Setiap rumah tangga pasti ada pasang surutnya. Begitu juga perkahwinan Ain Edruce dan suami tercinta, Amirul Hafiz Mustaffa. Saat mereka teruja menerima khabar kehamilan anak kedua, pasangan ini diuji dengan berita keguguran. Meskipun sedih namun mereka reda dengan ketentuan takdir.
22 April lalu, Ain atau nama sebenarnya Nurulain Edruce terbuka berkongsi perjalanan sejak mengetahui dirinya sedang berbadan dua sebelum alami keguguran. Jelas terserlah wajah gembira dia dan suami serta ahli keluarga yang bakal menerima kehadiran ‘orang baru’.
Ternyata, kisah keguguran Ain sewaktu awal Syawal lalu memberi kenangan paling tak dapat dilupakan buatnya.
“Simpan sini buat kenangan. Takda rezeki Soraya nak ada adik lagi,” titipnya.
Enggan terus berlanjutan sedih dengan ‘kehilangan’ itu, Ain dan suami serta anak mereka iaitu Soraya meluangkan masa bercuti di Pulau Maldives baru-baru ini.
Seronok tengok percutian keluarga ini yang sentiasa ceria dan saling menghargai di antara satu sama lain.
Berkongsi momen percutian tersebut, Ain sekeluarga dilaporkan menginap di Kuda Villingili Maldives. Memang cantik pemandangan di sana. Selain dapat beriadah dengan suami dan anak, dapat tenangkan fikiran juga.
Ain Edruce dan Amirul Hafiz sah bergelar suami isteri pada 13 Disember 2019. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata comel diberi nama Soraya.
Semoga rumah tangga Ain dan Amirul sentiasa diberkati sampai ke syurga. Juga doa mereka untuk menambah ahli keluarga dipermudah dan dimakbulkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum ini pasangan selebriti Jennifer Lopez dan Ben Affleck menggemparkan dunia selepas melangungkan perkahwinan secara mengejut di Las Vegas. Dan baru-baru ini dikhabarkan mereka berdua melangsungkan perkahwinan sekali lagi, kali ini dalam majlis tertutup dan dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat sahaja. Ia berlangsung di kediaman Affleck di Savannah, Georgia pada Ahad. Menurut People Magazine, kesemua anak-anak pasangan itu turut hadir.
Kemuncak acara perkahwinannya menyaksikan Jennifer Lopez tampil dengan gaun pengantin penuh dramatis dengan veil yang lebih panjang dari gaunnya. Menurut Bazaar, gaun pengantin Jennifer Lopez tersebut merupakan hasil sentuhan magis dari Ralph Lauren couture.
Jika sebelum ini, gambar gaun perkahwinannya tidak begitu jelas dan peminat sering tertanya-tanya bagaimanakah rupa persalinan Jennifer untuk resepsi keduanya. Mujurlah hari ini, Jennifer Lopez memuat naik gambar-gambar persalinannya di dalam website onthejlo.com.
Jika sebelum ini gaun lebih sederhana dengan gaun kasual, namun kali ini ia lebih dramatik, ‘couture’ dengan perincian yang lebih anggun.
Gaun pengantin pertama yang dipakainya adalah yang pertama daripada tiga gaun Ralph Lauren untuk malam itu. Lebih daripada 1,000 sapu tangan dan 500 meter kain telah dipotong menjadi ruffles untuk dijadikan versi ethereal turtleneck klasik Ralph Lauren. Ruffles itu kemudiannya dilekatkan menghasilkan skirt yang lebar dan romantis.
Jennifer kemudiannya menyarung dua persalinan tambahan oleh Ralph Lauren, satu menampilkan rentetan mutiara dan satu lagi dengan siluet ikan duyung dengan garis leher yang dihiasi kristal Swarovski.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Ayana Jihye Moon, selebriti dan model Muslim Korea Selatan yang cukup dikenali ramai khususnya di kalangan warga maya.
Baru-baru ini Ayana berkongsi di platform media sosial momen manisnya ketika berkunjung ke Malaysia bagi menghadiri majlis perkahwinan sahabat baiknya, YM Raja Sarina Iskandar.
Simple sahaja penampilan Ayana namun terserlah kecantikan asli yang dimiliki.
“Alhamdulillah, my bestie YM Raja Sarina got married today officially.
“If I were to talk about her, I could go on for days, but just in one sentence, she has always been a great friend to me, more than I could ever ask for from Allah SWT.”
Dalam hantarannya itu, Ayana bukan sahaja berkongsi detik-detik bermakna sepanjang berada di sana bahkan dia turut mengimbau semula pengalaman pertama kali turun ke Malaysia beberapa tahun lalu.
“Lfe is an unexpected journey and a gift. During my time in #Ipoh , I had to introduce myself to people and I realized that I had come alone to a strange place called Malaysia at a young age.”
Pun begitu, Ayana bersyukur kerana kini dia dikelilingi insan yang baik-baik serta memiliki ramai sahabat di Malaysia.
“Most of the time I was alone, and going to the mall with a handful of friends was an only great joy.
“But, today I’m surrounded by so many friends who are beautiful inside and out. They smile for me when I’m happy, cry for me when I’m sad, and I do the same.
“Allah SWT is the most wonderful planner, and no one can dare to anticipate or fathom His wisdom. SubhanAllah.”
Ayana turut mengabadikan kenangan bersama ibu sahabat baiknya dengan memuat naik dua foto bersama YM Tunku Soraya Halim yang disifatkannya sebagai seorang wanita hebat, cantik serta merendah diri.
“On @Sarinaiskandar ‘s important day, with her most beautiful, strong and wise mother who must have been more nervous than anyone else.
“The reason why my bestie Sarina has a beautiful heart, deep faith, humble attitude and wisdom is because of her mother.
“Menjunjung Kasih Tuanku @halimsoraya , and we love you so much. May Tuanku always be in the protection of Allah SWT, Amiin”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpesona dengan kecantikan yang dimiliki Miss Universe Indonesia 2013, Whulandary Herman ini. Mana tidaknya, walau pun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak
yang bakal berusia setahun namun kejelitaan Whulan masih segar! Tidak keterlaluan jika penulis katakan rupa paras Whulan lebih berseri sejak bergelar isteri dan ibu. Pastinya sebab sedang diulit bahagia di samping insan tersayang.
Pernah menjadi wajah penghias Nona tidak lama dulu, Whulan yang kini berusia 30 tahun seorang yang ramah dan senang didekati. Kaya dengan sifat rendah diri dan kelakar, Whulan juga merupakan juara Puteri Indonesia 2013 sebelum mewakili Indonesia dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe pada tahun yang sama. Bersandarkan wajah cantik, susuk tubuh lampai dan rambut panjang mengurai… tidak hairanlah dia mampu meraih perhatian juri di pentas ratu cantik. Sememangnya Whulan memiliki pakej lengkap seorang ratu.
“Pertandingan Miss Universe nyata mengubah hidup saya 100 peratus. Sebelum ini saya juga terlibat dalam bidang modelling dan berlakon filem. Bagi saya, tanggungjawab
jadi lebih besar bila dah bergelar public figure. Untuk itu saya akan pastikan setiap apa yang saya kongsi kepada masyarakat tidak kira dalam media sosial atau sebaliknya adalah perkongsian yang berguna kepada orang ramai.”
Saat ditanya rutin kecantikan, Whulan tanpa berselindung akui mengamalkan petua tradisi tinggalan nenek moyang. “Dari kecil mama sudah pakaikan minyak kemiri di rambut saya setiap kali sebelum tidur. Ia adalah petua dari nenek yang masih kami amalkan. Begitu juga lidah buaya yang saya tanam di rumah dan pakai untuk muka dan elak selulit. Malah sejak dulu mama ajar, sejauh mana kita ‘terbang’ sekalipun jangan lupa asal usul kita. Termasuklah dari cara merawat diri, interaksi dan sebagainya.
Bahkan lepas bersalin saya turut berpantang 44 hari seperti yang disaran suami dan keluarga. Masa pantang, saya memang pakai bengkung, param dan sapu perut dengan
kapur. Memang saya ni jenis ikut tradisi. Iyalah, kalau tak jaga nanti tinggal kenangan saja body Miss Universe ni,” selorohnya.
Ujar isteri Nik Ibrahim ini lagi, “Mungkin ada di antara ibu-ibu yang ada anak ramai jadi lupa macam mana nak merawat diri sebab terlalu sibuk. Kalau saya, waktu ‘me time’ selalunya Subuh. Contohnya sambil siapkan sarapan sambil tu kita rawat rambut atau kulit wajah. Penting bagi isteri menjaga kecantikan lepas bersalin. Jangan sampai suami pulang ke rumah dan nampak keadaan isteri tak terurus.
Mama nasihat, macam mana rupa kita pergi ke mall… macam tu jugalah kita kena cantikkan diri depan suami. Bukanlah maksud kena mekap tebal. Sekurang-kurangnya
berdandan dan suami tengok pun tenang. Kalau suami pandang perempuan lain kita cemburu tapi bagaimana pula rupa kita depan suami? Adakah baik atau sebaliknya? Itulah yang mama selalu ajar dan ingatkan saya.
Bab makan pula saya jenis yang suka menu padang. Diet harian saya mesti ada ikan, sayur, daging dan nasi putih cuma saya lebihkan lauk daripada nasi. Ais krim pun saya makan sebab saya suka makanan yang manis tapi bersederhana. Cukup pukul 7 malam saya stop makan.”
Dikenali sebagai personaliti TV dan individu yang berpengalaman luas dalam pertandingan ratu cantik, Whulan kini merupakan pengusaha sebuah Beauty Camp dikenali sebagai Artika Whulandary. Tidak sekadar mengajar wanita tentang cara berjalan, bercakap dan kemahiran berkomunikasi untuk bertanding dalam ratu cantik… Whulan juga menjalankan perniagaan Dapur Universe yang mengetengahkan aneka sajian masakan Padang. Pandai Whulan merencana karier!
Selamat bergelar ibu pada tanggal 18 Jun 2019, ibu Nik Zayn Nik Ibrahim ini melahirkan cahaya mata sulungnya secara pembedahan memandangkan bayi lelaki yang dikandung
lahir pramatang. Dirisik tentang perkenalannya bersama suami tercinta, Whulan terbuka berkongsi kisah cinta yang terjalin dengan usahawan Malaysia berkenan.
“Semuanya bermula ketika saya sedang bercuti di Fiji Island sementara suami pula di Fuji Mountain. Kawan-kawan cuba kenalkan kami menerusi whatsapp group kerana mereka sangka kami bercuti di tempat yang sama. Suami ketika itu whatsapp saya secara peribadi dan mahu berjumpa. Lepas dia kongsi lokasinya, baru kami perasan yang tempat kami jauh beribu batu. Dan dari situlah sebenarnya bibit permulaan kami.
Kami sempat bertunang dan hanya enam bulan kenal, masing-masing setuju untuk nikah. Awal pertemuan dulu saya beritahu jika dia mahu serius dan sedang mencari isteri… saya sudah bersedia dan minta dia datang ke Indonesia untuk bertemua keluarga. Alhamdulillah, kami bahagia sampai sekarang,” akhiri Whulan yang gemar rutin senaman
yoga dan boxing.
Kredit foto: Instagram Whulandary Herman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!