Memiliki rumah impian dengan keluasan dan konsep interior yang cantik semestinya menjadi idaman semua. Dan, aktiviti membeli-belah barangan keperluan rumah sangat ditunggu-tunggu. Semua yang berkenan di hati hendak dibeli. Tetapi, jangan terlalu ghairah membeli macam-macam barang kerana pasti akan ada yang tidak perlu. Nona kongsikan LIMA barang ini sebagai contoh.

IKLAN

PISAU DAPUR    

IKLAN
IKLAN

Pisau memang penting tetapi tidak perlulah sampai semua jenis dan bentuk hendak dibeli hanya kerana anda sangat teruja untuk memasak. Alih-alih pisau yang sama juga digunakan. Belilah pisau yang diperlukan sahaja.

LAMPU TIDUR

Jika anda memerlukan lampu tidur pilihlah jenis yang berdiri (standing lamp) atau indirect lamp supaya tidak mengambil ruang yang terlalu banyak di bilik tidur. Jangan paksa diri untuk membeli dua lampu tidur untuk kedua-dua sisi katil hanya kerana hendak nampak cantik. Apa yang penting ialah keselesaan.  

PRODUK PEMBERSIH

Kini terdapat banyak produk pembersih di pasaran yang rata-rata menggunakan teknologi terkini. Jika anda bijak, boleh saja memanfaatkan bahan-bahan semula jadi sebagai pembersih. Contohnya, produk pembersih dengan teknologi beraroma lemon boleh digantikan dengan buah lemon saja. Bukan saja selamat bahkan lebih praktikal dan murah.      

SET KUTLERI

Bagi mendekorasi ruang makan biasanya kita menyediakan beberapa set kutleri seperti sudu, garfu, pinggan dan napkin. Tetapi tidak perlulah sampai membeli satu set dalam kuantiti yang banyak. Beli mengikut jumlah ahli keluarga anda saja.

CADAR DAN SELIMUT

Sebuah katil yang selesa bukan bergantung kepada berapa tebal cadar mahupun selimut yang digunakan. Jangan mudah terpesona dan terpengaruh dengan nafsu untuk membeli barang-barang yang tidak perlu. AMY MOHD

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI