Bagi mereka yang lahir pada tahun 80an ke 90an, pasti mengenali aktres Hong Kong ini terutama penggemar filem-filem kung fu lakonan Stephen Chow.
Sharla Cheung, salah seorang aktres wanita terkenal era 90-an yang memulakan karier lakonannya sejak tahun 80an. Namanya kemudian melantun selepas digandingkan dengan Stephen Chow pada tahun 90an.
Beberapa filem yang pernah dilakonkan oleh mereka berdua ialah trilogi Fight Back to School, Hail the Judge, dan Royal Tramp.
Manakala filem yang dilakonkan oleh Sharla sendiri antaranya ialah The Dragon Chronicles – The Maidens, Holy Weapon, dan Kung Fu Cult Master.
Ads
Memetik perkongsian AsiaOne, Sharla smeninggalkan dunia seni sejak 20 tahun lalu.
Setelah sekian lama tidak muncul dalam dunia hiburan, Sharla baru-baru ini kembali mencuri tumpuan orang ramai apabila menghadiri satu majlis amal di China.
Ternyata, penampilan terkini Sharla masih cantik walaupun usianya kini sudah mencecah 55 tahun.
Ads
Turut tular di media sosial, foto Sharla yang memiliki kulit yang masih tegang, berseri dan awet muda.
Tidak dinafikan, sejak dahulu lagi Sharla dikenali sebagai salah seorang selebriti Hong Kong yang memiliki wajah cantik
Nona kongsikan transformasi gaya Sharla Cheung dari era 90an sehingga kini: –
Auranya cukup memukau. Setiap gerak tari Farah Ann Abdul Hadi di gelanggang gimnastik bukan hanya menggetarkan jiwa atlet yang bertanding bahkan membuatkan penonton bersorak gembira dengan aksinya yang mempesona.
Pada temasya Sukan SEA di Filipina dua tahun lalu, gimnas ini berjaya meraih pingat emas kelimanya dalam sukan dwitahunan tersebut. Kejayaan itu sekaligus melonjakkan kembali namanya hingga menjadi bualan dan kebanggaan negara sehingga sekarang. Kagum!
Difahamkan, Farah Ann sudah pun melayakkan diri beraksi pada Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan pernah memenangi dua emas pada edisi 2017 di Kuala Lumpur dalam acara berpasukan dan saingan senaman lantai.
Rentetan situasi pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, Farah Ann terpaksa akur menyambut raya di Majlis Sukan Negara. Anggun menyarung baju kurung rona biru, atlet ini sempat berkongsi perkembangan terkini di sana.
“Finally dapat pakai my Baju Raya, although in Majlis Sukan Negara, at least dapat pakai jugak with my team. Kita semua quarantine based training, for Olympics. Maksudnya full lockdown. Tak boleh keluar masuk langsung and have done multiple swab test untuk pastikan we selamat.”
Farah Ann baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-27 pada 3 Mei lalu di samping keluarga dan rakan-rakan tersayang termasuk famili gimnas negara.
Mengimbas kembali pembabitan awal Farah Ann dalam arena sukan ini, dia yang kini berusia 27 tahun berkata sejak kecil ibu dan bapanya sudah mendedahkan mereka dua beradik dengan sukan gimnastik. Tambah anak kepada pasangan Abdul Hadi Ahmad dan Kimberly Ann Gagnon ini lagi, galakan untuk menceburi bidang berkenaan adalah disebabkan ibu bapanya turut datang dari latar belakang yang sama. Selain menyimpan hasrat menjadikan anak-anak sebagai atlet negara.
“Disebabkan saya bersikap hiperaktif dan suka bermain monkey bar di taman permainan, ibu bapa saya memilih sukan gimnastik untuk kami ceburi. Justeru, seawal usia tiga tahun, saya sudah mula dihantar mengikuti kelas gimnastik bersama kakak saya, Katrina Ann yang pada masa itu berusia lima tahun. Katrina pula kini merupakan atlet renang berirama negara.
Memasuki umur enam tahun, saya sudah mula menyertai pertandingan di peringkat negeri Selangor. Manakala ketika menginjak umur tujuh tahun pula, saya berjaya mewakili
Selangor untuk bersaing di peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).
Melihat potensi saya untuk pergi jauh dalam arena sukan gimnastik, saya ditawarkan untuk menyambung pelajaran di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Nyata penglibatan saya dalam sukan gimnastik mula serius setelah menghadiri latihan sebanyak enam kali seminggu di sekolah tersebut,” ujar gadis kelahiran Subang Jaya ini.
Tatkala ditanya mengapa dia memilih cabang sukan ini, Farah Ann ada jawapan tersendiri. “Saya sifatkan sukan gimnastik sebagai sukan luar biasa. Gimnastik membantu individu menjadi lebih kuat dan fleksibel. Malah, saya berpendapat, sukan gimnastik menjadikan saya lebih kreatif untuk merancang aksi dan skil yang ingin ditonjolkan kepada umum.”
Terbuka berkongsi sisi peribadi kepada umum, tanpa berselindung Farah Ann mendedahkan sikapnya yang tidak diketahui ramai. “Saya pun sama macam orang lain. Sebenarnya
saya seorang yang pemalu dan clumsy.”
Menjadikan Dato’ Nicol David dan Pandalela Rinong sebagai idola, Farah Ann bercita-cita melibatkan diri dalam bidang media jika tidak lagi berada dalam bidang ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpegun tengok wajah terkini atlet terjun negara, Nur Dhabitah Sabri. Tidak sampai seminggu menyambut ulang tahun kelahiran ke-21 baru-baru ini, tidak dinafikan Dhabitah sememangnya memiliki aura yang mampu membuatkan sesiapa sahaja ingin melihatnya berkali-kali. Malah, pesona anak kelahiran Kuala Lumpur ini juga pernah menarik perhatian media antarabangsa ketika temasya Sukan Olimpik Rio 2016 kerana sikapnya yang gemar tersenyum!
Mengimbas kembali momen Dhabitah dalam acara sukan dunia yang berlangsung kira-kira empat tahun lalu itu, nama Dhabitah meniti di bibir peminat sukan di seluruh dunia yang tertawan dengan senyuman manisnya meskipun ketika berada di kolam renang. Walau terjunan Dhabitah ketika itu kurang kemas namun dia tetap melemparkan senyuman kepada penonton. Aura positif Dhabitah cukup menyenangkan hingga rata-rata mereka yang menyaksikan acara sukan berkenaan memuji atlet kebanggaan Malaysia ini.
https://www.instagram.com/p/B_9MCKcH4oc/
Sebaik menyedari namanya diperkatakan ramai, empunya diri memberitahu tindakannya yang dilihat sering tersenyum sebelum dan selepas membuat terjunan adalah kerana mahu menghilangkan perasaan gemuruh.
Mengintai foto terbaru Dhabitah di laman media sosial, jaguh renang yang dilahirkan pada 12 Julai 1999 ini turut berkongsi gambar sambutan hari lahir di samping kekasih hati yang merupakan pemain bola sepak Kuala Lumpur FA, Azhar Apandi. Kongsi Dhabitah, “Happy Birthday to me! Alhamdulilah.. Not the birthday that I had planned but a birthday that I needed. I want to say thank you for all the wishes & I’m sorry kalau ada wish yang saya tak perasan or tak reply. Most importantly, I want to say a BIG FAT THANK YOU to my loved ones for the meaningful celebration.”
Difahamkan anak bongsu kepada pasangan Sabri Hashim dan Fazidah Jaafar ini mula didedahkan dengan sukan renang selepas memperlihatkan minatnya terhadap sukan berkenaan sejak kanak-kanak lagi. Sepanjang bergelar atlet, Dhabitah yang mendapat pendidikan di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) telah berjaya merangkul pelbagai anugerah.
Antaranya penerima Anugerah Sekolah Sukan Bukit Jalil (Atlet Sukan Wanita Terbaik), 100 plus Sports Awards (Atlet Harapan Malaysia 2016), pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 2014, penerima pingat emas Asian Diving Cup 2015, FINA Diving Grand Prix, Sukan SEA 2015, Sukan SEA 2017 dan Olahragawati Wilayah Persekutuan 2017.
Atas pencapaian cemerlang dalam bidang sukan, Dhabitah diberi kepercayaan membawa obor terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017. Lebih membanggakan, atlet akuatik negara ini menjadi antara 200 penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara. Pada istiadat pengurniaan darjah kebesaran itu, Dhabitah dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Wilayah (AMW).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bibir merupakan sebahagian daripada keindahan wajah yang mengulit perhatian. Bibir yang menarik dan sihat akan menjadi cermin kepada kecantikan anda. Anda perlu tahu bahawa kesihatan bibir juga haruslah selalu dijaga. Masalah yang umumnya terjadi kepada bibir adalah kekeringan serta pecah-pecah.
PUNCA-PUNCA
TIP PENCEGAHAN
Setelah mengetahui punca-punca terjadinya masalah bibir kering serta pecah-pecah ini, anda hendaklah melakukan langkah-langkah pencegahan supaya masalah tersebut membuatkan anda kurang percaya diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda jadikan sebagai panduan berguna:
PETUA TRADISIONAL
Anda juga boleh mencuba beberapa petua tradisional untuk mendapatkan bibir yang kelihatan berseri serta kemerah-merahan. Antara petua yang boleh anda amalkan ialah:
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.