QIERAHMAN, sebuah jenama pakaian lelaki tradisi Melayu merancakkan pemintaan fesyen masa kini dengan melancarkan koleksi EID 2024, yang menampilkan empat jenis koleksi iaitu ‘signature cut’, kurta modern fit, kurta Paduka oversized serta abaya untuk wanita yang pasti akan menyerlahkan gaya raya anda dan seisi keluarga Aidilfitri nanti.
Menyuntik kelainan dengan inkejsi lebih moden, koleksi baju Melayu QIERAHMAN ini unik dan berbaloi untuk dimiliki menampilkan identiti ‘signature cut’ di mana ia diilhamkan dari potongan suit or blazer untuk menampakkan pemakai kelihatan lebih segak dan kemas.
Dijahit mengikut ukuran buat mereka yang inginkan pakaian berkualiti, praktikal dengan kerja tangan yang mengagumkan, namun dengan harga yang sangat berpatutan, koleksi ini menjadi taruhan terbaru QIERAHMAN sejak mula menceburi dunia fesyen sekitar 2016.
“Tiada elemen tradisi akan diganggu” adalah prinsip Fazrul Musa sebagai Pengarah Kreatif QIERAHMAN. Sederhana tetapi elegan adalah identiti koleksi kali ini di mana, ia jelas kelihatan pada siluet, pemotongan, material dan reka bentuk.
Koleksi terbaru yang dilancarkan kali ini diperbuat daripada material matte dull satin dan juga cotton koyobo untuk koleksi Paduka yang menawarkan kemasan laser cut yang unggul untuk setiap helaian malah koleksi baju melayu QIERAHMAN masih mengekalkan identiti mereka iaitu rekaan poket moden persis tuksedo.
Qie Anuar, pengasas bersama serta Ketua Strategi Pemasaran pula berkata koleksi kali ini turut menampilkan koleksi abaya untuk kaum wanita, yang terdiri daripada Amelie, Camille dan Madelyn.
Turut hadir pada majlis pelancaran ialah pelakon dan penerbit Que Haidar dan anak perempuannya Tengku Ratu Haidar yang kekal menjadi wajah eksklusif koleksi QIERAHMAN sejak tahun 2017. “Sokongan dan komited terhadap kerja membuatkan QIERAHMAN selesa bekerjasama dengan duo ini. Melihat Ratu yang makin menginjak usia, jadi kami rasa sudah tiba masanya untuk kami ketengahkan Ratu sabagai wajah eksklusif kami.”
Jika sebelum ini, sepasang baju melayu QIERAHMAN bermula dari RM229 tetapi istimewanya pada tahun ini, harga baju melayu QIERAHMAN kini boleh dimiliki dengan harga serendah RM159 bagi memenuhi permintaan pelanggan ketika di awal kemunculan QIERAHMAN pada 2016.
Untuk pembelian, boleh layari www.qierahman.com atau ke gerai jualan QIERAHMAN di Shoppes @ Four Season di Aras 2 bermula 8 March sehingga 7 April ini.