10 Menu Sihat Kesukaan CINTA LAURA, Berjaya Capai Berat Ideal & Kulit Yang Sihat

Pelakon, penyanyi, dan model cantik berketurunan Jerman-Indonesia, Cinta Laura Kiehl antara wanita yang memberi inspirasi melalui gaya hidup dan pemakanan sihatnya.

Berbeza dengan kebanyakan wanita, Cinta Laura seoang yang sangat sederhana. Dia lebih gemar berbelanja untuk kesihatan berbanding membeli barangan mewah.

Sejak di bangku sekolah lagi, wanita berusia 29 tahun ini telah dididik kedua ibu bapanya agar konsisten mengamalkan gaya hidup sihat.

Baginya, memiliki badan yang sihat memberi lebih banyak manfaat bukan sahaja dari segi berat badan ideal bahkan kulit yang sihat dan mentaliti yang baik.

Cinta Laura juga selektif dari segi pemakanan biarpun adakalanya dia ‘cheat day’ atau makan makanan yang tidak sihat. Pun begitu, dia masih dapat mengimbanginya dengan makanan sihat dan rendah lemak.

Ketahui 10 menu sihat yang Cinta Laura sangat suka makan setiap hari.

1. QUINOA
Menjadi sumber karbohidrat untuk Cinta Laura kerana kaya antioksidan, serat, magnesium dan zat besi. Pengambilan quinoa secara kerap membantu pertumbuhan otot, memperbaiki penghadaman dan mencegah kanser.

2. BERAS PERANG
Selain quinoa, Cinta Laura juga memilih beras perang. Beras perang dianggap sesuai untuk diet kerana selain mengenyangkan ia juga membantu menurunkan berat badan, menambah tenaga dan menghadkan selera makan.

Kandungan serat yang tinggi juga melancarkan pencernaan.

3. SALMON
Salmon sentiasa ada dalam stok makanan Cinta Laura di rumah.

Memetik laporan Healthline.com, salmon bukan sahaja membantu mengekalkan berat badan bahkan memberikan tenaga, menguatkan tulang dan otot, mencegah keradangan, menurunkan tekanan darah, dan mencegah penyakit kronik.

4. DADA AYAM
Mengandungi kandungan lemak paling rendah. Selain itu, dada ayam juga tinggi protein bagi menyokong badan agar lebih bersedia untuk bersukan, menguatkan otot dan mengatasi kerosakan otot dan tulang.

5. AVOKADO

 

Avokado tinggi dengan vitamin terutama vitamin B, kalium, mineral, serat dan lemak baik. Vitamin B membantu meningkatkan metabolisme dan pertumbuhan otot. Disyorkan makan avokado selepas bersenam bagi memulihkan tenaga.

Avokado turut mengandungi biotin yang mudah larut dalam air. Biotin juga baik untuk kuku yang sihat. Jika badan kekurangan biotin kuku boleh menjadi rapuh, mudah patah, dan mengelupas.

6. BUAH MARKISA & BERI

Selain dimakan terus, buah markisa juga dijadikan minuman dengan campuran buah-buahan lain. Buah markisa sangat tinggi dengan antioksidan yang membantu melancarkan peredaran darah, menguatkan otot dan menghasilkan kolagen dalam kulit.

Manakala beri mempunyai antioksidan yang dipanggil anthocyanin yang boleh menghalang keradangan otot, mengekalkan tenaga dan berat badan, serta meningkatkan mood.

7. SAYUR-SAYURAN
Menu ‘wajib’ Cinta Laura. Semakin banyak warna sayurnya, semakin bagus kerana ia sangat tinggi nutrisi bagi menjaga berat badan. Sayuran mengandungi vitamin dan mineral yang boleh menghantar oksigen ke otot agar berfungsi secara maksimum.

8. COKLAT
Siapa kata coklat boleh gemuk? Cinta Laura memakan coklat yang bebas gula dan dihasilkan daripada coklat gelap sahaja.

Kajian mendapati sebatian dalam coklat gelap membantu meremajakan sel-sel badan. Menurutnya, coklat ini bagus untuk menambah tenaga ketika bersukan.

9. SUSU OAT
Cinta Laura tidak lagi mengambil susu haiwan kerana ia boleh menyebabkan keradangan. Cinta Laura mengambil susu oat atau susu sayuran yang biasanya diperbuat daripada bijirin gandum.

Susu oat pula membantu membaiki dan menyokong pertumbuhan otot terutama apabila diseimbangkan dengan senaman yang kerap.

10. UDANG
Udang juga kadangkala menjadi sumber protein Cinta Laura. Udang membantu pertumbuhan otot yang lebih kuat kerana kandungan asid amino yang tinggi. Udang juga tinggi protein jadi ia membantu membekalkan tenaga apabila kita bersenam.

Kredit Foto: Instagram Cinta Laura

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share