“WRTS Buktikan Anak Autism Tunjuk Hasil Positif Dalam Pembelajaran. Kini, Kami Ingin Bantu Anda Dengan Program Istimewa.” Nori Abdullah

Dilema ibu bapa yang mempunyai anak-anak autism kadangkala boleh menyekat mereka dari terus membenarkan si anak bersosial dan hanya terperap di rumah. Apa lagi untuk ke play area di pusat membeli-belah.

Sukar untuk menepis pandangan sesetengah masyarakat yang melihat anak-anak autism dengan pandangan sinis hanya kerana mereka tidak mampu untuk mengawal perasaan, kadang kala menjerit, kadang kala terlompat ke sana sini dan mengulangi perbuatan yang sama berulang kali.

Kini, berita baik untuk ibu bapa yang mempunyai anak austism bakal menceriakan anda kerana We Rock The Spectrum (WRTS), sebuah gimnasium khas untuk kanak-kanak yang berasal dari Amerika Syarikat telah pun mempunyai cawangan antarabangsa pertama di dunia iaitu di Malaysia!

Semalam, satu program Theraphy Through Play atau TTP dilancarkan oleh YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau yang juga merupakan suami kepada Puan Nori Abdullah, pemilik bersama WRTS Malaysia khusus untuk membantu keluarga dengan kanak-kanak istimewa terutamanya kanak-kanak autism, dalam proses perkembangan dan pembelajaran mereka.

 

Program TTP ini menyediakan persekitaran menyeronokkan dan mesra kanak-kanak istimewa dengan penglibatan ibu bapa sendiri sebagai ahli terapi di gym WRTS.

Berdasarkan pengalaman WRTS Malaysia dan lebih 60 kemudahan WRTS di Amerika Syarikat, Emiriah Arab Bersatu dan Australia, kanak-kanak istimewa yang kerap menggunakan kelengkapan gimnasium dengan sokongan tepat telah menunjukkan pelbagai hasil positif. Ini boleh dilihat ketika mereka di sekolah dan bersama keluarga, serta dalam hal mengawal ketenangan dan interaksi sosial dengan orang lain.

Dengan kerjasama pusat kanak-kanak pelbagai disiplin, The Energy Source, program TTP ini akan melibatkan pemeriksaan, program khusus buat setiap individu serta sesi pendidikan bagi ibu bapa untuk menjalankan terapi sendiri – kesemuanya di kemudahan WRTS kami di Evolve Concept Mall, Ara Damansara pada kos kurang daripada separuh harga pasaran semasa.

Bagi anak-anak istimewa dari keluarga kurang berkemampuan pula, WRTS buat permulaan ini telah berjaya mengumpulkan sumbangan untuk menaja 50 kanak-kanak untuk melalui terapi sekitar 15 jam sebagai satu kitaran. Program ini akan dijalankan selama empat bulan meliputi bengkel ibu bapa merangkumi topik seperti perkembangan deria motor dan lain-lain lagi.

Sumber foto: FB We Rock The Spectrum

IKLAN
Share