Wow, Mudahnya Nak Tampil CANTIK! Hanya Praktik 6 TRIK HEBAT Dari Editor Kiffy Razak Ini

Majalah Nona banyak menerima surat pertanyaan tentang kecantikan oleh para pembaca. Terima kasih, jangan malu dan segan untuk bertanya. Penulis kecantikan kami sudi menjawabnya…

Editor Kiffy Razak

Soalan 1

Saya bercadang untuk menukar jenama pencuci muka yang lain. Pencuci muka yang bakal digunakan nanti mempunyai ramuan bahan semulajadi yang berasaskan herba dan tumbuh-tumbuhan. Namun saya risau jika produk tersebut tidak sesuai untuk muka saya. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sesuatu produk pencuci wajah itu sesuai dengan kulit muka?

Marina Arshad, Shah Alam

Jawapan

Apabila menukar pencuci muka, perlu berhati-hati kerana khuatir produk yang baru tidak sesuai dengan kulit wajah. Anda boleh mengetahui keberkesanan produk tersebut apabila menggunakan produk pencuci muka yang baru dalam masa seminggu atau dua minggu tiada masalah yang timbul seperti bintik-bintik kecil seperti jerawat. Bahkan kulit nampak lebih lembut dan segar. Jika dalam tempoh dua minggu kulit muka menjadi tegang, merah atau mengelupas segera berhenti pengambilan pencuci muka tersebut.

Soalan 2

Sebagai wanita yang bekerjaya, saya ingin kelihatan hebat dan tampil menawan. Namun bebanan tugas, menjadikan kulit muka saya kelihatan tidak bermaya. Rakan mencadangkan saya menggunakan bedak asas bagi menutup ‘cela’ pada wajah. Saya ingin mengetauhi jenis bedak asas yang sesuai untuk saya yang mempunyai kulit muka jenis normal.

Salina Saad, Kuantan, Pahang

Jawapan

Sebelum memulakan solekan, penggunaan bedak asas adalah penting kerana dapat menghasilkan wajah dan leher yang halus dan gebu. Malah pemilihan warna juga penting bagi disesuaikan dengan tona kulit dan bagi menimbulkan keserasian kepada setiap jenis kulit. Terdapat beberapa jenis bedak asas antaranya ialah liquid foundation jenis cair. Bedak asas seperti ini lembut serta mengelakkan rasa melekit dan sesuai untuk kegunaan kulit kering supaya kelihatan lebih segar. Bedak asas jenis cream compact pula merupakan jenis sederhana pekat yang mengelakkan rasa berminyak dan melekit serta sesuai untuk kulit bermasalah. Bagi jenis stick foundation pula adalah pekat dan padat untuk menghasilkan kulit yang segar dan gebu serta sesuai untuk kulit kering dan sedikit kering. Bagi mendapatkan warna yang sesuai dengan kulit muka, sapu sedikit bedak asas pada dagu dan bukan di lengan kerana warna kulit muka dan lengan adalah tidak sama.

Soalan 3

Tip untuk mendapatkan solekan pipi dan bibir yang menawan.

Maria Ibrahim, Sitiawan, Perak

Jawapan

Solekan pada pipi dapat memberi kesegaran pada wajah. Pemerah pipi berwarna merah jambu paling sesuai digunakan untuk apa saja suasana. Sapuan perlu dilakukan daripada tulang pipi hingga ke telinga. Manakala bagi solekan bibir pula hendaklah diaplikasi dengan sempurna kerana mampu menjadikan bibir kelihatan menarik. Walau bagaimanapun setiap kali mengaplikasikan gincu bibir kesan terlebih yang mencomotkan akan mudah terjadi. Cara terbaik untuk mengatasi perkara itu adalah menggunakan penggaris bibir atau lip liner.

Fungsi lipliner bukan hanya menggaris bibir namun memastikan warna lipstik di bibir tahan lama. Jika anda memilih warna nude yang sesuai dengan warna lipstik garis bibir itu tidak akan terlalu nyata. Untuk bibir yang tipis garislah tepat di garis bibir agar ia kelihatan lebih penuh. Manakala pelembapan tambahan gunakan pengilat bibir untuk kesan bibir lebih seksi. Agar lipstik dapat tahan lebih lama, aplikasikan sedikit bedak pada bibir.

Soalan 4

Saya berusia 24 tahun dan boleh dikatakan mempunyai rupa fizikal yang menarik. Namun saya menghadapi masalah serius iaitu mengalami rambut gugur. Saya sedar bahawa rambut gugur merupakan perkara normal namun saya mengalami keguguran rambut dengan banyak. Adakah rambut gugur sebenarnya menunjukkan saya mengalami penyakit serius? Adakah rambut akan kembali tumbuh?

Rohaiza Ahmad, Bukit Beruntung, Rawang

Jawapan

Rambut gugur atau ‘Alopecia Areata’ bukanlah penyakit yang mengancam nyawa serta tidak memberi kesan kepada tubuh badan. Namun bagi sesetangah orang, penyakit ini mampu mengubah penampilan mereka jika mengalami keadaan yang serius. Bagi wanita pula, kesan keguguran rambut boleh membuat diri rasa terpinggir kerana berpendapat bahawa mereka sudah tidak menarik lagi. Orang yang mengalami keguguran rambut serius mungkin juga kesan gangguan penyakit tiroid, ‘atopic eczema’, alahan pada hidung dan asma. Tahap keguguran rambut berbeza-beza mengikut individu. Ada yang mengalami Cuma sebahagian kepala sahaja namun ada juga yang mengalami rambut gugur secara keseluruhan. Walaupun rambut telah gugur, kebarangkalian rambut untuk tumbuh semula masih ada. Anda hanya perlu melakukan rundingan dan penjagaan secara professional serta rawatan yang sesuai. Pasti rambut anda boleh menjadi sihat seperti sebelumnya.

Soalan 5

Saya mempunyai masalah bibir yang hitam dan kelihatan seperti lebam. Saya cuba sorokkan keadaan ini dengan menggunakan gincu bibir namun tidak berhasil. Adakah teknik solekan yang dapat mengatasi masalah ini?

Nurul Asma, Kemaman, Terengganu.

Jawapan

Anda boleh mengatasi masalah berikut dengan teknik solekan yang betul. Setelah membersihkan wajah, sapukan ‘lip balm’ secara rata pada bibir. Kemudian sapukan bedak asas atau ‘two way cake’ perlahan-lahan pada bibir dengan menggunakan span lembap yang merupakan langkah penting untuk menutup bibir hitam. Seterusnya anda boleh bentuk bibir dengan menggunakan ‘lip liner’ dan sapukan gincu pada bibir yang sudah dibentuk. Akhir sekali, sapukan pengilat bibir untuk tampak cantik dan menawan.

Soalan 6

Saya mempunyai masalah kulit yang cepat gelap. Jika saya keluar pada waktu siang, kulit muka akan bertambah gelap dan merah. Keadaan ini akan mengambil masa tiga hingga empat hari untuk pulih seperti sedia kala. Saya telah mencuba pelbagai produk kecantikan tetapi tidak memuaskan. Saya juga keliru untuk menggunakan bedak asas kerana kulit saya gelap. Bagaimana saya harus mengatasi masalah ini?

Amelia Roslin, Kuala Lumpur.

Jawapan

Kulit akan mudah gelap apabila sering terdedah kepada panas matahari dan tidak menggunakan pelembap. Krim pelembap juga perlu mempunyai tekstur yang lembut yang mampu melindungi kulit daripada sinaran matahari sambil mengekalkan keseimbangan lembapan. Sepanjang lapisan atas kulit dikenali sebagai eperdermis yang mengandungi ‘melanocytes’ yang mengeluarkan melanin, pigmen yang memberikan warna semulajadi. Apabila terdedah kepada sinaran matahari, ‘melanocytes’ mengeluarkan lebih pigmen menyebabkan kulit bertambah gelap, terutama apabila keluar dari rumah. Kurangkan aktiviti di luar dan dapatkan nasihat pakar kulit untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan kulit anda. KR

IKLAN
Share