•  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Hujung minggu ini, pasti ramai yang mengambil kesempatan memanjakan diri di spa. Maklumlah, setelah lima hari berpenat lelah dengan pelbagai tanggungjawab, pastinya peluang untuk melegakan tekanan di spa tidak akan disia-siakan.

Ramai wanita percaya bahawa rawatan di spa memang bagus untuk menyelesaikan masalah kulit wajah. Justeru tidak hairanlah jika ramai memilih untuk mendapatkan rawatan di situ untuk mengekalkan kecantikan.

Pun begitu, sebelum anda menyerahkan wajah pada terapi kecantikan, ada beberapa perkara yang harus dilakukan.

  1. Pastikan tiba di spa dengan wajah bersih tanpa kosmetik, waima pelembap sekalipun. Biarkan ahli kecantikan memeriksa kulit anda. Dengan cara ini, ahli kecantikan dapat mengenal pasti masalah kulit dan mengesyorkan rawatan yang sesuai untuk kulit wajah anda.
  2. Kongsi maklumat penting seperti gaya hidup dan amalan pemakanan bagi membantu pakar dalam menentukan jenis kulit anda. Biarkan dia tahu apakah alergi terhadap sesuatu seperti ubat supaya tidak timbul sebarang implikasi ketika rawatan. Anda pasti tidak mahu berlakunya masalah alahan selepas membuat rawatan bukan?
  3. Hindari rawatan wajah jika kulit mengalami iritasi atau terbakar akibat sinaran cahaya matahari. Ini penting untuk mengurangkan risiko kecederaan terhadap kulit wajah anda. Jika anda baru sahaja meluangkan masa beberapa hari di pantai, anda juga tidak digalakkan mendapatkan rawatan wajah kerana proses pengelupasan akibat sunburn mungkin sedang berlaku terhadap kulit anda.
  4. Sebaiknya buat temu janji terlebih dahulu untuk rawatan wajah, terutama jika anda perlu menghadiri sebarang majlis penting. Ini bagi memastikan kesesuaian rawatan yang dilakukan dan tempoh masa yang diperlukan untuk kulit kembali pulih seperti sedia kala sebelum menghadiri sebarang majlis.
  5. Banyakkan minum air sebelum dan selepas melakukan rawatan wajah bagi membantu menjaga kulit anda daripada hidrasi secara optimum.
  6. Walaupun rawatan wajah membantu menjadikan kulit bersih bersinar, namun anda perlu ingat untuk memastikan kulit sentiasa dalam keadaan baik, anda tetap perlu menjaganya selepas rawatan.
  7. Pastikan anda tidak makan sembarangan bagi memastikan kulit dalam keadaan yang baik.
  8. Teruskan rutin penjagaan kulit wajah seperti sebelum ini. Gunakan pembersih yang lembut dan lakukan proses skrub bagi membuang sel-sel kulit mati sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.
  9. Pastikan anda sentiasa memakai pelembap kulit tidak kira siang mahupun malam. Ini bagi membantu kulit sentiasa lembap dan segar sentiasa. Selain itu, pelembap juga berfungsi dalam mengatasi kerosakan kulit akibat pancaran sinar ultra ungu. Rosmah Idayu Abu Samah

Artikel Berkaitan

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Kumpulan Karangkraf

error: