
Besar ujian yang dilalui Meutya Viada Hafid untuk bergelar ibu. Siapa sangka Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia ini menanti selama sembilan tahun untuk menimang cahaya mata dan bergelar ibu. Semangat yang dimiliki pemimpin wanita ini nyata mengundang rasa kagum dalam kalangan insan khususnya kaum isteri yang senasib dengannya.
Meutya yang kini berusia 47 tahun kian sibuk menggalas tugas menerajui bidang komunikasi dan digital di negara jiran.
Figura ini secara rasmi dilantik menyandang jawatan Menteri dalam bidang tersebut pada 21 Oktober 2024 semasa pemerintahan Presiden Prabowo Subianto. Ia sekaligus menjadikannya wanita pertama menduduki jawatan berkenaan.
View this post on Instagram
Pesona Meutya Hafid, Menteri Komunikasi Dan Digital Indonesia


Karier politik Meutya Hafid bermula pada tahun 2010 dengan menyertai parti politik Golkar. Terdahulu, dia dikenali sebagai wartawan di Metro TV sekitar tahun 2001 hingga 2008.
Bahkan Meutya juga pernah menemu bual Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim kira-kira 21 tahun lalu. Perkara tersebut didedahkan sewaktu dia mengiringi Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam lawatan rasmi ke Malaysia pada April lepas.
Meutya Viada Hafid mendirikan rumah tangga pada 24 Februari 2014 dengan Noer Fajrieansyah. Kini usia perkahwinan mereka mencecah usia 11 tahun dan lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata yang dinanti-nantikan iaitu Lyora yang selamat dilahirkan pada 9 September 2022.
Dalam hantaran yang dibuat di media sosial, graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari University of New South Wales, Australia dan Sarjana Seni dalam Ilmu Politik, Universitas Indonesia ini meluahkan rasa syukur melihat permata hati kian membesar sihat.

Sambil meletakkan tanda pagar Pejuang Dua Garis Selama 9 Tahun kongsinya, “Terima kasih L. Ibu jadi meneguhkan hati kembali atas semboyan yang dulu selalu ibu pegang 9 tahun tanpa jeda hari menunggumu hadir. Jangan Menyerah.”
Perjuangan Meutya Hafid Jadi Ibu
Memetik laporan Detik Health, Meutya Hafid telah menjalani prosedur IVF sebanyak 10 kali untuk mendapatkan anak.
“Saya pertama kali menjalani bayi tabung itu pada usia 37 tahun. Sempat mengalami tiga kali hamil tapi keguguran kerana janin dan embrio itu tidak bisa berkembang dengan baik.
Alhamdulillah, saya berhasil hamil akhirnya pada usia 44 tahun dan dikurnia puteri yang saya beri nama Lyora Shaqueena Ansyah.”


Sebagai memberi inspirasi kepada pasangan yang masih menanti untuk bergelar ibu ayah, Meutya turut menerbitkan buku ‘Lyora: Keajaiban yang Dinanti’ pada 10 November 2023.
Tidak semua wanita mempunyai rezeki untuk hamil semula jadi namun kerana naluri keibuan yang menebal dalam diri dan berkemampuan untuk melakukan rawatan kesuburan, ada yang sanggup menanggung sakit, mengeluarkan wang yang banyak dan masa yang lama semata-mata untuk memenuhi impian menimang cahaya mata sebagai pelengkap rumah tangga.
Moga perkahwinan Meutya Hafid dan suami berkekalan hingga ke syurga di samping puteri kesayangan, Lyora.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!




Pihak universiti memaklumkan, Taylor Swift juga bakal memberi ucapan kepada para graduan NYU kelas 2022.
Bagi meraikan acara graduasi itu, Taylor Swift turut melancarkan barangan edisi terhad berjudul “I’m Feeling 22” buat semua graduan.
Terdahulu, kursus Taylor Swift ditawarkan di Clive Davis Institute of Recorded Music di NYU. Menariknya, program yang ditawarkan terinspirasi dari prestasi karier seni artis berusia 32 tahun ini yang ternyata memiliki pengaruh positif untuk terus berkarya.
Tidak dinafikan wanita kelahiran Pennsylvania, Amerika Syarikat ini antara insan seni paling produktif dan terkenal sampailah ke saat ini.
Taylor Swift juga adalah satu-satunya artis wanita yang menerima penghargaan tertinggi industri muzik, Anugerah Grammy untuk Album Terbaik sebanyak 3 kali.
Pelbagai anugerah dan penghormatan yang diterimanya termasuklah artis paling banyak menang dalam sejarah Anugerah Muzik Amerika.
Untuk rekod, pemenang Grammy sebanyak 11 kali ini juga pemenang BRIT Awards International Female Solo Artist of the Year pada tahun 2015 dan Anugerah Ikon Global pada tahun 2021; dan pemenang pertama dan dua kali Billboard untuk Anugerah Wanita Dekad Ini.








