Sebenarnya anda boleh mencipta ruang spa peribadi di rumah. Tidak perlu terlalu nampak mewah, cukup sekadar selesa buat anda sekeluarga.
Namun sebelum memutuskan untuk mewujudkan ruang spa peribadi di rumah, diperlukan beberapa pertimbangan dan perancangan agar ruang spa dapat disesuaikan dengan keinginan.
TENTUKAN LOKASI
Faktor paling penting jika anda ingin memiliki ruang spa sendiri di rumah. Jika di belakang rumah cukup luas anda boleh memilih lokasinya di situ. Atau, boleh juga menempatkan ruang spa tidak jauh dari kolam renang. Pastikan anda mengira keluasan ruang spa yang hendak dibuat.
Ads
KEPERLUAN, FUNGSI DAN BAJET
Faktor keperluan dan fungsi juga penting kerana anda dapat menentukan peralatan apa yang diperlukan. Sekaligus memudahkan anda membuat perancangan bajet bagi menghasilkan ruang spa peribadi di rumah.
KONSEP RUANG SPA
Ads
Membuat ruang spa peribadi bermakna ia menjadi salah satu ruang penting dalam rumah. Maka, menentukan konsep yang akan diterapkan juga sangat penting. Antara konsep yang boleh diterapkan ialah minimalis, moden, klasik, bohemian dan sebagainya yang sesuai dengan keinginan.
PEMILIHAN TAB MANDI
Ads
Ini kerana keselesaan dalam spa juga ditentukan oleh jenis tab mandi. Pastikan juga ia sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja.
UNSUR ALAM
Memasukkan unsur alam ke ruang spa merupakan antara elemen penting, tidak kiralah macam mana cantik interior yang diterapkan. Elemen ini menjadikan ruang spa peribadi anda lebih tenang, nyaman dan hangat. Anda boleh mengaplikasikannya dalam aksen kayu atau sekadar tanaman hijau di dalam pasu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Syafinaz Selamat cukup bertuah kerana memiliki raut wajah cantik semula jadi. Meskipun tanpa solekan tebal pada wajah, kejelitaan guru vokal ini tetap terserlah dan menarik perhatian!
11 Januari lalu merupakan ulang tahun kelahiran Datuk Syafinaz Selamat. Meniti usia 50an, personaliti ini kekal tenang dan elegan dalam kelas tersendiri. Kalau diamati dari penampilan dan rupa paras Datuk Syafinaz, pasti ada yang tidak menyangka dirinya sudah pun mencecah usia 51 tahun. Memang awet muda!
Pendek kata, Datuk Syafinaz memiliki pesona tersendiri. Kian sibuk memenuhi jemputan sebagai juri pelbagai program realiti nyanyian, tak dinafikan jelitawan ini mempunyai aura memikat yang membuatkan sesiapa saja tertawan dengan peribadinya.
Apatah lagi, dia bijak menjaga penampilan diri dan memiliki susuk tubuh ramping persis model! Sekaligus membuatkan wanita ini kelihatan menawan dalam apa jua persalinan.
Mempunyai nama besar dalam industri seni muzik tanah air, Datuk Syafinaz pada Oktober tahun lalu menerima pengiktirafan sebagai anak seni dengan merangkul Most Admired Legendary Music Personality 2024.
Kongsinya, “This happened on 17th October 2024. Thank you so much NiagaTimes for your recognition. I’m grateful and blessed.”
Tidak ketinggalan, Disember lalu figura ini turut terlibat dalam Teater Muzikal Permata Seni – Mensyukuri Nikmat Kedamaian.
“After months of hard work and dedication, Permata Seni Koir, Permata Seni Muzik, Permata Seni Tari had a successful concert on the 14th & 15th December 2024. I am extremely proud of everyone involved. Well done members, teachers, artistic team & JKKN. Much appreciation to the Minister of Education for gracing the event.
Today is Permata Seni Koir’s first rehearsal in year 2025. There can never be a successful performance without dedicated rehearsals – part and parcel of a being a performer!”
Terdahulu, penyanyi kelahiran Johor ini juga dianugerahkan pingat Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk. Pingat berkenaan dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan pada tahun 2018.
Sekitar April 2021, Datuk Syafinaz melancarkan single berjudul Persis Salju. Kerinduan peminat kepada penyanyi bersuara antarabangsa ini terubat menerusi lagu berkenaan memandangkan sudah dua dekad menunggu ‘buah tangan’ dari Datuk Syafinaz.
Difahamkan wanita berbakat besar ini mula menceburi industri seni seawal umur 7 tahun dan pelbagai pengiktirafan berjaya diraih.
Malah, pengetahuan dan pengalaman Datuk Syafinaz dalam dunia hiburan, seni suara dan persembahan juga menjadikannya antara juri popular yang sering diundang dalam pertandingan nyanyian dan program realiti.
Wanita tinggi lampai yang terkenal dengan suara soprano ini juga terkenal sebagai konduktor dan vocal master untuk Koir Permata Seni.
Selain itu, Datuk Syafinaz Selamat pernah dipilih sebagai juri program nyanyian Malaysian Idol, AF Megastar, Gegar Vaganza dan Bintang RTM.
Bukan itu sahaja, pelantun lagu Ingin Bersamamu ini juga adalah Ahli Lembaga Pengarah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), pensyarah vokal di Jabatan Muzik Fakulti Seni Persembahan, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, dan vocal master untuk Koir Kebangsaan Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Orangnya bukan saja cantik tapi sarat dengan kelembutan. Pesona Farah Nabilah sebagai pelakon sering menambat hati penonton. Raut wajah lembut dan bakat seni yang dimiliki membuatkan dia menjadi pilihan pengarah untuk pelbagai drama dan filem.
Namun sejak mendirikan rumah tangga bersama juruterbang, Mohamed Amirul Yunus, aktres jelita ini seakan memperlahan kerjaya seni. Apatah lagi dengan kehadiran anak sulungnya iaitu Andre Omar.
Agak jarang nampak Farah Nabilah membintangi drama kebelakangan ini. Malah, kelibatnya juga tidak kelihatan di acara besar industri hiburan. Barangkali dia sibuk menggalas tugas sebagai isteri dan tumpuan utama membesarkan anak tersayang yang memerlukan lebih perhatian.
Kian bahagia bergelar ibu, pelakon Titian Cinta ini pernah menzahirkan rasa sayang terhadap Andre Omar atau mesra disapa Dre melalui laman media sosialnya.
“I love being a mother, I don’t feel like it’s a chore or a burden but with that being said, still.. it’s not easy, it’s still a tough job. You’ll lose yourself and you’ll learn to lower your expectations about what you can accomplish in a day. Some days it will be all you can do to keep your baby safe, warm, fed and loved. I think, that’s more than enough, kan?”
Tambah pelakon wanita yang berusia 29 tahun ini, “Now I finally, TRULY understand why syurga dekat bawah tapak kaki ibu. (Kalau tau ni dari kecik tak sanggup nak derhaka dekat Umi),” tulis Farah Nabilah sambil bergurau.
Farah dan suami diijabkabul pada 20 Disember 2019 di Royale Chulan Damansara dan melahirkan Dre pada 22 Oktober 2020 bersamaan 5 Rabiulawal 1442.
Bermula dengan fasa perkahwinan kemudian bergelar ibu, kini Farah Nabilah mencuri perhatian peminat apabila mengambil keputusan untuk berhijab.
Tidak mahu mengulas panjang tentang keputusannya untuk berhijab namun ibu muda ini mengiyakan apabila diajukan pertanyaan tersebut.
“Saya tak ada nak komen apa-apa. Saya rasa tak perlu diumumkan pun.
Cuma apa-apa pun saya nak ucapkan terima kasih banyak kerana ramai yang mendoakan hal ini serta segala kebaikan kepada keluarga saya.”
Dalam pertemuan Nona bersamanya di majlis pelancaran tudung tidak lama dulu, Farah ada berkongsi petua menjaga kulit sihat.
“Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air. Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum.
Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum macam tu kulit akan detoks sendiri.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berilah apa sahaja tudung kepada Qasrina Abdul Karim, semuanya pasti terletak cantik dan digayakan sehingga menarik hati pembeli. Itulah kelebihan wanita jelita berusia 27 tahun ini, pakej bentuk wajah dan senyumannya yang manis membuatkan dia sering menjadi pilihan jenama tudung Malaysia.
Pernah dikatakan mirip pelakon Mira Filzah dan penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza, kerjaya Qasrina sebagai model Muslimah mula berkembang ke bidang lakonan.
Bagi peminat drama Imam Instant Ustazah Scammer, wajah Qasrina disamping ‘kembarnya’ Mira Filzah pasti meraih tumpuan apatah lagi timbul desas-desus gosip percintaannya dengan aktor Mierul Aiman bertebaran.
Selain itu, siri drama Legenda Puteri Qaseh yang menampilkan Qasrina sebagai pendukung watak utama juga sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Ceria sekaligus mengangkat popularitinya sebagai pendatang baru.
Ibarat bunga yang sedang mekar kerana belum dikunjungi kumbang, status single gadis jelita ini pasti menjadi bualan peminat. Mengambil langkah bijak menepis segala dakwaan tentang rakan sekerjanya itu, Qasrina yang juga pernah membintangi filem Kongsi Raya dan Siapa Tutup Lampu? lebih selesa berbicara soal kerja berbanding peribadi.
Berasal dari Subang Jaya, Qasrina sebenarnya mempunyai segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.
Kepintaran dan kematangan dirinya seiring apabila terlihat dia bijak mengambil hati peminat mahupun media yang mendekati. Barangkali inilah sebabnya juga gadis berlesung pipit itu menjadi perhatian banyak jenama yang berminat menjadikan Qasrina sebagai duta mereka.
Menurut Qasrina yang merupakan duta bagi jenama Wardah, antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
“Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan.” Qasrina
Selain daripada itu, bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari. Qasrina juga hanya minum susu jenis oat dan juga kacang badam untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Wajah Qasrina juga seringkali disamakan dengan dua figura hebat tanah air iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Mira Filzah. Memandang isu tersebut dalam sudut yang positif, Qasrina terima sebagai pujian tetapi lebih selesa jika tidak dibanding-bandingkan dengan mana-mana selebriti.
********************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
********************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Potret Cheryl Samad bersama ibunya mencuri perhatian ramai, menampilkan kisah genetik Melayu, Eurasian dan Portugis serta perjalanan hidup penuh nilai kekeluargaan.