YAYASAN RI Bakal Lahirkan QARI & QARIAH, DATO’ RIZALMAN Rasmi Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari Secara LIVE!

Diam tak diam, Dato’ Rizalman Ibrahim sudahpun melangkah ke usia 49 tahun. Dari seorang pereka fesyen kini Dato’ Rizalman beralih ke dunia yang lebih bersifat Islamik. Selepas dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM, Dato’ Rizalman merasmikan Yayasan RI dan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Qari pula, sebuah yayasan dan pusat pengajian al-Quran milik beliau sendiri.

 

Bersempena sambutan Maulidur Rasul, Dato’ Rizalman sendiri menzahirkan rasa gembira kerana sehari sebelum Maulidur Rasul adalah hari lahirnya yang ke 49. Kata orang, itulah keberkatan yang Allah berikan kepada sesuatu niat yang sangat murni.

Hampir satu jam ‘majlis’ perasmian Yayasan RI secara live di Instagram dan hampir ratusan ribu viewer memberi respon positif. Dalam live tersebut Dato’ Rizalman juga menjelaskan secara terperinci mengapa Yayasan RI ditubuhkan.

 

“Matlamat utama penubuhan Yayasan RI adalah untuk membentuk, mendidik,mendorong, memupuk dan memperkasakan idealogi masyarakat islam moden dengan menyediakan landasan untuk menyebarkan kemuliaan ilmu dan pengetahuan al-Quran kepada umum.

Kami memilih Johor sebagai lokasi pertama penubuhan pusat pengajian al-Quran Al-Qari adalah kerana pasangan suami isteri iaitu ustaz dan ustazah yang akan menguruskan pusat ini adalah dari Johor. Di saat mereka berhadapan masalah ketika PKP dahulu, saya merasakan inilah yang termampu kami lakukan untuk membantu bukan sahaja pasangan ini tetapi pelajar yang ingin belajar al-Quran,”katanya.

 

Menurut Dato’ Rizalman lagi, hasil daripada pembelian produk keluaran beliau turut disalurkan ke Yayasan RI.

“Saya juga mahu pembelian anda terhadap jualan kami turut mendapat manfaat serta pahala berpanjangan. Selain saya, Faizul dan anak-anak mendapat pahala berpanjangan, anda semua juga mendapat pahalanya sampai bila-bila,”katanya.

Kredit foto: Instagram Dato’ Rizalman Ibrahim

IKLAN
Share