Umum sedia maklum, rambut sering diibaratkan mahkota yang perlu diberi penjagaan yang sebaiknya. Rambut yang sihat dan bersinar sememangnya bonus untuk seseorang jika pandai menjaga kesihatan rambut secara total.

IKLAN

Kini bukan saja wanita mempunyai kesedaran mengenai pentingnya penjagaan rambut, malah lelaki juga inginkan rambut mereka terus subur serta indah dipandang. Oleh itu, sebelum anda berhabis untuk membeli produk rawatan rambut, perkara asas yang perlu dilakukan ialah mencuci rambut. Pemilihan syampu sesuai untuk kulit kepala anda juga penting kerana syampu yang tepat adalah langkah pertama mendapatkan rambut sihat bersinar.

  1. Berapa kerap harus mencuci rambut?

Tidak salah mencuci rambut setiap hari, tetapi proses mencuci, mengering dan dandanan yang dibuat secara kerap akan menghilangkan kelembapan semula jadi rambut. Justeru, teliti jenis rambut dan lakukan mengikut tip yang diberikan.

  • Cuci rambut setiap hari jika rambut anda jenis berminyak. Bekerja atau sentiasa berada di persekitaran berhabuk dan berdebu juga boleh menyebabkan rambut berminyak.
  • Cuci rambut sekurang-kurangnya dua kali seminggu jika mempunyai rambut kering atau tinggal di kawasan tinggi kerana udara di kawasan itu terhindar daripada kelembapan atau pencemaran.
  1. Bolehkah syampu digunakan dalam kuantiti yang banyak?


Boleh. Bagaimanapun, pastikan selepas bersyampu, rambut dibersihkan sehingga ke akar rambut tanpa ada yang tertinggal. Malah, kuantiti syampu juga ditentukan oleh panjang dan ketebalan rambut. Bolehkah menggunakan air suam untuk membilas rambut? Adakah suhunya sesuai?

Air yang digunakan untuk membilas seelok-eloknya adalah air suam kerana ia dipercayai dapat membilas syampu dan kotoran lebih bersih. Bagaimanapun, air yang terlalu panas boleh menyebabkan rambut menjadi rapuh. Oleh itu, gunakan air dingin untuk cucian terakhir sebelum pelembap atau sebarang produk disapukan pada rambut bagi menghindarkan kandungan nutrien di dalam produk hilang. Ia juga dipercayai membuat rambut lebih bercahaya.

IKLAN

Lemon Untuk Rambut Beralun

Jika rambut anda jenis berminyak, ia akan kelihatan mudah leper dan tidak bermaya. Untuk mengembalikan sinaran rambut, perah dua biji lemon, dicampur dengan satu liter air. Gunakan jus berkenaan untuk membilas rambut selesai bersyampu. Kemudian bilas dengan air sehingga bersih

IKLAN

Jangan Abaikan Keindahan Rambut

Bertudung bukan alasan untuk anda mengabaikan kecantikan dan kebersihan diri. Seringkali juga ramai wanita yang bertudung tidak menitikberatkan aspek penjagaan rambut. Alasannya cukup mudah, tiada siapa mahu melihat dan tiada siapa yang tahu apa yang ada di sebalik tudung yang sentiasa melekat di kepala.Bagi yang bertudung, rambut merupakan anggota tubuh yang sering diabaikan. Sedangkan yang terselindung itu lebih indah jika dipelihara sebaik mungkin. Masalah seperti kegatalan kulit kepala, rambut berbau dan yang lebih serius berkelumumur sering dialami oleh wanita bertudung. Selain itu jika tidak dijaga dengan betul rambut juga akan menjadi cepat kering, rosak, kusam, kusut dan mudah putus.

  1. Pemilihan syampu yang sesuai dengan jenis rambut sangat penting. Oleh itu sebelum anda membeli syampu kenalpasti dahulu jenis rambut anda.
  2. Sekiranya anda hendak memakai tudung kepala, pastikan rambut anda betul-betul dalam keadaan kering sebelum memakai tudung. Rambut yang lembap atau basah boleh menyebabkan masalah kelumumur, rambut berbau hapak dan kepala terasa pening.
  3. Mungkin ramai di antara kita yang beranggapan rambut yang tidak terdedah kepada cahaya matahari akan mudah rosak. Tetapi tahukah anda bahawa rambut yang ditutupi dengan tudung kepala akan lebih terpelihara kerana ia terlindung daripada habuk yang berterbangan ketika anda berada di luar rumah
  4. Sewaktu mengeringkan rambut dengan tuala, pastikan anda tidak menggosok rambut dengan cara yang kasar. Sebaiknya lurutkan tuala secara perlahan-lahan dari atas hingga ke hujung rambut secara berulang kali dan biarkan ia kering sendiri.
  5. Pastikan anda sering menyikat rambut semasa tidak memakai tudung (di rumah) ini perlu supaya akar rambut dan kulit kepala mendapat udara yang secukupnya.
  6. Gunakan air sejuk sewaktu membasuh rambut supaya poripori kulit kepala mengecil.
  7. Amalkan pengambilan vitamin khusus untuk menstabilkan hormon dan membaiki akar rambut.
  8. Untuk rambut yang berkelumumur, ia boleh dihilangkan dengan cara menggosok kulit kepala dengan limau purut yang telah dihangatkan. Setelah kelemumur gugur, bersihkan rambut dan kulit kepala dengan syampu yang mengandungi bahan anti kelemumur ataupun syampu yang mempunyai campuran limau purut.
  9. Sementara bagi rambut yang berminyak pula, gunakan syampu yang boleh digunakan untuk cucian rambut setiap hari. Rambut berminyak mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti ketidakstabilan hormon yang mengakibatkan sebum dikeluarkan secara berlebihan, tekanan, cuaca yang panas atau banyak mengambil makanan yang berlemak.
  10. Perbuatan menyikat rambut yang terlalu kerap juga akan membuatkan kulit kepala menjadi panas dan boleh menyebabkan penghasilan minyak yang berlebihan. Oleh itu sikap rambut hanya apabila perlu sahaja dan jangan lakukannya dengan cara yang kasar.
  11. Sebaiknya elakkan daripada menggunakan alat pengering rambut kerana rambut mudah menjadi kusam. Tetapi jika anda tidak mempunyai masa dan ingin mengeringkannya dengan kadar yang segera, sebelum melakukan ‘blow’, letakkan ‘foam’, ‘setting lotion’ atau ‘volumizer’ pada rambut terlebih dahulu bagi memudahkan ia didandan. Bahan-bahan tersebut dapat menjadi penghadang antara rambut dan alat pengering rambut. Alat penghalang ini dapat mengelakkan rambut daripada mudah rosak akibat terkena bahang panas daripada alat pengering rambut tadi. Selain itu, ia juga membantu agar rambut mudah dibentuk.
  12. Gunakan pengering rambut pada suhu yang tinggi. Saranan agar menggunakan alat tersebut pada suhu yang rendah adalah salah kerana suhu yang rendah secara relatifnya mengambil masa yang lama untuk proses pengeringan sehingga menjadikan rambut lebih mudah rosak.
  13. Pastikan anak tudung atau cekak rambut yang anda pakai tidak terlalu ketat. Seeloknya pakailah jenis yang boleh membenarkan aliran udara masuk agar rambut tidak terlalu terperap. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI