No Wonder Neelofa Suka Pakai SWAROVSKI, Design Memang Gempak!

No Wonder Neelofa Suka Pakai SWAROVSKI, Design Memang Gempak!

Dari dulu sampai sekarang memang selalu rambang mata tengok koleksi terbaharu Swarovski. Lagi-lagi bila selebriti cantik, Neelofa kerap mengayakan aksesori bertaraf antarabangsa ini. Memang tak keruan dibuatnya! Terus rasa hendak miliki semua koleksi eksklusif Swarovski untuk Hari Raya nanti.

Terkenal dengan kualiti dan kilauan mewahnya, Swarovski bukan saja dipakai sebagai aksesori harian bahkan penggunaannya kini turut diperluas dalam pembuatan tudung khusus buat wanita berhijab. Sesuai untuk mereka yang mempunyai cita rasa elegan dan versatil.

Memandangkan Syawal bakal tiba tidak lama lagi, berikut lapan item aksesori terbaru Swarovski yang menjadi pilihan editor Nona sebagai rujukan untuk fashionista. Check it out!

  • Live Bangle

Rona rose gold yang menyaluti gelang tangan ini sudah cukup menyerlahkan sisi kelembutan kepada si pemakai. Dengan ukiran klasik dan taburan kristal Swarosvki, menjadikan ia sesuai digayakan untuk apa jua majlis. Ketika bersantai, mahupun menghadiri acara formal, Live Bangle Swarovski padan digayakan bersama seutas jam tangan.

  • Ginger Bangle

Padankan Live Bangle bersama Ginger Bangle ini untuk mendapatkan gaya sofistikated dan elegan. Mempunyai rona yang hampir senada, ia adalah gelang tangan klasik yang menjadi pilihan penggemar fesyen dari zaman ke zaman. Pendek kata, tak lapuk ditelan zaman. Gayakan Ginger Bangle bersama Cosmic Rock Watch untuk penampilan yang lebih eksklusif!

  • Subtle Star Bracelet

Disaluti dengan rhodium plating, koleksi rantai tangan ini pastinya mencuri perhatian para wanita kerana rekaan yang ringkas namun tetap menawan. Bermotifkan bintang dan taburan Swarovski di sekelilingnya, Subtle Star Bracelet nyata dicipta khusus buat mereka yang berjiwa romantik.

  • Lisabel Pendant

Indah digayakan bersama persalinan polos. Selain sesuai ketika menyarung busana tradisi di Hari Raya, ukiran loket rantai Lisabel yang mengambil inspirasi keunikan lebah ini juga boleh digayakan bersama ketika bersantai. Malah, menyerlahkan lagi sisi muda si pemakai.

  • Octea Nova Watch

Simple yet so classy! Kombinasi putih dan rona keemasan Octea Nova Watch padan digayakan untuk apa jua busana Raya tatkala bertandang ke rumah sanak-saudara nanti. Tak perlu berlebihan kerana jam tangan ini sudah cukup mengangkat nilai eksklusif tersendiri.

  • Cosmic Rock Watch

Untuk tampil glamor, Cosmic Rock Watch adalah pilihan yang tepat. Butiran Swarovski hitam yang terserlah di pergelangan tangan pasti meninggalkan kesan elegan. Love!

  • Darci Rose Brooch

Buat para hijabi, serlahkan gaya penarik anda dengan kerongsang kelopak bunga mawar yang serba indah ini. Batuan berwarna biru lembut di tengah-tengah kerongsang menimbulkan efek feminin. Lebih istimewa rekaan 3D menjadikan Darci Rose Brooch tampak begitu mewah!

  • Facet Swan Brooch, White, Rose Gold Plating

Rekaan kontemporari  yang mengetengahkan simbol ikonik Swarovski ini dengan garapan rona rose gold nyata cantik dipadankan bersama apa jua aksesori Swarovski. Tak perlu berlebih-lebihan ketika menggayakan kerongsang ini kerana ia sememangnya sudah tersedia cantik.

 

 

 

Dalam Trak Pun Boleh Shopping Tau! LENNY FARINA Perkenal Trak Fesyen Pertama Di Malaysia

Dalam Trak Pun Boleh Shopping Tau! LENNY FARINA Perkenal Trak Fesyen Pertama Di Malaysia

Konsep trak fesyen bukanlah sesuatu yang baharu dalam industri fesyen dunia. Malah ia telah diadaptasi oleh jenama-jenama gergasi antarabangsa sebagai salah satu bentuk promosi secara bergerak. Meskipun begitu, di Malaysia ia masih baharu dan belum pernah diketengahkan oleh pengusaha fesyen.

Melihat peluang perniagaan yang terbuka luas untuk mengetengahkan jenama fesyen melalui perniagaan menggunakan trak, Lenny Farina Hazree telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan trak fesyen pertama di Malaysia, Fashion on wheels atau FOW.

Menurut Lenny yang ditemui di majlis pelancaran Fashion On Wheels baru-baru ini, pengguna kini boleh memilih fesyen terkini terutamanya untuk koleksi hari raya di atas trak Fashion On Wheels yang akan singgah di 10 lokasi di sekitar Lembah Klang. Mengetengahkan hampir 15 jenama fesyen popular di Malaysia, para pengguna boleh memilih fesyen terkini untuk digayakan di Aidilfitri tanpa perlu datang ke butik!

Tahun ini merupakan tahun pertama Fashion On Wheels diperkenalkan dan ia bakal menjadi penentu untuk mengembangkan lagi gaya perniagaan yang baharu bagi rakyat Malaysia. Saya berharap penggemar fesyen tidak akan melepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi busana dari jenama popular antaranya termasuklah Minaz, Jameqha, Bella Ammara,Locika, By Fatin Suhaa, Shawl Publika, Jannahnoe, Cattleya, Scarfeya, Ruman Manik, Ravaka, Syafiqah Aina Hijab, Kaizer Scarf, Sofea Rose Teruna by Hafiz mahamad, Riaz Arshad dan Jelitasara.

Traf FOW akan mula bergerak ke lokasi pertama pada 21 Mei di Menara Surian dari jam 10 pagi hingga 5 petang. Jelajah FOW akan berakhir pada 9 dan 10 Jun di Pullman Lakeside Putrajaya. Untuk maklumat lanjut, layari laman instagram Fashion On wheels.

FASHION STYLIST Ini Ajar Tip Macam Mana Nak Nampak Bergaya Ala Selebriti!

FASHION STYLIST Ini Ajar Tip Macam Mana Nak Nampak Bergaya Ala Selebriti!

Kerjaya sebagai penata gaya kian mendapat tempat dalam industri fesyen tanah air. Ramai selebriti masa kini mula mendapatkan khidmat penata gaya atau fashion stylist untuk tampil lebih bergaya dan trendy. Fatimah Zahrah Binti Mohd Shaidin berasal dari Kuala Lumpur merupakan penata gaya bebas yang mula menempa nama. Fatimah Zahra atau lebih mesra disapa Zara juga pemilik kepada label fesyen RTW jenama Zara.M S. Mempunyai Ijazah dalam jurusan Fashion Design & Retail, wanita berusia 24 tahun ini bijak dalam mengekspresikan fesyen terkini dengan cara tersendiri.

PENDAPAT TENTANG FESYEN

Fesyen pada saya adalah lebih dari sekadar “runway”, model, sikap mahupun kepenggunaan. Dunia fesyen lebih daripada itu. Fesyen merangkumi segalanya didalam kehidupan seharian dan menunjukkan sifat keperibadian seseorang. Ia bukan dari segi pemilihan pakaian semata-mata  malah aksesori, gaya rambut atau tudung juga perlu diberi perhatian. Selain itu, bagaimana dan di mana pakaian itu hendak dipakai harus dititik berat bagi memperlihatkan status sosial individu tersebut. Fesyen juga mencipta “universal language” dan dapat difahami oleh semua tanpa perlu ada perkataan yang perlu diutarakan.

FESYEN TERKINI

Trend fesyen terkini lebih menjurus kearah “quirky & fun”. Tahun sebelumnya terkenal dengan pengunaan teknik pleating dan masih digunakan pada tahun ini dan diolah untuk tampil lebih menarik dan kreatif. Selain itu, fesyen terkini berbalik dengan pemakaian basic tee atau statement t-shirt atau lebih mudah di sebut sebagai fesyen minimal dah effortless.

ARUS FESYEN

Pada satu tahap akan ada pertukaran dan juga suntikan baru di dalam industri fesyen. Arus fesyen yang akan bertukar sekurang-kurangnya 6 bulan untuk satu-satu trend itu bertahan. Ia antara penyebab industri fesyen kian berkembang pesat dari masa ke masa. Oleh itu pereka fesyen harus sentiasa memikirkan idea yang kreatif dan baharu pada setiap musim.

BINA GAYA

Untuk membina gaya, perkara paling penting ialah Sentiasa tahu kekuatan pada diri sendiri dan ‘watak’ yang ingin dibawa. Anda harus mengambil tahu bidang pekerjaan atau rutin harian supaya gaya dapat dibina mengikut kehendak dan tempat. Selain itu, pemilihan tas tangan dan sepatu yang sesuai adalah penting didalam pemilihan pakaian. Bagi mereka yang berhijab, Teknik layering adalah stail yang tepat dan paling sesuai untuk digayakan untuk memberikan penampilan yang lebih fashionable dan modest.

TIP UNTUK TAMPIL BERGAYA

  1. Memiliki satu tas tangan statement
  2. Pelbagaikan aksesori lebihkan kepada perak dan keemasan
  3. Teknik pemakaian mekap yang bagus
  4. Sentiasa yakin
  5. Sentiasa rancang pakaian yang hendak dipakai dengan lebih awal
  6. Wajib mempunyai kemeja putih dan jeans
  7. Menjaga kebersihan tubuh badan, wajah serta rambut

 

FESYEN LEBARAN 2018

Pada tahun ini, kelihatan pereka-pereka tempatan kembali  kepada rekaan back to basic. Mereka menerapkan ciri-ciri tradisional seperti baju kurung pesak atau kebarung serta memberi suntikan yang lebih segar dan terkini. Selain itu, elemen baharu juga dapat dilihat dalam rekaan  fesyen lebaran 2018 dimana ia lebih fokus kepada pemilihan fabrik,warna dan juga perincian.

IKON GAYA PILIHAN

Saya amat menyukai gaya fesyen Olivia Palermo, Blake Lively, Ascia AKF dan Neelofa. Kesemua empat ikon ini mempunyai cara tersendiri untuk melahirkan idea baharu didalam cara pemakaian serta bijak suai padan pakaian yang mereka sarungkan. Mereka juga antara penggemar teknik layering, oversized coat, print on print & penggunaan statement piece.

 

 

 

 

 

 

Rambang Mata Tengok Koleksi Lebaran Petals By HATTA DOLMAT, Cantik-Cantik Semuanya!

Rambang Mata Tengok Koleksi Lebaran Petals By HATTA DOLMAT, Cantik-Cantik Semuanya!

Jenama Hatta Dolmat tidak perlu diperkenalkan lagi dengan karya fesyen agung yang sering diperkatakan oleh penggemar fesyen. Saban hari, pereka yang berasal dari Melaka sering melahirkan idea kreatif dan inovatif dalam memartabatkan seni fesyen tanah air. Ketika berbicara mengenai koleksi lebarannya, beliau mencetuskan kelainan yang bakal menjanjikan kepuasan buat penggemar jenama terkemuka ini.

Jika dilihat tahun sebelumya, rekaan lebaran Hatta Dolmat bertemakan Vintaj Inggeris dimana beliau menzahirkan bakat seni melukis ke atas fabrik lalu digarap indah dalam siluet warisan melayu tradisi. Untuk koleksi lebaran 2018, pereka fesyen terkenal ini mengilhamkan sesuatu yang lebih segar dan tentunya relevan untuk digayakan pada abad ini. Potongan ringkas dan minimalis menjadi tunjang buat koleksi lebaran beliau dengan memperlihatkan penampilan wanita yang ringan dalam suatu rekaan yang cukup elegan.

TREND FESYEN YANG HANGAT PADA TAHUN INI?

Pada saya, Penggunaan fabrik sheer ataupun fabrik yang bersifat ringan  bakal hangat pada tahun ini. Ia lebih dikenali sebagai fabrik Organdi dan sudah memasuki pasaran tempatan. Fabrik ini kelihatan seperti organza tetapi ia tidak begitu berkilat dan sedikit tebal daripada Organza. Ia amat cantik apabila dipakai dan memberi ilusi lembut buat si pemakai. Selain itu, potongan dan jatuhan fabrik menampakkan sesuatu rekaan labih menarik. Fabrik ini sering digunakan oleh pereka fesyen terkenal seperti Zuhair Murad dan Elie Saab dimana fabrik ini digunakan sebagai lapisan dalam sesuatu busana untuk menampakkan rekaan tersebut tidak terlalu berkilat.

CERITAKAN SEDIKIT MENGENAI KOLEKSI LEBARAN HATTA DOLMAT TAHUN INI

Untuk tahun ini saya membuat kesinambungan daripada koleksi RTW Petals by Hatta Dolmat. Ia merupakan koleksi kedua Petals dan saya memberikan  suntikan eksklusif untuk koleksi ini dimana saya memberi penekanan pada potongan dan teknik jatuhan kain agar  ia memberi efek yang lebih ringan. Berbeza dengan tahun lepas, saya menggunakan motif-motif yang saya lukis sendiri tetapi pada tahun ini saya lebih selesa untuk mereka sesuatu yang lebih ringkas dan minimalis.

APAKAH KELAINAN REKAAN LEBARAN HATTA DOLMAT PADA TAHUN INI?

Rekaan kali ini lebih terhad di mana saya hanya menghasilkan enam ke lapan helai sahaja. Ia tampil cukup eksklusif dimana saya fokus dengan penggunaan fabrik Organdi dan mula jatuh cinta untuk bereksperimen dengan fabrik tersebut. Saya melihat fabrik ini jarang digunakan dan mengambil langkah berani dengan menghasilkan koleksi lebaran menggunakan fabrik Organdi. Saya menterjemahkan sifat petals atau kelopak dalam setiap rekaan dengan menekankan potongan yang sedikit berbeza seperti teknik layering, flair dan lain-lain lagi. Namun saya masih mengekalkan ciri-ciri tradisional seperti kebaya yang diberi nafas baharu.

SILUET, PILIHAN FABRIK DAN PILIHAN RONA BUAT KOLEKSI LEBARAN

Selain fabrik Organdi, saya juga banyak menggunakan fabrik tulle dan juga broked. Saya mengilhamkan teknik potongan berlapis yang diinspirasikan dari kelopak bunga (petals). Dari segi pemilihan rona, seperti kita tahu bunga bersifat lembut dan disukai wanita. Jadi, saya memilih rona-rona pastel seperti biru cair, teal, pic, bloom, champagne, lavender dan juga putih.

KONGSIKAN SEDIKIT TIP FESYEN SEMPENA AIDILFITRI YANG BAKAL MENJELMA TIDAK LAMA LAGI

Saya sarankan untuk semua wanita di luar sana untuk mengembalikan busana klasik untuk disarungkan di hari lebaran seperti baju kurung dan baju kebaya. Walaupun kini terdapat pelbagai busana klasik yang mendapat sentuhan moden namun harus diingatkan ia janganlah terlalu tersasar dengan rekaan asal busana. Apa yang boleh dikatakan di sini ialah fesyen raya sesuatu yang minimal dan ringkas. Paling penting ia cukup selesa untuk digayakan dan bukan bersandar pada fesyen semata-mata.

APAKAH PERSEDIAAN PALING PENTING UNTUK MENYAMBUT HARI LEBARAN?

Persediaan paling penting ialah dari segi bajet dan perbelanjaan. Sebaiknya, senaraikan terlebih dahulu kos-kos penting yang perlu diberi keutamaan. Dengan keadaan ekonomi yang kurang baik kebelakangan ini, saya nasihatkan supaya anda bijak memilih fesyen busana raya. Seperti kita tahu, mungkin ada sesetengah busana raya yang dijual di luar sana dengan harga agak mahal. Sekiranya suka dengan busana tersebut, cukup sekadar membeli satu atau dua pasang sahaja. Tidak perlu bazirkan duit dengan membeli busana raya terlalu banyak dan akhirnya tidak pakai. Hari raya adalah momen untuk berhimpun bersama keluarga dan bukan medium untuk anda bergaya hingga boleh menyebabkan pembaziran.

PESANAN HATTA DOLMAT BUAT MEREKA DI LUAR SANA DALAM MENCARI BUSANA LEBARAN YANG TEPAT DAN SEMPURNA

Memilih pakaian yang tepat dengan potongan bentuk badan ialah dengan cara menempah baju dan bukan membeli koleksi RTW yang berada di pasaran. Ini kerana koleksi RTW adalah satu himpunan fesyen yang mempunyai basic saiz seperti saiz S,M,L,XL dan sebagainya. Tetapi proportion bentuk badan wanita Malaysia tidak sama. Contohnya saiz S mungkin mempunyai bentuk pinggul yang besar dan sebaliknya sekaligus menjadikan siluet dan potongan tidak sama. Sebaik-baik potongan ialah potongan busana yang ditempah dan betul-betul mengikut saiz badan anda. Namun, persediaan yang lebih awal perlu dibuat sekiranya anda ingin menempah baju dan elak menempah di saat-saat akhir.

 

Bukan Nafsu & Selera Makan Je Kena Jaga Ramadan Ni, PENAMPILAN Pun Ambil Kira Juga!

Bukan Nafsu & Selera Makan Je Kena Jaga Ramadan Ni, PENAMPILAN Pun Ambil Kira Juga!

Sebelum menyambut hari lebaran, pastinya kita terlebih dahulu melalui bulan Ramadan yang penuh barakah. Ketika sibuk membuat persiapan untuk menyambut hari raya, pernahkah anda terfikir mengenai fesyen yang sesuai untuk digayakan di bulan puasa? Dalam menyambut bulan Ramadan, ada beberapa perkara perlu dititikberatkan agar penampilan kelihatan lebih selesa dan bergaya.

Hal ini penting kerana ia sangat mempengaruhi keselesaan anda saat melakukan aktiviti harian  selama menjalani ibadah puasa. Mungkin ia kedengaran remeh namun penggayaan yang tepat dan sempurna di bulan Ramadan mampu memberikan impak yang cukup positif. Istimewa edisi Nona kali ini berkongsikan tip memilih fesyen di bulan Ramadan.

  1. PAKAIAN MENYERAP PELUH

Elakkan memilih pakaian yang terlalu tebal untuk digayakan di bulan puasa. Pakaian yang diperbuat daripada fabrik tebal hanya membuatkan anda cepat berpeluh. Sebaiknya, pilih pakaian dengan fabrik yang mampu menyerap peluh yang baik buat tubuh anda. Selain berasa lebih nyaman, ia memberikan keselesaan saat anda melakukan rutin harian. Bagi mereka yang memakai hijab, pilihan tudung amat penting. Pilih material tudung yang lebih nipis namun jangan terlalu jarang sehingga menampakkan leher dan rambut anda. Fabrik terbaik yang boleh dijadikan pilihan ialah cotton, sifon dan satin silk yang bersifat sejuk apabila disarungkan.

  1. SILUET LEBAR

Untuk memberi keselesaan optimum buat penampilan anda, pilih pakaian dengan siluet yang lebih lebar. Selain memudahkan pergerakan, ia juga mampu mengalirkan pengudaraan buat tubuh anda agar berasa lebih nyaman dan selesa. Elak dari memakai pakaian yang terlalu ketat hingga menyukarkan anda untuk bergerak bebas. Sekiranya anda gemar memakai celana yang ketat, anda boleh memadankan ia dengan top yang lebih longgar. Jangan memilih top yang sama ketat dengan celana yang dipilih khuatir akan menyebabkan anda kurang selesa sepanjang hari tambahan pula anda sedang berpuasa dan membuatkan anda cepat berasa penat.

  1. AKSESORI SEWAJARNYA

Pemilihan aksesori harus disesuaikan dengan rona dan gaya yang telah dipilih. Jika anda gemar memakai subang, padankan ia dengan gelang yang berona lembut dengan jumlah yang tidak berlebihan. Subang yang dikenakan harus disesuaikan  dengan busana terlebih dahulu. Jangan memilih reka bentuk subang yang terlalu besar. Cukup bersaiz sederhana dan sesuai dengan anda. Jika anda tidak suka memakai gelang, anda boleh memilih rantai sebagai pilihan. Namun harus diingatkan pilihan rantai janganlah terlalu besar hingga menenggelamkan penampilan anda. Selaian itu, rekaan aksesori yang dipilih juga harus relevan untuk digayakan di abad ini agar anda tidak dilabel sebagai wanita ketinggalan zaman.

  1. HIJAB YANG LEBIH RINGKAS

Pada bulan Ramadhan, anda disarankan untuk memakai hijab yang lebih ringkas dan minimalis. Mungkin anda mempunyai masa yang terhad di bulan puasa dengan aktiviti-aktiviti harian. Pilihan hijab terbaik yang boleh dijadikan pilihan ialah hijab jenis instant yang amat mudah untuk dipakai. Kini, terdapat pelbagai jenama tudung instant yang boleh didapati di pasaran. Hanya perlu menyarungnya tanpa perlu menggunakan pin atau mengambil masa yang lama untuk bersiap. Cara ini lebih praktikal untuk dilakukan di bulan puasa selain menghasilkan penampilan yang lebih cepat, menarik dan cukup bergaya.

UNIQLO

  1. SEPATU FLAT

Sepatu memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan penampilan anda sentiasa tampak sempurna. Pemilihan sepatu yang fleksibel sangat praktikal digayakn ketika bulan puasa agar langkah anda lebih nyaman dan selesa. Tambahan pula, kasut flat ini mempunyai pelbagai rekaan menarik dan cukup mudah untuk disesuaikan dengan tema pakaian. Pemilihan sepatu jenis flat seperti ala ballerina dan gaya Oxford boleh dijadikan pilihan untuk memberikan penampilan stailo dan trendy.

Apapun tema gaya yang ingin anda serlahkan, pastikan sepatu flat ini paling sesuai untuk ‘event’ ataupun majlis yang ingin anda hadiri di bulan Ramadan. Sepatu flat juga boleh menjadi penunjang gaya yang supertrendy buat anda yang bertubuh tinggi lampai. Anda pasti berasa lebih selesa dengan pemakaian sepatu flat ini tanpa perlu menyakitkan dan menyeksakan kaki!

  1. SOLEKAN NATURAL

Penggunaan mekap juga harus dititikberatkan agar penampilan anda tidak keterlaluan. Dengan solekan yang tepat dan betul, ia akan membantu anda untuk kelihatan segar saat malakukan tugas seharian meskipun sedang berpuasa. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan penggaris mata atau eyeliner untuk mendapatkan kesan solekan mata yang lebih hidup. Seterusnya, anda boleh memilih bedak yang sering anda gunakan. Namun ia harus berpada dan tidak terlalu tebal.

  1. OUTWEAR UNTUK TAMPIL SANTAI

Saat anda ingin pergi acara yang lebih santai dengan dandanan yang ringkas, anda boleh memilih untuk menyarungkan outwear. Jika anda memakai inner yang sedikit ketat, padankan ia dengan outwear yang sesuai dengan tempat yang ingin dituju. Sekiranya anda ingin ke acara buka puasa bersama, pilihan terbaik ialah dengan memilih kardigan dan jaket labuh untuk menimbulkan kesan santai dan ringkas. Jika anda ingin kelihatan rapid an sedikit formal, anda boleh memakai long fest atau blazer.

 

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: