa syukur atas nikmat yang dikurniakan kepadanya.
“Alhamdulillah my 24th birthday ni my husband and sister ordered cake from Sweet Tooth Ville, durian cakeand petai (two of my favourite food!). Thank you so much Sweet Tooth Ville for the creative, delicious and beautiful cake! Yang penting durian kat atas tu durian betul tau! Musang king lagi!”
Beruntungnya Datin Paduka Eina dikelilingi suami prihatin dan penyayang serta kenalan rapat yang setia berada di sisi. Selain ahli keluarga, laman media sosial ibu muda ini turut dihujani dengan ucapan hari lahir daripada rakan artis dan para peminat.
Sehari sebelum sambutan hari lahir di hotel ternama tersebut, Datuk Paduka Kaiser terlebih dahulu membuat kejutan istimewa buat buah hati kesayangan di sebuah panggung wayang. Romantik sangat!
Kongsi Datin Paduka Eina, “Thanks sayang because buat surprise yang betul-betul menjadi. I balik from gym dengan peluh-peluh like crazy, you paksa I pergi GSC nak tengok Marvel even I kurang minat movie macam tu.
Isteri yang baik kenalah dengar kata kan, so ikut dalam rasa penat. Habis movie je lampu buka rupa-rupanya the whole cinema my husband dah booking and all my beloved friend and family ada. I am so happy!”
Datin Paduka Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman bergelar isteri kepada usahawan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Singh pada 31 Ogos 2014 dalam sebuah majlis gilang-gemilang yang menyaksikan Datin Paduka Eina menerima hantaran berupa sebuah kereta Chevrolet Camaro, mas kahwin RM770 dan wang hantaran RM 77, 000.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan sepasang cahaya mata kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef. Semoga rumah tangga dan kehidupan Datin Paduka Eina Azman kekal bahagia hingga ke syurga.
Kredit: Instagram Datin Paduka Eina Azman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.