“Zal Jika Kamu Ada Di Luar Sana…” Giliran Sharifah Shawati Rayu Zalina Azman Pulang

Kehilangan Zalina Azman masih menjadi tanda tanya. Walau hampir setahun kehilangannya dilaporkan, sehingga kini masih belum ada petunjuk baru yang dapat membantu siasatan polis untuk mengesan bekas personaliti TV3.

Foto: Instagram (@shshawati)

Berita kehilangannya bukan saja meruntun jiwa rakyat Malaysia yang terdesak untuk tahu keberadaannya, namun bekas rakan sejawatnya juga tidak putus-putus berdoa, dan mencuba untuk menemuinya, seperti Yang Berhormat Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dan ramai lagi.

Dan terbaru, semalam secara langsung di rancangan tv MeleTOP, Sharifah Shawati yang juga bekas rakan sejawat dan rakan baik Zalina sewaktu di TV3 hadir secara ekslusif menceritakan pengalamannya mengenali insan bernama Zalina Azman.

Jelasnya, “Saya dah lama tidak jumpa dengan Zalina. Pada kali terakhir saya bertemu dengannya adalah ketika sambutan hari jadi. Lama sangat. Masa itu saya diminta menjadi pengacara majlis untuk anak dia Mikal yang hendak berkahwin, tetapi sekarang Mikhael Norman sudah berumur 33 tahun. Bayangkan betapa lama tidak bertemu selepas itu.

“(Saya ada cuba) telefon sebab nak keluar dengan dia (tapi dia) tidak jawab. Jadi kami beranggapan dia mahu kehidupan peribadi. Jadi kita kena hormat,” kongsinya lagi.

Sharifah Shawati yang juga mengusahakan syarikat perkhidmatan konsultasinya sendiri iaitu Adamaya Consultancy & Services turut meminta Zalina untuk menghubungi ahli keluarganya andai beliau sedang menonton siaran langsung tersebut.

Foto: Instagram (@shshawati)

“Jadi Zal, sekiranya kamu sedang melihat kami sekarang, kamu tahu kita sedang mencari anda. Kami sayangkan anda dan ingin anda tahu, anda tidak keseorangan. Kamu perlu jadi seorang yang kuat, kerana apa sahaja yang sedang dihadapi kamu sekarang ini, kami tidak tahu, tetapi kita semua bersama dengan kamu, Zal.

“Kami sayangkan anda. Tolong hubungi mak ayah, keluarga dan beritahu mereka kamu selamat. Kami tidak akan berhenti mencari anda,” mohon Sharifah.

Ujar Sharifah lagi, Zalina seorang insan yang cukup menjaga kisah peribadi dan tidak suka menjaja cerita yang tidak perlu.

Sebelum ini, media melaporkan, Zalina yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas masih belum ditemui walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.

Tonton sedutan temubual Nabil Ahmad dan Sheery Alhadad bersama Sharifah Syawati di link ini. Untuk rakaman penuh, anda boleh menonton di ASTRO Go!

Sumber: ASTRO Awani

IKLAN
Share