• 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares

Apabila tiba musim perayaan, jumlah kenderaan akan meningkat di jalan raya. Secara tidak langsung ini juga akan turut menyumbang kepada statistik kemalangan jalan raya. Tidak dinafikan, ada antara pengguna jalan raya yang tidak sabar dan berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk pulang ke kampung halaman, namun akhirnya menjadi sebahagian daripada statistik kemalangan.

Oleh itu, rancang perjalanan anda dengan teliti supaya tidak sebarang kemalangan jiwa yang berlaku dan juga bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya yang lain. Bagi bersama-sama membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya sempena musim perayaan ini, Nona ada kongsi beberapa tip sebelum  dan ketika memulakan perjalanan anda.

 

SEBELUM MEMANDU

  • Pastikan kenderaan anda di servis terlebih dahulu semula memulakan perjalanan dan berada dalam keadaan yang baik. periksa tekanan angin tayar.

 

  • Pemandu harus berada dalam keadaan segar  tidak mengantuk. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya sebelum memulakan perjalanan.

 

  • Pakai pakaian yang kasual dan selesa. Elakkan memakai selipar kerana ia boleh tersangkut pada pedal brek dan pemecut.

  • Wajib memakai tali pinggang keselamatan. Pastikan penumpang di bahagian belakang turut memakai tali pinggang keselamatan.

 

  • Persedian untuk situasi kecemasan, bawa lampu suluh, pemutar skru dan spanar dan sebagainya.

 

 KETIKA MEMANDU

  • Patuhi had laju dan papan tanda yang telah ditetapkan.

 

  • Jaga jarak selamat kenderaan. Ini sangat penting kerana aliran trafik boleh berhenti secara tiba-tiba akibat kesesakan dan kemalangan di hadapan.

 

  • Guna lorong yang sesuai dengan kelajuan kenderaan anda. Lorong kanan untuk memotong. Manakala, lorong kiri dan tengah untuk mereka yang memandu secara santai.

 

  • Sentiasa gunakan isyarat jika ingin menukar lorong walaupun tiada kenderaan di belakang.

 

  • Rancang perjalanan dengan bijak. Ikut jadual perjalanan yang telah diberikan dan tahu destinasi tujuan anda dan tumpu 100 peratus kepada pemanduan anda.

 

 

Sumber: drebar.my

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: