• 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares

Kerjaya sebagai penata gaya bebas menjadikan wanita bernama Umi Salwa Binti Sanusi cukup arif dalam bidang fesyen.  Lebih mesra disapa Umi, wanita yang berasal dari Bangsar, Kuala Lumpur ini mula berjinak dalam bidang fesyen sejak 5 tahun yang lalu. Selain sibuk dengan kerjaya sebagai penata gaya, Umi juga merupakan perunding imej dan  personal shopper untuk pelanggan wanita yang aktif dengan aktiviti harian. Sebagai penata gaya bebas, Umi sering menjadi pembantu penata gaya kepada stylist terkemuka termasuk Tym Fatimah, Ayie Ali ( Mr.Stailista) dan stylist untuk  beberapa jenama tempatan.

 

DEFINISI FESYEN

Pada pendapat saya, fesyen adalah satu medium refleksi diri seseorang dimana seseorang itu dapat mengekspresi diri dalam nada tersendiri. Pemahaman serta konsepsi tentang pakaian dan fungsinya juga memainkan peranan yang cukup penting. Tiada batasan untuk berfesyen dan ia banyak mempengaruhi gaya hidup seseorang. Selain itu, pengaruh di media sosial yang membuatkan seseorang itu terikut-ikut. Apa yang boleh saya katakana disini, “you don’t have to be like other people to feel good about yourself”. Bergayalah tanpa mengikut orang lain dan mengikut kemampuan masing-masing.

 

TREND FESYEN WANITA MASA KINI

Untuk tahun ini, fesyen yang sedang hangat ialah motif cetakan floral ,plaid dan rona pastel yang boleh dilihat di pentas minggu fesyen antarabangsa. Trend ini juga boleh didapati dalam rekaan lebaran pada tahun ini. Selain itu, fesyen terkini yang menjadi ikutan wanita masa kini ialah penggayaan waist belt bag atau Fanny packs. Ia menjadi ikutan selepas selebriti terkenal antarabangsa seperti Bella Hadid dan Kendall Jenner mengayakannya. Ia bukan sahaja kerana trend atau stail, malah disebabkan ia sangat mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

 

TAMPIL TRENDY, MODEN & BERGAYA

Gayakan aksesori dengan pemilihan busana yang sesuai dan tepat. Untuk tampil sempurna, pembawakan karakter seseorang itu sangat penting kerana apa pun stail yang dibawa, anda harus yakin dan berani untuk menggayakan ‘look’ tersebut. Sebagai contoh, saya suka mengayakan pakaian dan aksesori vintaj kerana ia juga boleh dipadankan dengan pakaian moden. Bagi saya blazer jaket adalah sentiasa menjadi pilihan untuk digayakan dengan apa-apa sahaja.

STAIL DAN PERKEMBANGAN FESYEN

Keselesaan sangat penting untuk penampilan tidak kiralah stail apa yang digayakan. Bila kita mengayakan sesuatu yang selesa, kita harus memastikan ia digayakan dengan cara yang betul dan kena dengan tempat dan waktu. Perkembangan dan arus fesyen sangat pantas hingga boleh membuatkan seseorang itu hilang ‘sense of style’, dimana seseorang itu tidak tahu gaya apa yang sesuai dengan mereka. Saya berpegang kepada kata-kata inspirasi designer Coco Chanel ‘Fashion comes and goes but style lasts forever.’

 

7 TIP TAMPIL TRENDY

  1. Memakai pakaian yang sesuai dengan majlis.
  2. Memakai pakaian yang sesuai dengan karakter anda.
  3. Yakin diri sangat penting tapi ia kena bermula dari dalaman juga. When you feel good, you look good.
  4. Berani mencuba untuk kelainan.
  5. Keselesaan itu sangat penting! Jangan pakai pakaian yang tidak selesa untuk ke majlis. Ia boleh membuatkan penampilan anda nampak kurang menarik.

 

FESYEN DAN LEBARAN

Fesyen untuk lebaran perlu lebih praktikal selari dengan konsep berhari raya. Rekaan juga penting namun keselesaan menggayakan busana juga perlu dititik beratkan. Baju tradisional melayu baju kurung, kebaya dan kebarung kembali menjadi tren lebaran pada tahun ini dengan gabungan klasik dan elemen-elemen moden seperti corak cetakan floral, sulaman dan renda. Ia menghidupkan kecantikan siluet tradisional yang  sesuai untuk digayakan bukan sahaja pada hari lebaran ia juga sesuai digayakan ke majlis. Untuk kelihatan lebih elegan, gayakan busana dengan eksesori yang sesuai.

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: