Perasan tak bila kita rajin bersenam, muka pun semakin berseri-seri. Pelakon, model dan pengacara, Ramona Zamzam misalnya semakin hari semakin cantik. Siapa sangka satu masa dahulu kulit Ramona pernah breakout sampai dia terpaksa ‘berehat’ dari berlakon!
Ruang masa yang ada, Ramona gunakan untuk terus menjaga kesihatan dan kecantikan diri. Dalam tempoh kuarantin sejak PKP lalu, Ramona cukup gembira kerana dapat melakukan aktiviti senaman walaupun hanya dari rumah. Boleh ‘curi’ idea ni dari Ramona!
Bagi Ramona, kecantikan bukan perkara yang boleh dipandang remeh. Baik sewaktu belum berkahwin atau sudah mempunyai anak, penjagaan kecantikan tetap diutamakan. Cuma bezanya, ruang masa yang terhad membataskan untuk dia lebih fokus.
Ads
Sama sahaja sebelum dan selepas ada anak, cuma lepas ada anak lebih struggle untuk mencari masa terutamanya ketika tahun pertama. Saya sering membuat rawatan muka sebulan sekali dulu kerana kerjaya saya memerlukan saya menggunakan banyak makeup. Jadi secara tidak langsung muka menjadi kering dan apabila selalu dicuci ia kehilangan minyak semulajadinya. Saya akan ke salun kecantikan untuk refresh balik.
Apabila ada anak, paling susah sekali adalah untuk work out. Dulu, saya paling seronok dapat keluarkan peluh, buat senaman sebab kita rasa sangat puas dan sihat. Sekarang kalau ada masa, saya akan buat dua benda iaitu berenang kerana ia paling senang. Sejenis senaman yang membuatkan seluruh badan bergerak. Sangat vigorous. Work out the whole body. Kedua saya akan buat core work out, plank, sit-up, squad dan banyak lagi.
Ads
Membelek laman Instagramnya, Ramona banyak memperkenalkan jenama kecantikan untuk kulit wajah. Apabila sudah banyak terdedah dengan penggunaan chemical dalam solekan, tentu Ramona pernah mengalami masalah kulit.
“10 tahun lepas, saya mengalami masalah kulit wajah yang sangat teruk. Hampir setiap hari menjalani sesi penggambaran untuk modelling dan berlakon. Muka menang tidak pernah lekang dengan mekap sehingga menyebabkan kulit saya rosak.
Ketika itu saya memang tak tahu untuk menanggalkan solekan perlu gunakan cleanser water, makeup remover dan sebagainya. Saya hanya gunakan pencuci biasa sahaja.
Ads
Lama-kelamaan tumbuh bintik-bintik kecil memenuhi ruang wajah. Pernah juga saya menolak tawaran untuk penggambaran sebagai salah satu cara untuk ‘memberi kebebasan’ pada wajah daripada sebarang bahan kimia solekan pada kulit.
Beratus kali juga buat facial dan jaga pemakanan terutamanya buah dan sayur. Sayuran dan buah-buahan ini berkait rapat dengan penghadaman. Jika ada masalah penghadaman, boleh juga membuatkan kulit menjadi tidak sihat.”
“Saya gembira sangat dapat take a break daripada penggambaran kerana masuk saja tahun 2020 ni, jadual saya agak ketat. Somehow saya sangat bersyukur dengan saranan yang diambil pihak kerajaan ini,” katanya.
Kredit foto dan video: Instagram Ramona Zamzam
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selagi manusia terikat kerja, pasti tiada titik noktahnya. Hidup pada zaman teknologi mungkin kelihatan mudah, tapi sebenarnya lebih letih dan memenatkan. Tunggu sekejap, semak 7 benda ini yang mungkin boleh membantu anda beristirahat dan bertenang seketika dalam masa dua minit.
(1) Muat turun Qalby App
Apps untuk jiwa yang keletihan
Aplikasi mobil milik selebriti Mizz Nina ini direka untuk menyebarkan dakwah Islam, waktu solat, arah kiblat, doa-doa harian serta video agama yang dekat di jiwa. Ambil masa 2 minit untuk membaca nota-nota dakwah dan isi Qalby (hati) anda dengan ketakwaan.
(2) Nyalakan lilin aromaterapi
Lilin wangi Ikea X Ben Gorham
Bau-bauan enak mencipta rasa selamat dan selesa. Ketika anda perlukan masa ‘bersendiri’, nyalakan lilin aromaterapi dan hidu wangian yang bertebaran. Terkini, Ikea meluncurkan koleksi lilin OSYNLIG dengan kolaborasi Ben Gorham. Terdapat 13 pilihan merangkumi aroma segar, flora dan kayu-kayuan.
(3) Segarkan kulit kusam
Nu Skin ageLOC Boost
Keletihan boleh dilegakan dengan urutan. Ini termasuklah otot wajah yang menjadi frontliner kita sepanjang masa. Transformasi kecantikan anda sepantas 2 minit dengan Nu Skin ageLOC Boost baharu. Selepas membersih dan menyegarkan kulit, gunakan peranti berteknologi Variable Pulse Microcurrent ini dengan serum ageLOC Blend. So effortless!
(4) Hilangkan keletihan mata
Flash Nap untuk menyegarkan mata lesu
Tidur lewat dan terlalu kerap melihat skrin gadget punca mata kelihatan lesu tak bermaya. Segarkan semula dengan Fenty Skin Flash Nap Instant Revival Eye Gel-Cream baharu, rawatan instant dua dalam satu untuk mengurangkan gejala mata sembap dan garis halus di sekitar mata. Dengan bantuan pengurut mata mini, kini mata anda pasti lebih galak dan bebas lingkaran gelap dengan pantas.
(5) Guna palet wajah serba guna
10 rona versatil dan berpigmen tinggi
2 minit bukan halangan untuk bermekap ringkas. Kalau muka terlalu polos dan kurang berseri, palet wajah Young & Glow X Ameera Khan ini penyelesaiannya. Ia didatangkan dengan 10 warna paling versatil termasuk highlighter, contour, blusher dan eye shadows untuk solekan harian.
(6) Diffuse minyak pati
Aroma lavender mampu merehatkan fikiran
Jika terasa mood berubah-ubah, cuba diffuse minyak pati di bilik anda. Molekul minyak pati yang tersebar bukan saja merehatkan tapi kabus halusnya akan melembapkan kulit kering. Kabus yang sejuk dari diffuser juga membantu anda bernafas dengan lebih baik dan mengurangkan dengkuran. Antara pilihan yang baik adalah Tanamera Lavender Essential Oil.
(7) Percikkan air sejuk & berwuduk
Mudah dan berkesan. Ambil semangkuk air sejuk, rendam jari-jemari dan percikkan ke muka. Air sejuk menyimpan pelbagai khasiat, mengecilkan pori-pori dan mengembalikan tenaga yang hilang. Tapi bukankah lebih afdal jika anda berwuduk terus? Confirm lebih tenang!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekiranya anda peminat industri perfileman Bollywood, nama pelakon jelita dan manis Manisha Koirala sudah semestinya tidak asing lagi. Bakat lakonannya menerusi filem Dil Se bergandingan dengan Shah Rukh Khan, serta Aamir Khan menerusi filem Mann antara yang cukup diingati.
Namun siapa sangka, sekitar tahun 2012 wanita cantik ini telah diduga apabila disahkan mengidap kanser ovari. Kisah hidup wanita yang berusia 52 tahun ini tidak terhenti begitu saja apabila terus positif menjalani rawatan kansernya.
Pelakon wanita yang berasal dari Nepal ini telah mendapatkan rawatan untuk membunuh sel kanser dalam tubuhnya di Memorial Sloan Kettering Cancer Centre di Amerika Syarikat.
Pada bulan Mei 2013, Manisha telah mengumumkan bahawa doktor telah mengesahkan dirinya bebas kanser dan bergelar Manisha Koirala pejuang kanser. Manisha juga telah mencatatkan perjalanan hidupnya sepanjang mendapatkan rawatan kanser dalam sebuah buku yang bertajuk, Healed: How Cancer Gave Me A New Life.
Wanita cantik ini juga kelihatan sering berkongsi pengalaman hidupnya sebagai kanser survivor serta memberi motivasi kepada audiennya. Bukan itu sahaja, Manisha kerap menjadi aktivis demi membantu anak bangsanya.
Kini Manisha lebih positif menjalani kehidupan dengan menghindarkan diri dengan stres dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat. “Jika saya rasa terlalu penat, saya akan tidur sekejap atau ambil makanan yang sihat. Paling tidak pun saya akan memanjakan diri di spa, yoga atau pergi hiking,” jelas Manisha.
Dan kini di usia 52 tahun, NONA cukup teruja melihat Manisha yang turut juga aktif di media sosial terutama di laman Instagramnya, di mana Manisha dilihat kekal anggun dan jelita, malah kekal awet muda.
Dan kini bahagia hidup solo, Manisha Koirala pernah berkahwin dengan ahli perniagaan Samrat Dahal dari 2010 hingga 2012 tetapi pasangan itu tidak pernah dikurniakan anak.
Dan kini Manisha dikhabarkan akan kembali membuat ‘comeback’ selepas sekian lama menyepikan diri dalam bidang lakonan di mana dia akan muncul dalam siri web “Heeramandi” yang bakal ditayangkan di platform penstriman terkemuka Netflix. Diarahkan pengarah filem terkenal Sanjay Leela Bhansali, turut akan dibintangi Sonakshi Sinha, Aditi Rao Hydari, Sharmin Segal, Richa Chanda dan Sanjeeda.
Tak sabar rasanya nak tonton semula lakonan hebat Manisha Koirala kan. Mesti best punya!!
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin menginjak usia, makin cantik jelita Datin Seri Zizie Izette. Tanggal 30 Disember lepas, kakak kepada Shaheizy Sam ini menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-46. Kalau tengok penampilan jelitawan ini pasti ramai tidak menyangka isteri Datuk Seri Bung Moktar Radin ini sudah pun mencecah usia 45 tahun.
Apatah lagi Datin Seri Zizie kini aktif menjalani gaya hidup sihat dan rajin bersenam. Semangat pelakon yang pernah membintangi drama Hero Seorang Cinderella ini mengekalkan susuk tubuh langsing berjaya membuatkan dia kelihatan awet muda seperti anak dara!
Berkongsi foto terbaharu dirinya sempena hari lahir hujung Disember lepas, Datin Zizie tampil anggun dalam persalinan eksklusif warna magenta berserta kapsyen, “I didn’t get older. I levelled up! Happy birthday to me. Blessed to see another year.”
Kredit Instagram @zizieizetteKredit Instagram @zizieizetteKredit Instagram @zizieizette
Menyambut ketibaan tahun baharu 2024 dengan semangat baru, anak kepada pasangan Allahyarham Abdul Samad Jamaan dan pelakon veteran, Fauziah Khatijah Musa atau lebih dikenali sebagai Khaty Fauziah ini turut memuat naik gambar terkini di media sosial.
Mengenakan persalinan serba putih, cermin mata, sling bag dan snow cap rona senada dari hujung rambut ke hujung kaki, gaya santai Datin Zizie menarik perhatian warga maya.
Malah dia turut menzahirkan hasrat tahun baharu, “Manifesting the incredible woman I will be in 2024!!
She will radiate happiness, be surrounded by love, and live life unapologetically, embracing her authenticity every step of the way. Cheers to 2024 as a new year.”
Kredit Instagram @zizieizetteKredit Instagram @zizieizetteKredit Instagram @zizieizette
Mengenali figura ini, Datin Seri Zizie Izette seorang personaliti yang mudah mesra dan merendah diri orangnya. Membawa status VIP dan selebriti namun ibu anggun ini seorang yang low profile dan disenangi.
Datin Zizie Izette berkahwin dengan Ahli Parlimen Kinabatangan pada 9 Jun 2010. Mereka turut dikurniakan lima anak iaitu Naila Nurjenna, Aaric Zayn Izette, anak kembar iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette serta puteri bongsu, Aalisa Belle Izette.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.